Oct 18, 2014

Soalan vs Soalan

Assalamualaikum semua. Sudah beberapa semester kita tidak bersua muka bergurau senda. Rindu pulak rasanya. Cewah, hehe. Apa khabar kita semua ? Mudah-mudahan sehat sentiasa. Beberapa minggu sebelumnya saya sibuk seketika menguruskan projek juta-juta. Uihh juta-juta bak hang, haha. Saya bergurau aje. Saja nak tengok senyuman manis melirik dibibir kamu semua. Kan manis begitu. Alahai comelnya.

Kalau saya tanya kamu begini, “ Bro, kawan aku kata rumah yang bentuk macam rumah kau nie tak best. Bentuk buruk, tak menawan langsung. Dah la laman rumah tak besar. “

Apa yang kamu rasa kalau saya tanya soalan begini ? Mesti kamu nak marah, kan. Bila kejadian serupa ini berlaku, kita manusia ada dua cara aje untuk menjawab. Pertama kita jawab mengikut perasaan. Secara jujurnya saya tidak berapa berkenan dengan cara ini. Boleh bawa bergaduh. Tapi cara ini yang selalu kita guna. Apa tidaknya, rumah kita tu dah la mahal, boleh pulak dia kata macam itu. Haish bagi pelempang sebijik baru tahu. Kan ? Hehe.

Cara yang kedua ialah menggunakan kaedah psikologi. Menjawab soalan dengan soalan. Cara ini sangat berkesan untuk mengajar orang yang tiada adab. Haa..

Baru-baru nie ada seorang pemuda duduk dikedai. Berhadapan dengan seorang pakcik. Bersebelahan dengan saya dan kawan-kawan. Jadi ingin dijadikan cerita, pemuda berkenaan membuka cerita dengan pakcik dihadapan beliau. Sembang punya sembang pemuda ini bertanya pakcik berkenaan.

Pemuda :     Pakcik, dengar kata Kelantan tak maju, kan ? Kawan saya kata laa..
Pakcik       :    Em, kamu dari mana ?
Pemuda  :    Saya dari Selangor.
Pakcik       :    Oyaka. Ok, kenapa kamu kata Kelantan tak maju ?
Pemuda  :    Pakcik tengok la, jalan tak cantik. Negeri tak kaya. Pembangunan tak ada. Bangunan tinggi-tinggi mana ada.
Pakcik       :    Emm.. Kamu pernah pergi Kelantan ?
Pemuda  :    Err.. Belum lagi, hehe. Kawan saya kata macam tu, jadi saya rasa malas nak pergi sana.
Pakcik       :    Jadi kamu dengar kawan kamu kata lah ? Kawan kamu tu pergi Kelantan tutup mata agaknya. Pakcik nak tanya kamu. Dekat Selangor, bangunan yang tinggi-tinggi tu siapa punya ?
Pemuda :    Kebanyakannya Chinese la pakcik.
Pakcik       :    Kamu tahu dekat Kelantan, tanah orang melayu hampir 100% . dekat mana kamu boleh jumpa macam nie ?
Pemuda  :    … .. ..
Pakcik       :    Bangunan kat sini kebanyakan hak milik Melayu. Dekat mana lagi kamu boleh jumpa ?
Pemuda  :    … .. ..
Pakcik       :    Pakcik akui, Negeri Kelantan mungkin miskin. Tapi rakyatnya kaya. Pemerintah tak makan duit rakyat. Mana kamu mahu, negeri kaya atau kita yang kaya? Kalau bangunan tinggi melangit sekalipun, kalau rakyatnya nak masuk, pakcik maksudkan kita. Nak masuk tapi kena bayar. Apa beza dia ? Sudahlah menyusahkan kita. Diberi kemudahan kepada kita tapi kena bayar pulak.
Pemuda  :    … .. ..
Pakcik       :    Jadi jangan dengar orang kata. Kita cari jawapan sendiri. Baru betul.
Pemuda  :    Baiklah pakcik. Pakcik orang Kelantan ?
Pakcik       :    Tidak. Pakcik orang Selangor.

            Haa.. Mana mau cara pertama atau kedua ? Pilihan ditangan kamu. Tapi nak pilih cara kedua, kita kena ambil tahu, banyak membaca dan banyak belajar. Bukan jadi kayu. Kaedah soalan dibalas dengan soalan memang sangat berguna bila kita rasa dikritik menggunakan soalan. Cuba dulu baru tahu.

            Jadi lepas nie nak kritik orang, nak mengata kat orang, fikir dulu nilai dulu dan fahami dulu. Jadi main langgar aje. Kan dah malu. Kalau dah rasa kita itu hebat, buat apa memperlekehkan orang lain? Orang yang hebat tak menjatuhkan orang lain, sebaliknya memperhebatkan orang lain. Hebat Hebat.

            Orang Kelantan jangan ambil hati naa. Ini cerita betul. Orang Selangor pun naa.. Kalau tak makan chilli jangan terasa sangat. Buat tak tahu aje, hehe

JJJ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...