Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

May 24, 2012

Pengalaman Kedua.

Ini antara pengalaman kedua aku berkerja di tempat orang sendirian tiada teman. Sadis dooo. Kalau di ikutkan hati ini. Kompem - kompem aku blah terus nie. Kusut.

Orang kata bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. Aku pegang kata-kata nie. Tu yang buat semangat aku nak kerja berkobar-kobar balik. hehe. 

Kalau nak diikutkan hati, memang aku nak sangat duduk rumah goyang kaki. Tapi dah lumrah manusia perlu bekerja tuk mencari sesuap nasi. Tak kan nak suruh mak bapak tanggung lagi kan, bro? Kalau dah kawen lagi lah besau tanggungjawab. Kan? kan? kan? Lelaki pulak tu.

Lapor diri tadi dah macam daftar nak masok kolej. Bapak serabutnya pun. Tapi dengar gaji besau, serabut pom serabut lah. Asal masyuk. kehkehkeh. ( Nak tanggung anak orang nie. )

Tapi tu lah. Manusia. Tak boleh nak susah langsung. Nak senang je kojenye kan?


Haffez : Mule-mule dah kurang semangat, berapa bulan lekat tah keje nie. huhu.




Feb 7, 2012

Gelagat manusia facebook.

Dalam Facebook korang ade tak wanita-wanita cantik? ohh sorry. Bukan wanita tapi perempuan-perempuan cantik? Ade? Kompem la ade. Berdasarkan statistik, perempuan lebih ramai mempunyai akaun didalam Facebook, 1:10. Kan? Same je dengan statistik Lelaki dengan Wanita pada akhir zaman nie kan? Dasat! 


Okei berbalik pada tajuk asalnya. Ade kan? Ade ape Haffez? Ade tak perempuan-perempuan cantik dalam Facebook korang. Nak tambah sikit. Perempuan-perempuan cantik + budak sekolah. Nampak gempak sikit soalan nie. haha. Dalam Facebook aku ramai woo. Nak muke macam mana semua ade. Mekap tebal mana, jenis ape, keluaran bila semua ade woo. Dasat sungguh.

Dan.

Diorang suka sangat upload gambar diorang dalam Facebook. Sebelum dan selepas semua bantai upload dalam Facebook. Yang pakai baju tak cukup benang. Tak cukup kaen. Yang koyak rabak. Baju adek. Kalau boleh semua nak upload. Mungkin suatu hari nanti tidak mustahil gambar tengah mandi dimuat naek. Dan agak tidak mustahil jika gambar tengah 'melepas' dimuat naek.

   " Muke baru balik dari sekolah. #penatgiler#" -- Tapi muke giler sempoi.


   " Mucux baru bangun tido. Huhu. #Budakcomot# -- Cantik macam baru mekap. Agaknye dalam mimpi jumpe pendandan kot.


Tapi.

Bila ade manusia prihatin komen kat gambar-gambar diorang. Yang berterus-terang dekat diorang. Yang kate "hari-hari muke same masuk Facebook". Yang kate " Kuat giler minah nie tayang muke". Yang kate " Yang tu pom nak tunjuk kat orang ke?". Mereka-mereka yang prihatin nie langsung dibalas suil oleh pemilik gambar. Antara kata-kata yang biase aku bace.

  " Kau pesal huh? tak suke tak payah tengok lah mangkok."

  " Ade sangkut dengan ko kat mane-mane ke?"

  " Kau tu bagus sangatt!?"

Hanya ini balas yang diterima. Kecian. haha.


Dan selanjutnya.


Mula lah pemilik gambar tadi rase tak puas hati. Mula tercabar sebab ade yang kutuk muke diorang yang "cantek" sangat tu. Kan? Dan mula lah status berbau perli diupdate.

Status Update :

  Mia Sara _ Kot ye pom tak suke dengan aku, jangan lah nak mengutuk kat gambar aku! Bongok !

  Aku Perasan _ Kalau tak cuke ite, unfren la ite. senang.

