May 24, 2014

Hakikat Bertubuh Kecil.

Hai kamu disana, apa khabar. Sehat lah ya. Dah gosok gigi ke belum nie? Kalau dah bagus la, kalau belum paham-paham sendiri. Bab mandi tak usah tanya. Musim-musim hujan sejuk macam nie confirm semua mandi P.Ramli, hihihi. Jangan marah aa..

Hari ini saya nak buka kelemahan saya sikit. Bagi saya, ini bukan kelemahan, tapi kelebihan. Orang lain yang cakap kelemahan. Pada musim Manchester United merangkul kejuaraan English Primer League musim lepas, ada seorang teman berbalas pesanan ringkas dengan saya. Masa tu jugak musim slot akasia kat TV3 sedang berleluasa. Teman ini pompuan dan dah lama berkawan dengan saya. Sejak belajar di Kelantan dulu lagi. Orang Utara.

Lepas Magrib tu dia ada SMS saya. Jadi kami berbalas SMS. Ada satu soalan dia tanya saya, “Apis tengok cerita Suamiku Playboy tak?”. Alamak soalan menguji jiwa. Saya pun balas, saya tak suka tengok slot-slot kat TV3 nie. Dia pun bagitau, ada pelakon baru tu muka macam saya. Saya pun tanya mesti dia macho kan, sambil ketawa. Kamu semua tahu apa yang dia balas? Dia balas berbunyi begini, “Ya macho, tapi dia boleh buat calon suami, Apis tak boleh”. Saya teramatlah terkejut. Memang betul-betul terkejut. Kenapa dia cakap macam tu, dia mungkin tersilap taip kot. Jadi saya tanyalah kenapa awak cakap macam tu. Apa kurangnya saya apa lebihnya dia sampai awak cakap saya tak boleh dijadikan calon suami.

Dia balas, “Sebab Apis tak cukup tinggi nak jadi suami orang, haha”. MasyaALLAH. Hidup jugak hamba ALLAH yang macam nie. Nak kata saya terasa memang saya terasalah dengan orang yang mulut tak ada pintu nie. Kita nie sama-sama hamba ALLAH. ALLAH jadikan hambanya bukan untuk dibanding-bandingkan. Tapi untuk menguji keimanan kita. Tau.

Seminggu sedara. Seminggu saya duk pikiaq pasai nie. Betul saya nie kecik je dalam kalangan lelaki. Tapi dalam kalangan pompuan kita takdak beza lah oii. Jangan nak kerek sangat, hehe. Bukan marah. Tapi cakap. Mulut tu jangan busuk sangat. Tapi seminggu aje. Lepas tu pergi main futsal balik. Masa tu kebetulan injurd, haha. Bukan seminggu duk pikiaq pasai nie betoi-betoi. Saya melawak ja tu, hihi. Jangan marah naa..

Saya tak kisah kalau anda-anda nak cakap saya kecik. Tak kisah pun. Betul. Saya dah kena bertubi-tubi serangan psikologi pasal nie. Tapi saya masih boleh cool. Kalau saya tak cool maknanya saya pun mempersendakan ciptaan ALLAH. Saya tak nak bagi dalil tak nak bagi hadith. Tapi saya nak anda fikir sendiri. Kawan-kawan anda yang kecik tu menyusahkan anda ka? Kalau keluar dengan diorang buat anda jatuh standard ka? Haa..

Saya bersyukur saya memiliki badan yang kecik. Sekurang-kurangnya saya tahu siapa ikhlas siapa palsu. Saya tahu siapa yang buat kerja kerana kerja atau siapa buat kerja kerana pangkat. Saya tahu siapa yang boleh serahkan kepercayaan mereka dan siapa yang ragu-ragu.

Cerita terbaru. Beberapa hari lepas saya pergi ke kedai kereta dengan seorang kawan. Tujuannya saja-saja nak tengok kereta. Time saya masuk, orang tengok je. Lepas tu saya panggil. Dia datang then dia tanya saya nak apa. Saya tanya pasal kereta tu. Ya, dia jawab semua soalan saya. Tapi kawan saya cakap dia tengok saya atas bawah atas bawah, haha. Budak kecik nak pergi beli kereta sapa nak percaya, hehe. Tak apa, ada cara sebenarnya nak bagi orang percaya. Tapi kita kena percayakan diri sendiri.

Ada sekali saya pergi ke rumah kawan baik saya, pompuan. Time raya. Bapak dia ingat saya nie boyfriend dia. Saya sembang biasa dengan bapak dia. Bila saya balik bapak dia tanya dia, “Dia bakal?”. Kawan saya jawab, “Kalau ya macam mana?” Bapak dia cakap boleh, bapak cuma tanya. Nak tahu kenapa bapak dia cakap boleh? Sebab saya tak jadi budak-budak masa sembang dengan bapak dia tadi. Ala, nak tahu berkawan la dengan orang lebih tua dari kita, hehe.

Apa lagi kelebihan? Banyak. Kalau nak cari calon isteri pun senang. Tak perlu nak berebut. Kita cool. Jumpa seseorang, kawan dulu. Kalau dia betul-betul ikhlas, dia akan stay sampai bila-bila. Kalau tak, dia buka pintu dia keluar. Eh saya dengar orang kata, isteri yang lebih tinggi dari suami rezeki murah tau, hihihi


Hihihi, jangan marah aa.. J J J

May 23, 2014

Senyuman Di Kaunter.

Assalamualaikum selamat pagi. Apa khabar sudah sarapan? Semalam apa cerita? Dengar kata semalam hujan, betul ke ? Jangan main hujan aa.. Demam nanti susah. Sebelum main hujan fikir dulu. Ramai lagi orang sekeliling yang menyayangi anda.

Anda kerja sebagai apa? Kalau kerja anda melibatkan servis terutamanya duduk di kaunter, saya mohon dan berharap sangat anda pergi hospital tak kisah hospital gomen atau private, minta ubat yang membolehkan anda sentiasa senyum dalam pelbagai situasi. Haa.. bunyi macam serius kan? Memang serius. Sebab saya dah terkena banyak kali.

Rakan-rakan di facebook pun ramai yang update status tentang tidak puas hati dengan layanan dan servis dari pihak tertentu. Ada yang memaki hamun, yang kutuk habis-habisan, yang macam-macam lagilah. Aduh.. Saya bukan apa, tak elok la macam tu. Kita dah buat servis tapi kita tak senyum dan layan pelanggan kita dengan apa yang sepatutnya.

