Apr 30, 2014

Beriadah.

Hohoohoii. Solamat pagi. Eh pagi lagi ke ? Esh masih pagi lagi nie encik-encik dan cik-cik semua. Haa pagi tadi bangun subuh tak ? Haa menggelabah menggelabah, hehe. Saya gurau je. Mesti bangun semua nie. Confirm confirm. Passsti. Yang terlepas tu cepat-cepat taubat. Sementara masih ada waktu.

            Nak jadi insan yang Berjaya, modal insan yang cemerlang MESTI, WAJIB tak tinggal solat lima waktu, InsyaALLAH. Solat lima waktu adalah kunci segala-galanya. Daripada rezeki sampai kepada kejayaan didunia mahupun akhirat. Okey subuh tadi pukul berapa ? Haa.. haa.. haa.. tengok apa tu, takwin islam ke ? hehe. Abg Hafiz nie macam tak percaya orang jee. Alah, abg gurau jelahh. Jangan ambil hati ye. Pagi-pagi kena senyum. Baru rezeki mudah masuk.

            Tempoh hari saya ada ke satu tempat. Kawasan riadah gitu. Mana tu ? Air terjun. Best. Sejuk. Hampir enam bulan saya berkerja di Tasik Kenyir nie, ini first time saya bawak kawan-kawan sekerja saya pergi beriadah di air terjun. Dekat-dekat sini je. Bertolak seawal 10 pagi dari sini. Amboii awal ke tuu ? Eh awal la tu. Awak-awak semua nak ke mandi air terjun pepagi buta nie, sejuk bak hang. Sebenarnya benda nie tak dirancang. Pukul sembilan masing-masing buat keputusan nak keluar. So saya bagi cadangan, “Apa kata kita pergi air terjun?”. Masing-masing setuju. Then terus gerak. Plan last minute nie mantopp, hehe.

            Sampai kat air terjun dalam pukul 12.30. Eh jauhnye Encik Hafiz ? Mana ada jauh, kitorang berenti beli bekal makan. Dalam sana kitorang nak kedarah apa kalau tak bawak bekal kan, hehe. Sesampainya kami disana, nak masuk parking dicas tiga ringgit. Sebab bawak Van. Biasalah ramai, tujuh orang. Okey kira biasa sebab kat mana-mana parking berbayar. Lepas parking nak masuk dalam kena bayar lagi dua ringgit satu kepala. Uihh, masuk Pavillion tak bayar pun.

            Hafizz, takkan kena bayar sikit tu pun nak berkira. Kedekut sangat awak nie. Bukan berkira kakak oii. Kalau berbaloi tak apa. Nie tengok kiri sampah. Tengok kanan sampah. Depan tak teratur. Yang cantik cuma dekat pintu masuk tu. Haih mana boleh macam nie. Macam mana tempat nie nak maju. Berbayar tapi tak terurus. Sekurang-kurangnya bagilah terurus sikit. Tangga-tangga yang ada tu simen baru. Dah berlumut enam inci dah. Kalaulah budak-budak atau wanita mengandung atau sapa-sapalah yang lalu dan tergelincir. Haa, sapa nak jawab ? “Keselamatan anda adalah tanggungjawab sendiri”. Signboard dia gedabak tulis nie. Tak boleh salahkan dia, tak boleh salahkan dia. Inilah Malaysia. Bukan nak kutuk, apa lagi jatuhkan. Tapi bagitahu. Yang mana cantik, ambil dan gunapakai. Yang tak sesuai, abaikan. Simple.

Tapiiiii, yang bestnya air kat sini cantik. Jernih. Sejuk. Kitorang pergi hari Ahad. Dalam fikiran saya, ahad mesti tade orang sebab kerja. Tapi meleset. Nak parking pun susah. Bayangkanlah ramai mana. Cuti umum, hehe. Nak mandi pun cek kena beratoq abang kakak oii. Yang paling penting kalau sampai kat air terjun nie, tak kisah lah kat mana-mana pun. Bawak goggle. Sebab pa plak Apih oiii ? Haa nak tahu rahsia tak ? Bila pergi air terjun, menyelam pakai goggle. Lepas tu awak-awak semua tahulah apa yang ada kat dasar sungai tu. Sampah melambak, hahaha. Alah saya gurau jee. Bila pakai goggle, pandangan akan clear. Masa tulah nampak kebesaran ALLAH. Ikan-ikan banyak. Ibarat duduk dalam aquarium. Uihh padu bak hang.