  Abcdefg _ Kau jangan nak tunjuk baek la. Kau pom haremm jugak. Cermin diri dulu lahh. Bontot!

Inilah jadinya. Lepas tu bergaduh. Lepas tu delete balik gambar yang kena kutuk tadi then upload gambar baru. Then kena kutuk lagi. Update status laen pulak. Delete lagi gambar. Kena Upload gambar baru lagi. Eshh! Dah macam kitaran je. haha.

Korang pernah nampak perkara ini berlaku kat Facebook korang? Pernah kan? Tu baru bab gambar. Tak masuk bab status lagi. haha.



Nota Kaki : Sekarang kita sudah berada pada Akhir Zaman. Susah nak bagi pendapat kat Umat Islam zaman sekarang. Semua dah ade "otak" sendiri. Beringat lah ye. Kiamat semakin dekat. 

Haffez : Aku tak pandai nak printscreen. Kalau tak, aku upload da ape yang aku bace tu. Hehe~

Jan 18, 2012

Lelaki Teruna

Ehem. Fiweeetttt! haha!



Assalamualaikum.
Ehem. Sound cek, sound cek. hehe. Ha nie chek nak habaq sikit kat angpa suma. Tadi chek ada terbaca kat blog. Eh blog la kot. Chek pom tak pasti blog ka apa tapi memang chek ada baca. chek tak tipu na. Chek siap copy lagi tuh. hehe.

Depa ada duk tulis ciri-ciri Lelaki Teruna. Bukan dara nah. Dara tuk wanita sahaja. Ini kajian, bukan kompem one hundred percent betoi. Atas angpa suma nak caya ka tak. Chek cuma nak habaq ja.

Ini yang depa duk kata ciri-ciri lelaki teruna.


  • Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.
  • Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya   memberikan reaksi bersahaja.
  • Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.
  • Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.
  • Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.
  • Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.
  • Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.
  • Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.
  • Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.

Ha nampak tak? nampak tak? Chek dah habaq dulu lagi dah. Mesti ada lelaki yang baek dalam dunia nie. Angpa tak mau caya. Angpa anggap lelaki suma sama. Baca kat atas nun.

Agak-agak angpa lah. Chek ada tak ciri-ciri macam kat atas nun? Ada kan? Well. Rugilah sapa tak kenai chek. haha. Dok ehh. Chek gurau jah. hehe.

Lepas nie angpa buleh la intai-intai, usha-usha lelaki-lelaki disekeliling angpa. Kawan sekelas angpa ka, kawan sekerja ka. Kita tengok depa masih teruna ka tak. Kita tengok mata depa terbujuq tak tengok pompuan seksi depan mata depa. Kalau chek la, chek rela tunduk tau. haha. Bukan nak kata la. Kalau kat tempat keja chek tu, ibarat kata chek lah wanita dan yang laen tu lelaki. Bikin maluu! hehe.

Lepas nie buleh la kita pakat duk bikin filem Aku Masih Teruna. haha. hebat tak? 



Nota Kaki : Untuk semua sahabat. Nilai dari seseorang itu ditentukan dari keberanianya memikul tanggungjawab, mencintai kehidupan dan pekerjaannya. Paras rupa bukan kepentingan, isi dalaman menjadi taruhannya. Fikir-fikirkanlah. Salam.

Nov 15, 2011

Jangan Terlalu Sayang.

"Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam."
"Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau."
"Jikan anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang."


Jika terlalu rindu, cinta dan sayang, tolong sahabat, kawallah diri, jangan sampai Si Dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu hendak menghantar SMS padanya, dan berpadalah apabila menulis sesuatu untuknya.
 
   Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi Si Dia mungkin berbeza. Apabila resah digelut rindu, Si Dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Si Dia mungkin sedang sibuk dengan pelajaran, atau pelanggan, atau kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernada kecewa, resah dan gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan tidak bersambut. Si Dia mungkin di dalam situasi tidak mahu digangu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu.