Baru-baru nie saya ada ke Maxis Center di satu negeri yang indah dan damai lagi mendamaikan. Mula-mula masuk, ada guard. Bagus guard tu. Umur dalam 40-an gitu. Dia tanya saya apa yang saya mahu. Jadi saya pun ceritalah masalah saya. Dia jawab dahulu apa yang dia tahu. Lepas tu dia suruh saya tunggu sekejap kemudian ke kaunter untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permasalahan saya. Dia cakap elok saya ke kaunter untuk mendengar penerangan yang selanjutnya.

Jadi saya ke kaunter. Kebetulan ketika itu tiada orang. Sampai saya di kaunter, kakak yang duduk di kaunter itu on-the-phone. Okey tak apa, mungkin panggilan penting. Habis bercakap, bukan nak tanya pelanggan dia apa masalah, dia boleh buat tak tahu je saya ada kat depan. Tak apa, mungin tak perasan. Saya tegur dengan sopannya, tanya dengan lemah lembutnya. Jawapan yang keluar hanya “YA” sambil mata ke computer. Mati kutu saya kat situ. Tak tahu nak balas macam mana. Allahurabbi.

Sekurang-kurangnya senyum, eye contact dengan pelanggan tu penting jugak. Bagi penampo baru tahu, hehe. Saya bergurau aje. Bukan apa, hati nie meronta-ronta tahu bila dilayan sedemikian. Amboii sampai meronta-ronta. Hiperbola sangat saya nie, hehe. Nak cakapnya betapa sakitnya hati bila dilayan sedemikian. Jangan menipu kalau ada orang rasa bahagia bila dilayan macam tu. Pernah sekali saya menegur orang macam nie sampai dia tak terkata. Haa.. baru kau tahu aku nie bukan setakat pandai mengayat pompuan je tau.

Kita nak sampai PM kesayangan datang dulu ke baru kita nak senyum? Nak roll camera dulu? Alamak, tak bagus. Jangan macam tu. Kita bekerja memberi servis. Senyuman kan servis. Sedekah lagi tu. Barulah orang hormat kita. Eye contact tu biar betul. Jangan suara ke lain mata ke lain. Cungkil mata dengan spanar 12 baru tahu. Lagi satu, kesopanan dan kesusilaan tu patut ada. Biar pelanggan rasa selesa dengan kita. Barulah company kita dipercayai ramai. Eh tak nak dengar tak apa. Bukan saya kisah pun. Tapi kalau anda jatuh jangan marah. Kalau kita dilayan macam tu pandai pulak kita menyalak kan. Bak kata Sopi Jikan dalam filem KL Gangster, “Leng-Leng maa.” What you give, you’ll get back.

Jadinya fikirkan apa yang betul dan apa yang sepatutnya. Kalau pelanggan kita tu seorang yang bukan makan saman, dia langgar je kita kat situ. Malu dapat sakit hati dapat. Baru padam muka kita. Paling sakit hati bila dia ambil nama dan emailkan kat company kita. Haa.. hang pi packing barang-barang hang cepat-cepat. Mana mahu? Your choice your life. Pilihan ditangan anda.


Fikir-fikirkan. JJ

May 19, 2014

Milky Way, Scary.

Malam-malam saudara dan saudari buat apa kebiasaannya? Tidur awal ka main game ka buat apa? Ke bergayut dengan pasangan masing-masing.. Haa.. Jangan buat perangai aa.. Belum kahwin lagi tu, hehe. Adik-adik abang Hafiz, kalau ada kerja sekolah buat kerja sekolah. Pagi esok tak adalah tergopoh gapah menyalin jawapan kawan. Tak elok.

Saya kalau malam-malam time bulan purnama, saya suka merenung bulan. Bukan jiwang bukan jiwo adik kakok. Saya merenung bulan takut-takut tetiba saya boleh bertukar macam San Goku. Boleh mengganas. Kah.. Kah.. Kah..

Tapi kalau bulan tiada, maksudnya kitaran bulan bertukar menjadi bulan gelap. Saya akan berjaga sampai ke tengah malam. Kadang-kadang sampai membawak ke pagi. Nak tau saya buat apa? Haa.. Saya suka ambil gambar bintang. Milky Way. Dalam bahasa kampungnya Laluan Susu atau belahan langit. Saya kadang-kadang sanggup meredah hutan atau semak-semak semata-mata mau cari angle yang terbaik. Ada sekali beberapa minggu yang lepas, saya sanggup turun dari Kenyir ke kampung semata-mata ingin berMilky Way. Itulah saya.

Milky Way sangat saya suka sebab gambar itu harus diambil pada waktu malam. Maknanya tak panas dan tak silau, hehe. Tapi harus diingat. Menggambil gambar bintang di dalam semak atau hutan atau tempat-tempat yang boleh dikatakan bahaya, sangat “Scaryy…”

Satu kisah. Ketika saya cuti bulan lepas. Saya pulang ke kampung pada malam itu untuk mengambil gambar bintang bersama kawan baik saya. Pukul 11.30 malam saya sudah berada dikedai makan sebagaimana dijanjikan. Ramai juga anak muda yang duk ada situ. Bila kawan saya sampai, saya pun membuat bayaran dan ingin bergerak. Tapi, tetiba kawan saya yang ada kat kedai tadi tanya saya hendak kemana. Saya jawablah nak ambil gambar dekat highway nun.. Dia pun tarik tangan saya dan cakap janganlah kesana. Ambillah gambar kat tempat lain pulak. Saya pun peliklah sedara, tetiba cakap tak boleh pergi sana. Selalunya pun saya suka ambil gambar kat situ.

Kawan baik saya menambah, “Kita cari port lain pulak lah kali nie.” Aii bang, bikin suspen nampak. Jadi diceritakanlah segala-galanya dan membuatkan saya terpacak semua bulu roma. Eeeee… Bermula dari situlah, kalau nak ambil gambar bintang saya akan tanya dulu tempat tu OK ke TIDAK, hehe. Bukan takut sedare. Tapi takut orang kampung habis tanah nanti. Sebab saya lari tak cukup tanah. Kah.. Kah.. Kah..

Tapi tak apa, sebelum benda tu berlaku, saya dah banyak ambil gambar kat sana. Nak tengok? Moh kitoo.. Cekidoutt !!