Okey okey. Saya dah tak kutuk dah. Sekadar luahan. Tak kisah bayaran. Tapi mesti kena berbaloi. Baru orang selesa, hehe. See you ollss around ! J

Apr 29, 2014

Badan Masti Mau Jaga Maa.

Eh berjumpa lagi kita ya. Ada jodoh niee, hehe. Sehat kah kita ?. Alhamdulillah, sehat kan ? kan ? kan ?. Bawak-bawak lah pelihara sikit badan kita yang tegap nie, yang cantik nie, yang tiptop nie. Tade lah telebih kulit nanti, hehe. Jangan duduk terperap kat rumah tonton wayang Korea aje. Tak berubahnya kita jadi macam diorang. Plastic je semua tu. Eh terasa ke ? Bukan awak, bukan awak. Tu yang duk kat Monaco tu. Jangan perasan ye.

Ada satu kisah, teman saya. Masa kat sekolah dulu punyalah tegap badan. Macam orang pergi main besi. Main besi ? Eh tak tahu ke ? Main gym lah. Yang angkat-angkat besi tu. Tapi dia tak main gym pun. Duduk kat hostel. Sama macam saya. Kat hostel mana ada gym. Anugerah daripada ALLAH.

Sekarang bila jumpa balik, badan dah macam Badak Sumbu. Terkejut jugak saya. Yelah dulu masa kat sekolah dia makan banyak mana pun badan dia tak akan naik. Sebab dia ahli sukan. Macam-macam sukan dia main. Tapi sekarang dah macam makan serbuk penaik dah, hehe. Saya tanya lah dia apa yang dia makan sampai aktif sangat ternak lemak nie. Dia cakap dia makan macam biasa, tapi duduk terperuk kat rumah je. Laaa.. macam mana tak naik badan tu. Esh esh eshhh.

Zaman sekarang. Duduk rumah pun boleh buat kerja. Yelah zaman teknologi dihujung jari. Pakai sent kat email aje. Tak boleh lah macam tu awak-awak semua. Tak sihat nanti kita macam tu. Sehari buat senaman 30 minit pun jadi kalau dah malas sangat. Janji keluar peluh tu. Tak ade lah badan tu kembang nanti. Kalau kembang kite cool tak apa. Ini bila jadi macam tu heboh satu kampung. Bukan setakat kampung. Orang dekat Australia pun tahu. Eh kenapa plak Fiz ? Zaman teknologi, hehe. Sendiri paham lah.

Mesti macam-macam cara yang kita buat kan, untuk jaga badan daripada naik. Ada yang ambil supliment, ada yang diet, macam-macam lagi lah. Tak salah sebenarnya. Bagus la tu, orang kata ada juga usahanya. Yang saya nak sentuh sangat bila diet. Kita ada check tak yang diet kita buat tu betul ke idak. Takut-takut nanti tersilap step, daripada nak jaga kesihatan langsung jadi penyakit. Haa bahaya tau. Diet bukan bermaksud tak makan langsung. Tapi makan makanan yang berkhasiat sahaja. Haa menggelabah menggelabah. Bukan awak-awak semua. Saya tahu awak-awak semua amalkan diet yang betul. Yakin.


Kalau betul-betul nak diet, dapatkan nasihat atau belajar cara diet yang betul daripada orang yang betul. Bukan daripada jurujual. Diorang main sebat je. Yelah nak majukan produk diorang. Tanya doktor atau pakar diet/pemakanan. Lepas tu baru diet. Tau, nanti dah Berjaya bagitau saya. Nanti saya poskan ucapan tahniah. Ops sebelum terlambat. Sesiapa yang dah Berjaya, tahniah la saya ucapkan. Syabas gangster, hehe. J

Apr 28, 2014

Sabar itu Perlu.

Kadang-kadang hidup tak pernah sama apa yang diharapkan, kan ? Kita dah plan baik punya. Tapi tiba masa tak jadi. Lepastu mula salahkan apa yang boleh disalahkan. Kalau kucing yang lalu kat depan time tu, kucing tu kita salahkan. Nie wa cakap sama luuu. Apa yang plan tak jadi mesti kita melenting lah walaupun kita-kita je tahu. Kan ?. Haa.. jangan nak buat-buat angkat bahu. Saya nie pun manusia macam awak-awak semua. Aik, jangan marah jangan marah. Nanti kedut-kedut muka yang comel tu, hehe.