   Di saat Si Dia dirindui, mungkin ketika yang sama Si Dia tidak begitu. Berpadalah di saat hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Jika di awal pagi Si Dia memulakan tugas, usahlah hendak mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, Si Dia akan bosan dan tertekan. Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, rindu mendengar suaranya, tetapi tahukah akan situasi yang sedang dilaluinya? Si Dia mungkin di tengah-tengah medan mesyuarat, berjumpa rakan, makan-makan bersama teman. Atau memikirkan sesuatu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut, bertenanglah dahulu. Berikan tempoh sejam ataupun setengah jam. Kemudian telefonlah kembali. Jika Si Dia tidak menyahut, fahamilah dirinya. Memang ada ketikanya kita tidak mahu digangu. Tidakkah begitu?

   Bukan tidak rindu, Si Dia juga "mungkin" sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang kala memaksa kita kematu kan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan - untuk mengenal dan membina keserasian. Percayalah. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan dua tahun lapan bulan 15 hari mengenalinya dan terus berhubung ( aku la, korang aku tak tahu ), anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan Si Dia bukan calon yang sesuai untuk anda.

   Benarlah kata orang, di saat kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana yang seharusnya. Fikirkan juga emosinya di saat menerima warkah-warkah anda walaupun emosi anda sendiri tidak seimbang.

   Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut, nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia akan mendatangkan kebencian, menyampah dan sakit hati.

   Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia yang sentiasa belajar untuk memahami orang lain. Bukan manusia luar biasa yang tidak kisah dengan perasaan orang lain.

   Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami Si Dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan Si Dia masa. Si Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi Si Dia perlukan kefahaman. Dalam hidup ini banyak kecemerlangan yang perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu dijadikan booster kekuatan mencapai kejayaan. Hidup akan lebih indah jika orang memahami.

   Cinta memang menggilakan. Tetapi harus diingat kita tidak patut sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadi anda bagaikan tidak siuman.


Jan 28, 2011

To know you is to love you . .

Hari nie ana nak kongsi lagu yang biase ana layan.. Lagu nie slow je.. Tapi time korang ade masalah ke, time sedih ke, time korang nk tido pom boleh layan.. Ana dah cari lam YouTube video lagu nie tapi tidak ketemu.. Sory lah kepade sesiape yang berkenaan.. Video tak sempat nak bikin lagi..hahaha ( laen kali tanye lah lagi soalan2 bocor cam nie ) kuang3!

Papepom ana bagi lirik tuk dikau yeah..keke
Lagu die berbunyi cam nie..

At times when I feel so lonely
No one to keep me company
You were there
At times when I feel so trouble
No one for me to turn to
You were there
You'll always there
In times of pain and sorrow
When it feels like there's no tomorrow
In You I find peace and strength
To get my life back on track again
In times of joy and laughter
Happiness feels like forever after
In You I find it never ends
Cause' your love's always there to mend
I've come to realize
That you are my savior
You're the most Forgiving most Merciful
A step I take towards You
Thousand steps You will see me through
You're the All Knowing
You the most Gracious most Bountiful
Allah
The more I know You
The more I love You

Ana bese layan lagu nie lah.. Time bangun pagi, time nak tido, time ade masalah, time sedih dan bile2 ana rase nk dengar lahh.. Tapi yg pasti dalam sehari tu wajib lagu nie masok lam telinga ana.,Ok?

Ok jup lupe ana nk bagi tahu.. Nanti ade pulak yg duk nanye sape penyanyi dier.. Tajuk lagu nie " To Know You Is To Love You" dan penyanyi dier Suhaimi InTeam..




Abg Suhaimi nie dah keluarkan Album die.. Tajuknye Kias Cinta.. Lame dah Album nie keluar.. korang cari lah kat pasaran terdekat..xpom cari kat kedai mamak.. InsyaAllah jumpe! keke~
Lagu nie nampak simple.. Tapi kalau korang hayati betul2, layan, fahami.. banyak maksud dan banyak perkare tersirat. InsyaAllah, kalau tektik korang betul, memang korang rase tenang sikit bile dengar..
So, fikir2kan dan selamat beramal!