Credit to Mohd Sharol Hadi Abd Razab.


Di Kampung Pengkalan Ajal, Kuala Berang, Terengganu. 
Credit to Muhammad Hafiz Bukhari.


       Antara gambar Milky Way yang kami 'petik'. Tak boleh tunjuk banyak-banyak sebab gambar nampak sama tapi tidak serupa. Haa.. Nak tengok gambar dari tepi Highway yang orang tak kasi pergi tu ?

Credit to Muhammad Hafiz Bukhari.

Ini tempatnya. Lebuhraya Ajil-Dungun. Tapi ini bukan Milky Way, tapi Lightray. Gambar ini sudah berumur. Tapi masih boleh diguna pakai. Hehe..

Okey Guys, See uollss Later. 


May 18, 2014

Agata Kita Ke Sabah !

Assalamualaikum, hari nie tak nak tanya apa khabar. Tapi nak tanya sehat ka tidak? Ehh, bukan soalan lebih kurang ke En. Hafiz? Ohh yaka, tak apa kita belit-belit sikit saja. Janji point dia sampai. Kalau tak sampai maknanya kamu ada masalah aa.. pergi buat check up cepat-cepat. Kalau melarat susah, hehe. Opss ! Jangan marah, jangan marah. Ingat lagi apa saya cakap? Orang yang selalu marah nie berkawan dengan syaitan tau. Haa.. begitu laa, ee.. chomell. Senyum macam tu selalu tau.
Saya banyak kali ditanya oleh kawan-kawan tentang negeri yang kaya dengan hasil bumi. Negeri mana? “Negeri Pasir Bedengung.” Kata Re.
“Eh.. Aku ingat asap saja yang berdengung.” Sampuk Mi. Filem Laxmana DOREMI daa.. Dey, jalann daa..
Negeri Sabah. Banyak soalan yang ditanya tentang menarik ke kalau melancong ke sana. Cantik ke permandangan kat sana. Banyak ke barang-barang kat sana. Tapi soalan yang paling best, “Hafiz, ko duduk Sabah dulu ramai ke jumpa awek-awek cantik?”. Soalan nie paling best. Saya jawab sana tak ada awek. Sana sumandak ja ramai, haha. Kalau nak cerita pasai pompuan sedare, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu khatam tau. Haa jangan main-main.  Sebut saja wanita, confirm semua abang-abang kat sini cerah bijik mata. Tu tengok brader tu, alamak… brader tutup mulut sikit, hihi. Alah saya melawak aje..
Sabah.. memang kaya dengan sumber-sumber alam. Tak tercemar dengan pembangunan yang pesat. Secara jujurnya saya sukaaa sangat duduk Sabah. Dengan budaya orang-orang disana, sikap mereka disana, permandangan negerinya. Fuhh.. memikat hati. Eh kalau ada orang Sabah yang single tu mai laa. Hihi. Oke saya bergurau.
Saya tak boleh jawab soalan awak-awak semua dengan detailnya. Tapi apa yang saya boleh janji, sesiapa itu seorang pencinta alam, pergilah melancong disana. Saya jamin kamu akan jerit, “Woooooooo Aweesomeeee!” Tapi tambah sikit kat depan “Subhanallah”. Jangan kita lupa untuk sentiasa memuji ALLAH. Sambil-sambil menikmati, kita dibekalkan pahala, ye dak.
Wahai pencinta alam, kita geng. Kalau nak pergi, ada tiket kosong ajak saya sekali tau, hehe. Bukan apa, nak jumpa sanak saudara aje. Kalau pergi sana, jangan lupa bawak kamera sekali. Kamera biasa-biasa pun cukup. Ambil saja gambar permandangan. Cantik ka tak cantik gambarnya kemudian kira. Yang penting kita ambil. Nanti balik semenanjung boleh tunjuk dekat kawan-kawan. Biar bertambah sikit geng kita. Bila dah ada anak nanti, tunjuk juga dekat anak-anak. Kalau anak-anak tanya kenapa gambar tak cantik? Ohh itu bapak tak pandai ambil, hihi. Gambaran dalam kepala kita penting. Boleh diceritakan.
Tempat-tempat yang wajib dilawati kalau melancong disana, jangan lupa pergi Kundasang, Ranau, Banjaran Croker dan.. eh banyak sangat la nak sebut. Tapi tempat-tempat yang saya sebut itu sangat menarik. Nak tahu apa yang menarik, try laa. Kalau Gunung Kinabalu pun tak pergi, nda usahlah kesana bah. Buang masa. Tak naik Gunung Kinabalu pun tak apa. Janji kaki gunung tu kita jejak. Sana ada Kinabalu Park. Selalunya pelancong ramai kesana. Kenapa? Eh sana ada makcik jual Nasik Lemak, Bestt. Hari tu dua bungkus saya makan sorang, hehe. Permandangan cantik di kaki gunung tu. Syiuk baa.
Tapi kalau anda bukan seorang pencinta alam. Kaki shoping kaki mall, janganlah kamu kesana. Nda bagus untuk kamu. Carilah tempat lain. Sana barang-barang agak mahal sedikit. Itu hanya pendapat saya. Tapi kalau nak pergi.. Haa silaa..
Sebenarnya kalau hendak dicerita tentang Sabah Negeri Di Bawah Bayu nie, hmm.. Tak cukup satu entri sedara. Aku nda habis lagi berkurapak. Nda apalah lain waktu yaa.. Bab Timur Sabah, pulau-pulau belum lagi masuk kan? Tak apa. Mata pembaca mencemburui kita. Kita sambung lain waktu. Insya-ALLAH kalau kita dijodohkan bertemu lagi.

Till Next Time, JJJ

May 17, 2014

Teguran untuk Kita.

Assalamualaikum sahabat. Apa khabar? Moga sehatlah ye. Yang terlebih sehat tu bawak-bawak bersenam. Biar nampak sikit kita nie ini maju. Bukan perot tu aje yang maju ke depan, hehe. Eh marah? Saya bukan cakap awak saja. Ramai lagi tu. Jangan marah noo..

Satu cerita, tentang saya. Beberapa bulan yang lalu, kawan lelaki saya ada upload gambar beliau di Facebook. Pakai seluar pendek dan tak berbaju. Aurat terbuka sedikit. Jadi saya komen. “Bergambar tu bergambar juga. Aurat tu jaga bang.” Tapi bukan nada memerli atau serius. kawan rapat saya. Jadi banyak bergurau dialam maya nie. Dalam-dalam bergurau, ada tersirat yang betul juga. Antara nampak dan tak nampak, kan.