Okey okey jangan marah jangan marah. Kita bincang kita bincang. Macam mana rezeki nak masuk kalau asyik nak marah je. Nak melenting je. Nak sentapp je. Nak melantun je. Cuba sabar. Kan manis macam tu. Senyum sikit. Alahai manis, hehe. Kan sabar itu sebahagian daripada iman. Haa..

Cuba kita pandang kebelakang. Jauhhh. Teliti balik. Apabila sesuatu yang kita plan tapi tak jadi dan jadi benda lain tuu, apa salah kita. Silap kita. Kita nie kalau jadi apa-apa mesti kita nak salahkan orang dulu. Jarang bebeno nak salahkan diri sendiri. Jangan salahkan orang. Mungkin salah kita tapi kita tak nampak. Sebab masa tu kita nak marah kan ? Manusia time marah, bukan dia jadi diri sendiri tau. Dia dah berkawan dengan syaitan. Haa nak ke ? Saya taknak. Baik saya berkawan dengan orang utan dalam hutan serba canggih nie. Terhiburlah jugak hati tengok gelagat dia.

Awak-awak semua nak tahu tak ? ALLAH selalu menguji hambaNYA yang beriman. Ohh dah tahu ? Dah tahu kenapa marah ? Haa iman tak kuat yee, hehe. Sebab itu wujudnya sabar. Jangan biarkan amarah tu menguasai minda, hati dan jiwa kita. Lama-lama lekat sikap panas baran baru tahu. Tade sape nak kawan. Nak ke ? Haa tak nak tak nak.

Jadi lepas nie kita sabar boleh ? Together gether. Jika saya marah awak-awak tegur saya dan jika awak-awak marah saya lempang awak-awak semua. Deal ? kah.. kah.. kah..

Lepas semua yang jadi tidak mengikut plan kita, kita sepatutnya nilai balik apa hikmah yang ada. Mungkin plan kita tak sesuai. Jika plan kita nak pergi berkelah di air terjun dan tiba-tiba hujan. Tak jadi pergi. Mungkin jika tak hujan ada perkara buruk yang berlaku. Lemas ke jatuh ke. Ehh bukan mintak, itukan contoh. Jep Sepah pun selalu kata macam nie, hehe. Anggaplah kita nie pensel. Hanya mampu merancang. Serahkan pemadamnya pada ALLAH. DIA sebaik-baik perancang. Alah ayat nie dah biasa dengar lah Hafiz oii !. Dah tu kenapa marah bila semua tak jadi ? Dah tahu buat cara tahu. Jangan jadi kayu.

“Aikk, ayahanda marah ? Oleh kerana ayahanda marah, seluruh harta ayahanda anakanda rampass !”. Tiga Abdul. Keh.. keh.. keh..


Gunakan akal fikiran dengan sebaiknya. Jika betul cara kita menggunakan anugerah terhebat ini, pasti amarah takkan datang menyerang. Believe or not ? Believe it ! JJJ

Apr 27, 2014

Perjuang Mesti Diteruskan !

            Hai, selamat berhari – hari saya ucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Ada anak-anak perempuan yang cantik-cantik dan masih single tu kenal-kenalkanlah kepada anak teruna sorang nie, hehe. Takdelah desperate sangat, tapi itu salah satu caranya, kan ?

            Zaman sekarang nie susah kan ? Bila ditegur emak atau bapaknya, dikatanya mahu mengambil hati tunjuk baik. Eh bang oii, kan manis bila menegur orang yang lebih tua daripada kita. Nampaklah kita nie orang yang tahu menghormati orang yang lebih tua, ye dak ? Walaupun kita nie nakal, tapi biar orang nampak kita bersopan. Lama-lama jadi sopan la kita. Tak gitu ? Practise make perfect. Ininya idak, bila berjalan tangan duk sibuk pegang handphone. Hanis Zalikha lalu sebelah pun tak perasan. Bukan saya, awak awak tuu.. haa.. jangan marah jangan marah. Senyum sikit. Kan manis tu, hehe.