PESANAN UNTUK HARI INI**
  • Nak mengingati Allah banyak care..
  • Cari care yang terbaek dan mampu merubah Hati korang tuk mendekatiNya.. 
  • InsyaAllah..


Jan 14, 2011

BoSaN ! !

Sekarang dah masok 4 minggu a.k.a sebulan dah ana melepak kat Kuala Krai.. Dengan TV takde, lampu dalaman rumah cume gune lampu reban ayam je ( ala.. mentol bulat yg memedihkan mate tuh ), air paip berfungsi 20jam je sehari ( naseb bek ade kolam ), kedai jauh, makanan mahal dan sebagainye = B o s a n ! . .
Bukan nak merungut apetah lagi tidak bersyukur kawan dan kawan..  Cume terbit dari hati perasaan bosan je.. rasenye xsalah kea? Rumah org laen kiri kanan sumenye astro.. tapi tempat tinggal ana? cukup2 untuk tido jee..

**
Tengok! pajero orang tu pom pasang astro.. rumah ana bukan kate astro.. siaran radio pom sipi-sipi je nak lekat.. ana xtahu lah macam mane nak terangkan kat tuan-tuan dan puan-puan..
Haisshh . .

Kawan ana kate.. " xpe..Hidup mesti bermatlamat! balik kerja pukul 3, tido.. bangun pukul 2pagi sebab lapo.. nak cari makanan xboleh sebab hujan.. pastu sambong tido balik, bangun2 subuh pagi esok.."
Anta punye matlamat lah macam tuu.. Ana bukan macam tu..

**

Hidup ana xsame ngan anta.. Ana perlukan kehidupan yang selesa..hehe.. Ana ade Laptop, ana menggunakan laptop ana sebaek-baeknya. Buat assignment, kes study, layan fb, coret blog yang xtahu ape nih.. kire okey lah dari budak kat bawah nie..

***
Fuhh~
kuat dan bergaye die punye laptop..
terbaek bro..!
***

Kire-kire mase ade sebulan lagi dan lepas tu boleh ana check-out cepat-cepat dan laju-laju.. Sedare dan sedari sekalian jangan le pulak fikir ana bukan-bukan.. Ana sebenarnye nak kongsi kehidupan je.. Bukan nak mintak simpati atau ape-ape.. Oleh kerane terlalu bosan, so ana conteng-conteng la dalam blog nie.. buleh buat senaman jari..hahaha..
Tapi jangan risau, Masjid tepi rumah ana je.. kompem ana xlupe solat! ( yang selalu pesan kat ana tu )..
So.. inilah kehidupan.. out!

PESANAN UNTUK HARI INI**
  • " Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu.."
  • Selamat!

Dec 31, 2010

TerKejut + xPercaya!

10.00 A.M
( Ncet aku berbunyi )
Haffez : Hello assalamualaikum~ ( Sore baru bangun tido )

No Sesat : Sape nie? ( sore pompuan )

Haffez : ( aihh minah mane nie jwb salam pom x..die telefon aku die pulak tanye aku sape..xpe..buat selamber.. )
             ehem.. salam.. nk cari sape??

No sesat : w'salam.. sape nie?

Haffez : Dah nie sape?

No sesat : ehh owg tanye die, die tanye kite balik? ( nada marah )

Haffez : ( aikk?? aku plop kene marah? )
              Ohh.. saya tuan punye ncet nie lahh.. awk nk cari sape? ade masalah ke?

No sesat : xde laa.. hari 2 no nie masuk dalam ncet saye..awak sape?

Haffez : ( Hmm.. xdop owg laen da nie.. no sesat nih )
             ohh yeke.. sory clap no..

aku tekan punat merah dan sambong tido..( haha )

14.00 PM
Pergi ke bank nk tengok duet masok ke x..

tutt! tutt! ( mesej masok )

No sesat Tadi : ehh nie bob kan?? kenal x sape ea?

Ohh? Bob? rase nye org kg aku je panggil aku bob..

Haffez : Bob? sape nie? xkenal lahh..