Nak dijadikan cerita, suatu malam ketika menonton perlawanan bola. Saya keluar ke kedai menonton bersama kawan-kawan sekampung. Saya berpakaian biasa, berbaju t-shirt dan seluar sukan tiga suku. Menutup aurat sedara, hehe. Tapi seluar sukan tiga suku tu bila saya duduk, akan naik sedikit seluarnya sampai kelutut. Nampak macam pakai seluar tak tutup aurat. Kita kebelakang sikit, gambar yang diupload kawan saya tempoh hari, ramai kawan-kawan saya yang lain komen. Jadi masa menonton bola malam tu, salah seorangnya ada dikedai duduk disebelah saya. Awak semua nak tahu apa dia tegur saya? “Bro, duduk rumah ke duduk kedai? Aurat tu. Guane gitu boh?” Sambil ketawa.  Saya pun menjawab sambil tersenyum, “Seluar tiga suku nie, bang.” Saya tahu dia nak bergurau. Tapi menyerap kedalam dijiwa juga tau, hihi.

Nak dijadikan cerita lagi, beberapa malam yang lepas. Saya keluar ke bandar nak makan-makan dengan kawan-kawan. Kawan yang tegur seluar saya tempoh hari ikut juga. Naik kereta saya. Kebetulan saya pakai seluar sukan yang sama. Ditegurnya lagi, “Aii bro, tak tutup aurat ke?”. Jadi saya balas lagi, “Seluar tiga suku, bro. Bila duduk dia naik sikit.” Ketawalah ramai-ramai. Biasalah kawan-kawan, nak kenakan siapa lagi kalau bukan kawan-kawan sendiri, kan? Hehe.



Kadang-kadang ALLAH hendak menguji, adakah kita buat apa yang kita nasihatkan orang. Kadang-kadang juga, kita tak tahu siapa ALLAH akan hantar untuk menegur kita. Boleh jadi kawan kita sendiri. Boleh jadi budak kampung kita yang kita tidak pernah suka. Atas diri kita, penilaian kita dan penerimaan kita untuk menerima dan mendengar. Saya bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang PEKA dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah.  

See Ya !

May 16, 2014

Selamat Hari Guru !!

Assalamualaikum. Hari ini hari apa? Ingat tak kaum lelaki? Temujanji jangan lupa haa.. Eloklah buat perkara sunat hari Jumaat dahulu. Masih awal lagi nie. Hari nie hari special kan. Kutip banyak sikit pahala. Insya-ALLAH.

Ingat tak hari nie hari apa kawan-kawan? 16 May. Jangan buat-buat lupa aa.. Tanpa mereka kita takdak boleh jadi CEO kat mana-mana. SELAMAT HARI GURU wahai cikgu-cikgu sekalian. Terutama sekali bagi cikgu-cikgu perempuan yang cantik lagi bujang, haha. Tak, ini serius. Abg Hafiz masih single trang tang tang nie. Kah.. kah.. kah..

Banyak boleh kita baca daripada keratan akhbar dan internet, banyak yang boleh kita dengar daripada radio, banyak yang kita boleh tonton daripada siaran televisyen tentang guru. Tapi pada zaman sekarang, guru yang keluar di media-media massa bukan kerana jasa mereka tetapi kerana perbuatan mereka terhadap anak murid. ALLAHU RABBI.

Adik-adik apa nie? Apa silap guru adik-adik. Tujuan guru memukul, mendenda kita bukan untuk menyakitkan kita, tau. Tapi bagi tujuan untuk mendidik. Takkan baru tarik telinga dah balik mengadu kat mak bapak. Takkan guru suruh berlari keliling padang dah panggil press buat aduan. Mak bapak pun satu hal. Kita yang hantar anak-anak kita ke sekolah bagi tujuan pendidikan. Supaya mereka belajar, tahu tentang ilmu. Biasalah tu kalau kena denda sikit-sikit. Baru cepat pandai. Kalau asyik dibelai, susah la macam tu. Aduhh..

Saya bercerita nie bukan kerana saya guru. Bukan kerana saya nie salah seorang tenaga pengajar yang bertauliah. Tapi saya sedar, dimana saya berdiri sekarang kerana didikan guru. Tanpa guru saya takkan berjaya sampai ke tahap ini. Tanpa guru saya takkan tahu bumi ini berbentuk sfera bukannya bulat. Tanpa guru saya takkan tahu apa itu masyarakat. Tanpa guru juga saya takkan tahu ejaan Alif Min Nun Wau itu bacanya UMNO bukannya Sarkis. “Alip Min Nun Wau, Alip tendang Wau bunyinya Sarkis..” Kata Sudin. Sekali Pendekar Bujang Lapok daa.. Keh.. keh.. keh..

Sebenarnya kita nie bukan tak pandai berfikir. Tetapi tidak pandai menghargai.  Setelah bertahun-tahun belajar dengan guru, setelah mengambil segala ilmu yang guru curahkan. Melawan guru, memaki guru, memukul guru yang kita balas. Aduhai.. Kita nie ada ilmu ka tidak aninya? Atu saja ka yang kamu pandai?  Atu ka yang guru ajarkan selama ani? Guru tak pernah ajar kan cara-cara melawan ibubapa, cara-cara mencuri, cara-cara memukul orang, cara-cara menipu orang bawahan kita, tak ajar kan ? Semua yang guru curahkan kepada kita adalah ilmu yang berguna. Guru bersusah payah mengajar kita, membentuk modal insan yang berjaya demi kepentingan Negara Malaysia supaya sentiasa aman dan damai. Supaya orang luar tidak boleh menipu kita dengan sewenang-wenangnya. Tapi… dengan pucuk pimpinan kita tertipu. Ohh tak apa, itu cerita lain. Bukan silap guru, hehe.

Tolong adik-adik abg Hafiz yang chomel-chomel. Hormati guru kita. Hargai guru kita. Mereka tidak salah. Cukuplah menyalahkan mereka. Kalau kita tidak pandai bukan silap guru. Tetapi diri sendiri kerana malas belajar. Imam Syafie pernah berkata, “Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”




Jadi ingin saya nyatakan disini, tanpa guru siapalah saya. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya daripada Tadika sampai sekarang. 

