Nov 15, 2011

Jangan Terlalu Sayang.

"Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam."
"Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau."
"Jikan anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang."


Jika terlalu rindu, cinta dan sayang, tolong sahabat, kawallah diri, jangan sampai Si Dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu hendak menghantar SMS padanya, dan berpadalah apabila menulis sesuatu untuknya.
 
   Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi Si Dia mungkin berbeza. Apabila resah digelut rindu, Si Dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Si Dia mungkin sedang sibuk dengan pelajaran, atau pelanggan, atau kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernada kecewa, resah dan gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan tidak bersambut. Si Dia mungkin di dalam situasi tidak mahu digangu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu.

   Di saat Si Dia dirindui, mungkin ketika yang sama Si Dia tidak begitu. Berpadalah di saat hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Jika di awal pagi Si Dia memulakan tugas, usahlah hendak mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, Si Dia akan bosan dan tertekan. Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, rindu mendengar suaranya, tetapi tahukah akan situasi yang sedang dilaluinya? Si Dia mungkin di tengah-tengah medan mesyuarat, berjumpa rakan, makan-makan bersama teman. Atau memikirkan sesuatu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut, bertenanglah dahulu. Berikan tempoh sejam ataupun setengah jam. Kemudian telefonlah kembali. Jika Si Dia tidak menyahut, fahamilah dirinya. Memang ada ketikanya kita tidak mahu digangu. Tidakkah begitu?

   Bukan tidak rindu, Si Dia juga "mungkin" sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang kala memaksa kita kematu kan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan - untuk mengenal dan membina keserasian. Percayalah. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan dua tahun lapan bulan 15 hari mengenalinya dan terus berhubung ( aku la, korang aku tak tahu ), anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan Si Dia bukan calon yang sesuai untuk anda.

   Benarlah kata orang, di saat kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana yang seharusnya. Fikirkan juga emosinya di saat menerima warkah-warkah anda walaupun emosi anda sendiri tidak seimbang.

   Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut, nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia akan mendatangkan kebencian, menyampah dan sakit hati.

   Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia yang sentiasa belajar untuk memahami orang lain. Bukan manusia luar biasa yang tidak kisah dengan perasaan orang lain.

   Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami Si Dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan Si Dia masa. Si Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi Si Dia perlukan kefahaman. Dalam hidup ini banyak kecemerlangan yang perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu dijadikan booster kekuatan mencapai kejayaan. Hidup akan lebih indah jika orang memahami.

   Cinta memang menggilakan. Tetapi harus diingat kita tidak patut sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadi anda bagaikan tidak siuman.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...