May 10, 2014

Wahai Perokok yang Budiman.

Hai selamat pagi. Berjumpa lagi kita dihujung minggu. Minggu lepas kan dah tidur, minggu nie kita jalan-jalanlah pulak. Bawak anak-anak tu sekali. Banyakkan bergaul dan luangkan masa bersama anak-anak. Ingat, semasa diorang kecik nie lah kita patut buka minda diorang. Nanti dah besar taklah sempit macam kita, hehe. Jangan marah, jangan marah.

Rokok sangat sinonim dengan lelaki. Lelaki dan rokok ibarat tak dapat dipisahkan. Ibarat kata tanpa rokok siapalah lelaki. Cewah. Tetapi harus diingat. Bukan semua lelaki yang merokok. Saya tak cakap semua. Okey? Dah bang, senyum sikit. Tau lah awak tak merokok. Siapa yang tak merokok tahniah saya ucapkan.

Sebut kata rokok, rata-rata semua tahu kan apa itu rokok. Tapi tak semua perokok tahu apa itu rokok. Tahu sedut je. Puntung buang merata. Asap pulak hembus sesuka hati. Dimana nilai perokok nie. Aduh.. rosak bangsa.

Saya bukan nak mengata apatah lagi menjatuhkan perokok. Sebab saya pun kadang kala merokok jugak. Tapi kadang kala lah. Bak kata ahli nujum masai, “Kaddangg-kaddangg, jarrangg-jarrangg”. Saya banyak terbaca status update dalam Facebook yang menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan perokok. Sebab apa? Meh sini nak bagitahu, dekat sikit. Baca betul-betul.

Merokok nie sebenarnya tak sehat. Jadi jangan terlampau banyak merokok. Orang ramai sangat bencikan perokok kerana perokok tidak menghormati orang ramai. Contohnya dikedai makan. Bang, adik, kakak, taulah awak tu perokok. Lepas makan confirm awak cari rokok. Tapi sebelum hisap tu saya mohon jasa baik perokok-perokok seluruh dunia, pandang kiri dan kanan terlebih dahulu. Tengok siapa ada sebelah awak, kawasan kedai tu tertutup ataupun tak. Kalau ada baby/kanak-kanak, sanggupkah awak nak merokok?

Okey cuba ambil plastic bag, masukkan kepala awak sambil hisap rokok. Apa rasa? Best tak? Sesak kan? Haa.. jadi dah tahu jangan buat lagi. Walaupun kita nie tak berpendidikan tinggi, tapi cara kita berfikir tu biar tinggi. Kita boleh blended dengan persekitaran. Baru orang pandang kita.

Minggu lepas, saya ada ke Kemaman bersama rakan sekerja. Dalam perjalanan kami ada berhenti di Restoran Seri Kalong, Balai Besar Dungun. Selepas makan, kawan saya tanya saya “Hafiz, sini boleh merokok ke?” Saya diam. Saya pandang belakang dia, sekeluarga sedang makan. Ada baby. So, saya cakap dekat dia jangan merokok ada baby kat belakang. Bertimbang rasa sikit. Tak jadi merokok. Tapi beberapa ketika, bapak si baby tadi merokok. Aik? Anak tu bang, kesian sikit. Aduh.. nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.

Warga Malaysia sepatutnya didedahkan dengan banyak motivasi-motivasi, kempen-kempen dan kesedaran tentang bahayanya merokok. Ya ada kempen tersebut. Tetapi ibarat melepaskan batuk ditangga. Sekejap sangat, kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada. Apa yang banyak kat media massa dan media cetak sekarang hanya “Umno terus maju untuk rakyat Malaysia”. Hukkalohh.

Lihat jiran, Singapore. Dah pergi? Ada orang disana boleh merokok sebarangan? Tak ada. Sebab apa? Sebab displin negara diorang tinggi. Kita? Negara kita macam mana? Negara kita tinggi jugak awak-awak semua, tapi Rasuahnya aje.


Be a Gentle to all Smokers. Peace Yo !! J

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...