Terima Kasih Cikgu. J

May 15, 2014

Bekerjalah Kita

Assalamualaikum. Ingat saya lagi? Mestilah ingat. Kalau lupa tak terbaca pulak semua ini, kan. Ingat ingat jugak, sarapan jangan lupa. Penting tu. Sumber tenaga pertama untuk seharian kita. Lunch dan dinner adalah tenaga tambahan untuk kita terus aktif.

Baru-baru ini saya ada balik kampung untuk menghadiri majlis kahwin kawan sekampung. Saya ada ke rumah kawan baik saya. Dia ada seorang adik yang rapat dengan saya. Lelaki. Sepanjang saya ada dikampung, apabila jumpa dia mesti dia akan senyum dan lari dari saya. Pelik juga. Tak pernah sebelum nie jadi macam tu. Jadi saya fikir balik, mungkin saya ada buat silap dengan dia. Mungkin dia ada terasa dengan saya. Entahlah. Tak dapat difikirkan.

Hari ketiga saya ke rumahnya lagi. Mahu memindahkan data gambar akad nikah kawan saya kedalam laptop saya. Terjumpa dia lagi, dia senyum. Tak sempat saya membuka mulut dia naik motosikal dan lari. Esh budak nie, apa masalahnya tu. Tak sampai 15 minit dia datang balik sambil senyum-senyum kambing. Tak sempat saya bertanya dia berkata, “Mesti ko bosan tengok muka aku kan? Asal ko balik aku masih dikampung. Asal ko balik aku masih belum keluar kampung, hehe.” Laaa.. itu ropenya masalah dia.

Jadi saya hanya tersenyum. Tak terkata. Speechless. Nak tahu sebab apa dia kata macam tu? Sebab sebelum nie saya ada face-to-face dengan dia. Saya ada tanya kenapa tak keluar cari kerja. Asyik duduk dikampung buang masa. Jangan jadi macam orang lain, hanya mengharapkan ihsan keluarga sendiri. Cari diri sendiri, bantu keluarga. Kita kan anak, takkan dah besar panjang masih memerlukan ‘jagaan’ keluarga. Kita kan berpelajaran. Cari lubang-lubang kerja yang boleh memberikan kita hasil yang halal. Walaupun kerja itu tidak besar gajinya, janji kita ada sedikit simpanan. Yang mana boleh digunakan jika keadaan terdesak. Dia hanya diam sambil merenung saya.

Sebelum ini saya ada bekerja sambilan dalam bahagian Perhotelan. Saya mengajaknya supaya bekerja bersama daripada duduk goyang kaki dikampung. Dia turut serta. Selepas tiga bulan bekerja, saya berhenti atas sebab ingin sambung belajar. Tinggal lah dia seorang disana. Tak sampai setahun dah berhenti. Ewah. Bertanyalah saya kenapa dia berhenti. Dijawabnya “Kamu berhenti boleh je, aku pun boleh lah berhenti.” Aii budak nie, kita berhenti sebab nak sambung belajar, dia suka-suka pulak. Sebab itulah saya face-to-face dengan dia.

Kita datang kerana hendak membantu. Tapi baguslah dia. Saya lihat ada usahanya untuk cari kerja. Maknanya kata-kata saya sebelum nie tidak seperti mencurah air ke daun keladi lah, kan. Bagus bagus bagus. Awak-awak semua yang masih duduk dirumah dan masih mengharapkan ihsan keluarga, keluarlah cari kerja. Boleh juga bantu keluarga walaupun sikit. Ehh besar pahalanya kalau bantu ibubapa nie tau. Bukan main-main.

Saya nie bukanlah siapa-siapa nak suruh awak semua. Tapi hanya boleh menasihat. Yang mana cantik itu ambil, yang mana buruk itu buangkan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti suatu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” Jadi hendak menjadi mukmin yang sejati, maka bantu membantulah antara kita. Hehe. Bukan ustaz. Kita nie macam nie lah, bila ada orang bagi ceramah sikit dah digelar ustaz. Aduh.. buang-buanglah pemikiran tersebut. Ketinggalan zaman bak hang..


Fikir-fikirkan. J

May 14, 2014

Perihal Masalah dan Teman.

Assalamualaikum buat semua. Semoga sehat sejahtera hendaknya. Pagi nie kata bangun tidur bagaimana rasanya? Masih berfikir tentang masa semalam, masih bersedih tentang peristiwa semalam? Sudahlah tu.. Apa nak difikirkan lagi. Bina matlamat baru. Bersama-sama. Saya ada benda nak bagi dekat awak semua. Tapi janji, dapat benda nie kita kongsi ramai-ramai. Biar semua orang dapat. “Benda yang lepas ndak usah dikenang lagi.” Opss.. Opsss... Jep Sepahtu yang bagitahu. Saya sampaikan aje, hehe.

Baru-baru ini saya ada terbaca update status di rangkaian social WeChat daripada kawan sekampung saya. Beliau nie boleh dikata tak pernah update tentang kesedihan. Apa yang muncul semua kegembiraan kebahagiaan dan kenakalan. Tapi tiba-tiba berita sedih muncul. Ingat saya kata tempoh hari? Kesedihan tak akan berpanjangan, kegembiraan tak akan bertahan untuk selamanya.

Saya rasa macam tak sedap hati melihat gelagat beliau. Jadi saya cuba hantar pesanan ringkas. Tapi bukan menggunakan nombor saya. Saya tahu saya takkan dapat tahu apa masalahnya jika saya guna nombor saya sendiri. Dalam beberapa minit berbalas lah pesanan ringkas saya tadi. “Aik, sapa nie? Sorry.. nombor dalam fon lama, lupa nak copy. Anis okey jer, apa-apa pun kena kuatkan semangat.” Haa.. itu memang betul-betul dia dalam masalah. Perempuan, jika diberi kasih, akan dibalas kasih. Walaupun dia tak tahu siapa sebenarnya saya. Saya pun balas balik pesanan ringkas tadi dan menyatakan saya kawan lama beliau. Terus bah.. mengelabah. Ehh Anis okey, Anis okey. Hehe. Permainannya.