No sesat : laa.. xkenal ke? nie ENA..

Ena? ena mane pulop nie.....Haishh!

Haffez : Ena mane ek? xkenal lah.. mntak maaf banyok2 lahh sedari..

No sesat : amboii.. rama beno membe name ena?

Haffez : betol nie xkenal.. ena mane?

No sesat : eesshh! Ena cousin matro ea..

Hahh!? ena??? hahahahahaha.. MasyaAllah!

Haffez : cousin matro? rumah yg belah kanan ke belah kiri?

Haha..kontrol keexcitedtan..haha

No sesat : ehh? rumah belah kanan ade org pompuan ke?

Aku biar mesej tergendala buat seketika kerane xpercaya ape yg telah terjadi..
hahaha... papepom amek duet dulu..
tekan2 atm last2 duet xmasok ag..Ahhh! tensen3! janji ngn owg dah 3hari cakap nk masok tapi aku xbg lagi..
lantakk lahh!

Haffez : salam.. betol ke ena nie?
Ena : betol lahh.. xcaye lak die..
Haffez : hehe..baiklahh..

aku tepon die nakkan kepastian dan ternyata die ENA!
hahaha..
Aku hampir xpercaya awek yg paling lawo dlm kg aku telefon aku..hahahaha..
Heppi derr! awek cari kite derr!!keke!..

**PESANAN UTK ORG2 KG KUA**
Aku mintak maaf lahh korg2 sume..
awek lawo kg korg dah ade ngan aku..
hahahahaha!

DAN

**PESANAN UTK HARI INI**
  • Pucuk dicipta ulam mendatang..
  • oke selamat!

Dec 30, 2010

Let Me Let U kNoW de tRutH!

Aku tahu ko minat kat aku..Aku bukan nk perasan, tapi ko sendiri yg bagitahu aku. Nasib baek ko bagi tahu, kalu tidak memang aku xtahu lah sebab ko xbagitahu aku..( haha )..

Macam nie lah sedari..Aku sebenarnye bukan xsuke kat ko. Tapi ko xkenal aku macam mane org laen kenal aku.Ko xpernah pom tengok aku berdiri depan ko, aku berada, wujud depan ko..Dan aku pasti yg ko minat kat aku sbb aku baek kat ko kan? ( bukan nk perasan baek laa..) Sebenarnye aku memang sejak azali lagi mcm 2, baek ngn org yg baek ngn aku. Bukan bermakne aku suke ko..Aku xpernah cakap pom sebelum nie kan?

Lagipom kan sedari, aku xsedialah nk mende2 mcm 2..(sory) aku tahu ko dah bagitahu mak ayah ko yg ko suke aku..walaupom aku xkenal mak ayah ko..( mak ayah ko lagilah xkenal aku kan)( mungkinlah )..
ingat sedari, gambar seseorang bukan mencerminkan keperibadian seseorang tau! mungkin aku nie dlm gambar je baek, luar mcm setan.. macam mak ko ckp mase ko tunjuk gamba aku kat die 2.. ( mak suke budak nie, comel je muke, jernih je air muke budak nie..tapi jgn terpengaruh ngn gambar tau ) hah! mak ko pom sokong aku tau.. bukan aku nk memburukkan diri sendiri apetah lagi menjatuhkan maruah, imej aku..
tapi aku cume nak ko sedar bahawa jgn menilai seseorang berdasarkan muke..
kenal org leklok dulu, baru ambil langkah seterusnye..
aku rase dah banyak kali aku gtau ko pasal nie kan? tapi ko terus gak dgn pendirian ko..xpelah, aku dah cakap dah,kalau ko terluke ngan aku, bukan salah aku lah..(hehehe)

pastu pasal yg ari 2.. aku mintak maap sebab aku tipu ko. aku cakap aku xsuke kat pompuan sbb aku nie gay( aku cakap je aku gay.. tapi aku straight tau! )..aku cakap pompuan nie menyusahkan.. sory.. sebenarnye aku xtahu dah mcm mne nk buat ko xsuke aku..aku takut ko kecewe nanti.. so aku terpakse.. sory oke! ( Fuhh! xpasal2 aku mengaku aku gay dpn ko..hahahaha! ) ko jgn heboh pulak kat kawan2 ko aku nie gay! jatoh imej aku.. tapi kalau kao nk ckp pom lantak ko lahh.. ade aku kesahh?hahaha..