Ingat ye lelaki, jika perempuan tak mahu bercerita. Biarkan seketika. Give time to her. Petang tersebut dia hantar pesanan ringkas kepada saya. Bertanyakan dimana saya. Haa.. Nampak tak hasilnya? Saya tak tippuu ooo.. Saya tak membalas pesanannya sebaliknya terus menelefon. Langkah pertama nak korek rahsia orang, jangan terus tanya. Mula-mula cuba bertanya khabar dia, sembang tentang perkara yang boleh buat dia tersenyum, tanya status kerjayanya. Dan cuba ambil masa sebelum bertanya perihal masalahnya. Ingat, lain orang lain caranya.

Mungkin sebab lama berjauhan, lama tidak bersua muka. Dia jadi malu untuk bercerita. Langkah yang kedua, jangan serius ketika bertanya tentang masalah dia. Cuba selitkan jenaka supaya situasi tidak terlalu janggal. Setelah lama bersembang, dia pun cakap, “Nanti kalau jadi Anis balik kampung masa Sholehan kahwin, kita keluar dan Anis akan ceritakan semua.” Nampak tu? Langkah yang terakhir, bagi masa dan bagi peluang. Jangan memaksa dan jangan menduga. Bahaya.

Sesetengah manusia akan rasa janggal jika masalah peribadinya diceritakan kepada sesiapa dalam masa yang singkat. Jadi bagi masa. Jika kita orang yang betul untuk dia meluahkan masalahnya, kita akan berpeluang mendengar. Jika tidak, mungkin kita bukan orang kepercayaannya.


Be a Gentle, Man ! J

May 13, 2014

Sahabat

Setiap manusia secara kasarnya pasti memiliki teman. Setiap insan mempunyai sahabat. Sahabat dimana kita boleh meluahkan setiap rasa manis pahit masam dan masin. Sahabat dimana kita boleh bergantung kepadanya disaat kita sangat-sangat memerlukan. Sahabat dimana kita boleh berpegang disaat kita hampir terjatuh. Sahabat yang mana akan memapah kita supaya kita teguh berdiri kembali. Sahabat yang mana tidak akan menceritakan keburukan kita dihadapan teman yang lain. Itulah sahabat.

Mencari sahabat tidak semudah mencari kekasih. Mencari sahabat tidak semudah mencari kawan. Mencari sahabat tidak semudah a, b, c. Sahabat yang sejati tidak akan membiarkan kita berseorangan didalam gelap gelita. Dia pasti tampil memberikan bantuan walaupun kita tidak pernah meminta. Dia pasti akan hadir untuk meringankan bebanan kita supaya kita terus maju melangkah.

Sahabat yang baik tidak akan membiarkan kita menitiskan air mata tanpa sebab. Sahabat yang baik tidak akan biarkan kita kebasahan berseorangan. Dia muncul untuk menangis bersama. Dia tampil untuk mengeringkan air mata kita.

Sahabat yang setia tidak akan membelakangi kita. Sahabat yang setia tidak akan memusuhi kita dalam diam. Dia akan selalu mendengar segala idea yang hadir daripada kita. Dia akan selalu melemparkan senyuman walaupun didalam kedukaan.

Susah senang kita dialah yang berada disisi. Jatuh bangkit kita dialah peneman setia. Menghargai sahabat adalah satu usaha yang murni. Sahabat tidak akan meminta balasan. Cukuplah sekadar dihargai.


Kenali sahabat, Hargai sahabat. Salam persahabatan. J

May 11, 2014

Kelulusan daripada Tarbiyyah Kreatif Consultancy.

         Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian. Pagi yang cerah lagi indah membawa seribu makna buat kita yang kerdil di Bumi ALLAH S.W.T. Pagi nie dah bersihkan diri ka belum? Bawak-bawaklah mandi, bersihkan apa yang patut. Cuti? Taulah duk rumah aje, mandilah jugak. Kang ada orang datang ziarah sia-sia ja kalut. Malu kat orang eh.

            Hari nie saya nak kongsi sikit cerita yang gembira buat saya dan anda-anda semua, hehe. Pernah dengar tentang Tarbiyyah Kreatif Consultancy? www.tarbiyyahkreatif.com. Kumpulan dakwah masa kini. Juga menawarkan program-program motivasi dah kerohanian yang menggunakan seni digital. menarik bukan? Ada account Facebook? Takkan tak ada kan. Semua orang maju sekarang, tak mungkin tak ada Facebook. Tarbiyyah Kreatif nie banyak menghasilkan video-video dan gambar-gambar yang sangat kreatif dan bergiat aktif dalam Facebook. Tapi, bukan gambar dan video yang mengarut tau. Gambar dan video tentang dakwah Islam. Alhamdulillah.



            Page ILUVISLAM dalam Facebook juga salah satu partner Tarbiyyah Kreatif dalam memartabatkan Islam dan mengajak anak-anak muda seperti kita dekat dengan Islam. Takkan tak pernah tengok. Awak-awak nie benda yang baik macam nie janganlah buat-buat tak tahu. Ambil tahu. Tapi saya yakin awak semua pernah tengok dan pernah baca kan. Bagus. Thumbs up!

            Beberapa hari yang lepas, saya ada berchatting dengan salah seorang ahli Tarbiyyah Kreatif. Kebetulan, dia tu adalah senior saya ketika belajar di Kolej Islam Sains Terengganu, dari tingkatan satu sampai tiga dan Kolej Islam Sains dan Teknologi, Bachok Kelantan. Dan dia juga adalah Pengarah Urusan didalam Tarbiyyah Kreatif Consultancy. Saya ada mintak kebenaran beliau untuk menggunakan gambar-gambar kumpulan Tarbiyyah Kreatif kedalam blog ini. Pada mulanya dia tanya, “Untuk apa nak gunakan gambar-gambar tu?” Saya dah cuak sedikit takut tidak dibenarkan.

Tapi niat yang murni takkan ditolak, selepas menyatakan hasrat saya akhirnya dia bersetuju, dengan syarat. Apa syaratnya Fiz? “Hafiz jangan edit gambar-gambar yang Hafiz nak guna. Sebab gambar-gambar tu bukan abang sorang yang buat, hasil ahli-ahli group Tarbiyyah Kreatif.” Saya jawab baiklah. Hehe.

Jadi kelulusan sudah dapat. Lepas nie adalah gambar-gambar yang menarik dalam blog nie. Bukan sekadar tulisan saja. Tak gitu? Apa yang menarik gambar-gambar Tarbiyyah Kreatif nie? Banyak sedara, ada avatar-avatar yang cantik siap dengan hadis-hadis. Bagus. Nanti saya tunjukkan satu.



Berbekalkan inspirasi  baru nie, tak adalah saya duk mengarut sangat dalam nie kan. Mengarut sangatkah beta ini ? Eihh Eihh Eihh Eihh.. Cobaann..


Have a Nice Day Fellas ! J

May 10, 2014

Wahai Perokok yang Budiman.

Hai selamat pagi. Berjumpa lagi kita dihujung minggu. Minggu lepas kan dah tidur, minggu nie kita jalan-jalanlah pulak. Bawak anak-anak tu sekali. Banyakkan bergaul dan luangkan masa bersama anak-anak. Ingat, semasa diorang kecik nie lah kita patut buka minda diorang. Nanti dah besar taklah sempit macam kita, hehe. Jangan marah, jangan marah.

Rokok sangat sinonim dengan lelaki. Lelaki dan rokok ibarat tak dapat dipisahkan. Ibarat kata tanpa rokok siapalah lelaki. Cewah. Tetapi harus diingat. Bukan semua lelaki yang merokok. Saya tak cakap semua. Okey? Dah bang, senyum sikit. Tau lah awak tak merokok. Siapa yang tak merokok tahniah saya ucapkan.

Sebut kata rokok, rata-rata semua tahu kan apa itu rokok. Tapi tak semua perokok tahu apa itu rokok. Tahu sedut je. Puntung buang merata. Asap pulak hembus sesuka hati. Dimana nilai perokok nie. Aduh.. rosak bangsa.

Saya bukan nak mengata apatah lagi menjatuhkan perokok. Sebab saya pun kadang kala merokok jugak. Tapi kadang kala lah. Bak kata ahli nujum masai, “Kaddangg-kaddangg, jarrangg-jarrangg”. Saya banyak terbaca status update dalam Facebook yang menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan perokok. Sebab apa? Meh sini nak bagitahu, dekat sikit. Baca betul-betul.

Merokok nie sebenarnya tak sehat. Jadi jangan terlampau banyak merokok. Orang ramai sangat bencikan perokok kerana perokok tidak menghormati orang ramai. Contohnya dikedai makan. Bang, adik, kakak, taulah awak tu perokok. Lepas makan confirm awak cari rokok. Tapi sebelum hisap tu saya mohon jasa baik perokok-perokok seluruh dunia, pandang kiri dan kanan terlebih dahulu. Tengok siapa ada sebelah awak, kawasan kedai tu tertutup ataupun tak. Kalau ada baby/kanak-kanak, sanggupkah awak nak merokok?

Okey cuba ambil plastic bag, masukkan kepala awak sambil hisap rokok. Apa rasa? Best tak? Sesak kan? Haa.. jadi dah tahu jangan buat lagi. Walaupun kita nie tak berpendidikan tinggi, tapi cara kita berfikir tu biar tinggi. Kita boleh blended dengan persekitaran. Baru orang pandang kita.

Minggu lepas, saya ada ke Kemaman bersama rakan sekerja. Dalam perjalanan kami ada berhenti di Restoran Seri Kalong, Balai Besar Dungun. Selepas makan, kawan saya tanya saya “Hafiz, sini boleh merokok ke?” Saya diam. Saya pandang belakang dia, sekeluarga sedang makan. Ada baby. So, saya cakap dekat dia jangan merokok ada baby kat belakang. Bertimbang rasa sikit. Tak jadi merokok. Tapi beberapa ketika, bapak si baby tadi merokok. Aik? Anak tu bang, kesian sikit. Aduh.. nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.

Warga Malaysia sepatutnya didedahkan dengan banyak motivasi-motivasi, kempen-kempen dan kesedaran tentang bahayanya merokok. Ya ada kempen tersebut. Tetapi ibarat melepaskan batuk ditangga. Sekejap sangat, kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada. Apa yang banyak kat media massa dan media cetak sekarang hanya “Umno terus maju untuk rakyat Malaysia”. Hukkalohh.

Lihat jiran, Singapore. Dah pergi? Ada orang disana boleh merokok sebarangan? Tak ada. Sebab apa? Sebab displin negara diorang tinggi. Kita? Negara kita macam mana? Negara kita tinggi jugak awak-awak semua, tapi Rasuahnya aje.


Be a Gentle to all Smokers. Peace Yo !! J

May 9, 2014

Berpimpinan Tangan di Malaysia

Hai Selamat Pagi. Hari nie kerja tak? Jangan mengular ya, hehe. Yang cuti tu jom join sini. Kita cerita-cerita. Yang mana elok kita ambil yang mana buruk kita endahkan. Biasalah manusia, kadang kala tersilap jugak. Jangan cepat menilai. Nilai diri kita dulu.

Pernah nampak perempuan dengan perempuan berpimpin tangan? Normal lah tu kan. Kawan-kawan. Okey kita tukar soalan, pernah nampak lelaki dengan lelaki berpimpin tangan? Kalau pernah apa yang ada dalam fikiran kita masa kita tengok tu? Haa.. jangan nak tipu. Confirm semua sama. Kamu fikir mereka gay kan. Mengaku cepat! Mengaku cepat! Kah.. kah.. kah..

Di Malaysia, bila kita nampak lelaki berpimpin tangan sesame lelaki kita akan anggap mereka gay. Ini reality, bukan cerita reka-rekaan. Tapi bila perempuan berpimpin tangan sesame perempuan tidak pulak kita anggap mereka lesbian kan. Sungguh tak adil kita nie. Kesian lelaki, hehe.