Ko sebenarnye xtahu yang dalam hati aku nie dah terisi oleh seorg insan yg aku syg sgt2..so aku xleh nk bhgikan kseh syg dlm satu mase..sbb 2 aku selalu skitkan hati ko..( alamak! terEmola plakk! haha ) tapi hakikatnye mcm 2 la sedari.. walaupom insan yg aku syg 2 xpernah syg kat aku.. tapi aku ikhlas ngn dier.. aku nk jadi cinta sejati bg die..hahaha! shett.. aku xpernah bosan pom syg kat dier wlaupom die selalu je skitkan hati aku..( ko jangan tiru aku plak, aku report kat tok kadi kang! ) kalau ko nk tahu, aku dah jatuh syg kat dier selame 1tahun 10bulan dan 3 hari..( sikit lagi nk capai 2 tahun ) lame kan? em.. tapi die xmcm ko..wlaupom lame knl, die tetap same.. xpernah nk amek hati aku.. dan aku tetap same, xpernah benci die.. (weh3! sudaaa3.. asyik cter pasal die jur ) ok tutup kes!

Macam nie lah sedari, ko teruskan hidup ko..walaupom dalam hati ko sekarang nie tengah benci aku ( yg 2 aku nk sgt ) skli lagi aku mintak maap!oke?
mungkin ade lagi insan yg terbaek dari aku untuk ko..insyaAllah..

hehe..hari dah jauh malam.. draff aku xciap2 lagi nk anta esk pagi..nk tidoo kul berape aku la aku nie..
sooo..
de conclusion is...........
ko igt aku buat karangan bahase melayu ke nk konklusion2 ea??

PESANAN UNTUK HARI INI
  • Jadilah insan yg cemerlang, gemilang dan terbilang.. pilihlah jalan yg sesuai untuk diri anda..
  • InsyaAllah, mungkin suatu hari pasti Allah akan membantu anda untuk menjadi insan yg cemerlang!
  • So majulah sukan untuk negara.. MALAYSIA MENANG MLM NI!! ( sakit tekak aku derr )

Dec 26, 2010

BiaQ Pape asaL BerGayaQ!

Kate orang " Hujan emas di negara orang, Hujan batu di negara sendiri".. "Biar pape asal bergaye!"haha..
Aku dah seminggu duk tempat orang, tapi duet habis macam sebulan dah duk sini..
MasyaAllah~
Ape xnyer, kate duet takde tapi makan kat restoran tetiap harii..
!Harga makanan dan minuman di restoran kami!
Nasi putih kosong = RM 1.50
Telur bungkus = RM5
Tom Yam = RM5 ( utk sorg mkn )
Nescafe Tarik = RM 1.80

ade nampak cam org kaye x?
haha..
hakikatnye duet dalam poket tinggal beberape sen je lagi..
nak buat cam mane dah, kedai mkn terdekat yg 2 je ade.. bedal je lahh..
petang kemarin plak belagak nk mkn KFC..habis sepuloh ringgit sorang plak.

Hari nie nk gunting rambut rmai2.. belagak sume xmo pergi kedai gunting biase. nk g saloon. nasib baek saloon kat kelantan nie laen skit. saloon pompuan tuk pompuan jur. so kene g kedai gunting biase plak.
Tapi harge!
so palo tujuh ya sore neh..
hahahaha!
baek g saloon, harga lebih kurang jur..
hahaha

macam tu lah nasib duk kat negeri org..Kite sebagai pembeli jadilah pembeli yang bijak..jgn jadi terlampau bijakk..haha

Pesanan utk hari ini : biaq pape asaq bergaye no..!haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...