Di tempat saya kerja, orang Pakistan selalu saja berpimpinan tangan sesame mereka. Tidak pula saya beranggapan mereka itu songsang kerana saya tahu di negara Islam yang lain, berpimpinan tangan kerana brotherhood diorang kuat. Bukan kerana songsang. Sungguh tidak adil saya nie. Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Tapi ini semua terjadi kerana budaya, sikap dan perspektif orang kita berbeza dengan negara lain. Kita suka dan selalu sangat beranggapan ataupun menilai orang dengan sewenang-wenangnya. Ini bukan kerana mereka manusia, tapi kita terlalu naif dalam perkara ini. Saya tak cakap awak semua saja, saya pun sama.
Sama juga bila perempuan menegur perempuan. “Cantik kamu hari nie, Cik Salmah.”
“Terima Kasih. Kamu pun cantik jugak.”
Tapi bila lelaki tegur lelaki. “Bro, lu hensem la hari nie.”
            “Hoii, gay!!!.”
Nampak? Jangan nak tipu kalau cakap awak tak macam tu. Saya pun manusia jugak. Duduk dekat Malaysia jugak. Saya tahu apa jadi di Malaysia nie. Makan durian pun pakai sudu.
            Inilah Malaysia. Yang tak bersalah disalahkan, yang bersalah dilepaskan. Sepatutnya kita jadi masyarakat yang celik dalam segala hal agama mahupun apasaja. Tapi kita sebaliknya. Susah sebenarnya nak mengubah sesuatu masyarakat.
            Eh saya tak kutuk negara saya. Tapi saya merungkai sesuatu yang benar. Tak percaya tanya dia dia dan dia. Orang Malaysia lah. Bukan setakat ada IC. Diorang tak tahu pape.

Selamatt. JJJ

May 8, 2014

Kebersihan Diri.

Haii, pagi nie dah gosok gigi ka belum? Pergilah gosok gigi sikit sedara. Tak cantik sangat udara yang keluar tu. Lagi-lagi kalau perempuan, esh tak senonoh sangat tau. Bukan awak, tu yang dekat negara luar tu. Asal pagi tak mandi tak gosok gigi. Macam mana badan nak bersih. Sehat pun kadang-kadang datang kadang-kadang pergi, ye dak?

Siapa pun kita, tinggi mana pun pangkat kita kalau kebersihan diri tak terurus jangan harap orang nak pandang tinggi. Eh ini bukan main-main. Betul. Yang perempuan tu saya nak pesan, saya nie lelaki. Kalau awak lalu tepi saya dan ada bau yang tak menyenangkan daripada awak, saya tak tengok dah awak tu cantik ka tiptop ka. Saya akan letak awak dalam kategori perempuan tak terurus. Ndak uruss mo layan. Huh.

Terasa ke, saya memang nak suruh awak-awak semua terasa sikit. Lelaki mahupun Perempuan, sama saja. Penilaian orang terhadap kita tu kita kena jaga. Kalau dah diri tak terurus tak terjaga, macam mana orang nak percayakan kita. Kita nak pergi temuduga pun orang suruh pakai yang smart-smart. Sebab apa? Sebab first impression sang penemuduga tu kita nak curi. Nak ambil hati dia. Nak tarik minat dia supaya menilai kita. Kan?

Bukan marah, tapi pesan. Sebab ramai sangat perempuan cantik lelaki hensem kat luar sana. Bila selisih dengan diorang lain pulak tanggapan kita. Pakai la minyak wangi sikit. Jangan muka ja hensem, cantik. Tapi baunya mashem, hehe.

Satu cerita, sewaktu saya berkerja di hospital kerajaan pada tahun 2009 dalam Department Radiologi. Ada seorang wanita berumur 20an datang untuk melakukan pemeriksaan X-ray. Muka dia cantik sangat sedara. Kebetulan saya yang bertugas. Saya suruh dia masuk dalam bilik X-ray dan menyalin pakaian dalam bilik persalinan. Awak-awak semua tahu kan yang bilik X-ray itu tertutup. Hanya ada penyaman udara untuk ventilation. Masa wanita tadi keluar dari bilik persalinan, bukan setakat dia saja yang keluar, sekali dengan bau-baunya yang keluar. Bukan minyak wangi, tapi bau badan. Masya-ALLAH baunya sangat tak menyenangkan. Bayangkan selepas selesai pemeriksaan, saya terpaksa blowkan air-cond dan ambil masa beberapa ketika untuk keluarkan bau-bau yang ada sebelum pemeriksaan yang seterusnya.

Nampak tak, kecantikan muka tak menjamin bau badan. Jaga kebersihan diri. Orang pandang. ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan. Kecantikan bukan bermaksud cantik pada rupanya aje. Tapi merangkumi semua.


Sama-sama kita menjaga kebersihan ye. J

May 7, 2014

Jangan Bajet Pro !

               Assalamualaikum salam hormat salam bahagia, salam cium tangan ibubapa. Makin hari makin panas. Hujan kejap-kejap kadangkala menjadi lebat. Shah Alam dah tak kena catuan air ke? Saya bakal balik Shah Alam dua bulan lagi. Saja nak bagitahu. Tak tanya sudahh.

            Pernah dengar radio atau menonton televisyen tentang bahaya penggunaan handphone semasa memandu? Saya pernah. Selalu dengar. Tapi baru-baru ini saya ada on-the-phone dengan kawan saya sambil memandu. Dia tak tahu, lama kami bersembang tetiba dia tanya, “Apis bawak kereta ke nie?” Saya tak jawab. Tetiba dia naikkan suara sedikit. “Apis jangan bajet pro lahh. Bawak kereta dulu. Nanti kita sembang.” Dush! Dush! Dush!. Sebijik atas kepala, hehe. Biasalah perempuan. Emosional lebih sikit.

            Bukan nak kata saya nie hebat sebab boleh on-the-phone sambil memandu. Tapi nak cakap saya nie kadang-kadang membuat kesilapan. Dan itu membuktikan saya nie manusia. Walaupun begitu, ramai diantara kita tidak mempedulikan tentang bahaya. Termasuklah saya. Selepas saya bersembang dengan kawan saya tadi, saya mula berfikir kembali. Masa saya on-the-phone dengan beliau, saya memang kurang fokus terhadap persekitaran dan jalanraya. Ibarat robot yang pandu kereta. No feeling.

            Banyak kes kemalangan yang disebabkan gajet pada masa kini, kan? Jadinya, lepas nie kita jangan ulangi lagi. Uihh bahaya kawan-kawan, bahaya. Selalu sangat saya tengok pemandu-pemandu menggunakan handphone semasa memandu. Haa awak tu jangan nak geleng kepala. Awak pun sama jugak. Kan ? Hehe.

            Sebenarnya kita semua nie kurang pendedahan tentang benda ini kan. Ops! Maafkan saya, bukan kurang pendedahan, tapi kurang celik sebab malas membaca dan malas ambil tahu. Kannn…

            Lepas nie nak on-the-phone masa memandu, kita pakai earphone. Tapi angkat panggilan yang penting saja. Kita boleh, kita boleh. Jangan bajet kita nie pro! Tahu.


Peace Yo !! J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...