            Sejak kebelakang nie, ramai yang sedang frust menonggeng. Angkara apa pulak Abg Hafiz oii ? Angkara apa lagi, sudah tentunya cinta. “ Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga menitis air mata, masih mahu dimakan juga “. Nyanyian pelakon komedi Saiful Apek dan Yusri KRU di bus stop dalam filem Lady Boss. Ingat ? Cerita melayu mana kitorang layan Abg Hafiz oii.. Amboooi uolllss. Mat saleyy lah sangatt, hehe. Saya pun tak layan, tapi hari tu adik abg pasang. Jadi abg tertengok sekali laaa. Haa jangan marah jangan marah, hehe.

            Sebab tu orang selalu pesan. Jika bercinta itu memudaratkan kamu, maka putuskan. Tapi jika cinta itu membuat kamu kearahNYA, maka teruskan. Zaman sekarang bila bercinta mulalah hilang panggilan awak saya. Yang timbul mama papa, sayang abang, boboi gegurl, eh banyak lagilah. Segan pulak nak list panjang-panjang. Bukan saya yang macam nie, awak tu haa. “ Eh melantun ? Bukan melantun, sentapp “. Kata Tiger dan Grainn dalam filem Hantu Kapcai. Melayu lagi Abg Hafiz nie. Eh saya memang orang Melayu, sapa lagi nak sokong hasil titik peluh anak melayu jika bukan orang melayu macam saya. Hihi

            Sebenarnya bercinta itu boleh. Tapi berpada-padalah. Ini baru bercinta, berjanji bagai nak rak. Nak kesitu nak kesini nak kesana. Nak itu nak ini. Nak anak ramai nie. Ehh terlebih pulak, hehe. Bila bercinta, jangan tanam angan tu tinggi sangat. Jangan berjanji, jangan tanam trust, orang melayu kata Kepercayaan. Haa jangan tanam kepercayaan tu dalam sangat. Bang adik kakak oii. Baru bercinta yang tade ikatan yang sah. Yang pergi tanam dalam-dalam tu kenapa ? Bersederhana sudaa. Baru bila pasangan lari kita tak menonggeng.

            Biar bila berpisah tu kita rasa senang. Senang kenapa pulak Hafiz oii ? Dah putus takkan tak sedih Fiz ? Iye betol sedih. Saya pun sedih bila berpisah dengan orang yang saya sayang. Maksudnya “ POSITIF”. Positif nie bermaksud fikiran kita tentang sesuatu yang berlaku dengan cara yang betul. Mungkin dia bukan jodoh kita. Mungkin juga bila kita bersama dia, kita akan lupa diri, atau menyusahkan kita tanpa kita sedar. Dan yang paling penting, mungkin ini berlaku sebab Yang Maha Esa hendak menguji kita. Lepaskan bang adik kakak. Lepaskan dengan hati yang terbuka. Redho . Doakan kesejahteraan dia. Itu sebenarnya yang terbaik.

            Mentang-mentang sekarang ini zaman teknologi dihujung jari, bila ada masalah sikit “UPDATE”. Bila marah sikit “TWEET”. Bila bahagia, shoot gambar then “INSTA”. Oitt salah tu bang adik kakak. Itu menambah lagi masalah. Tau. Zaman sekarang zaman fitnah berleluasa. Zaman tindas menindas. Jangan biarkan orang lain tahu masalah peribadi kita, itu kelemahan kita. Jangan dibuka pekung didada.

            Bila sedih, kecewa datang mengundang, berdoalah kepadaNYA. InsyaAllah dibantu. Cari sahabat yang boleh dipercayai, luahkan. Jangan pendam sorang-sorang. Benda yang panas, bila digenggam lama-lama, boleh melecur tangan kita. Kita passing, barulah tak melecur. Tak gituu ? hehe.


            Ingat, kita dilahirkan didunia fana nie bukan semata-mata untuk bercinta sesame manusia saja. Banyak lagi tugas kita. Fardu Ain, Fardu Kifayah yang dituntut kita buat tak ? haa.. Fikir-fikirkan. Teruskan Perjuangan. JJJ

Apr 26, 2014

Kanak-Kanak dan English.

           Hai hai haii semua. Amboii ceria sangat Abg Hafiz nie. Ehh bukan, hidup nie MESTI kena ceria, MESTI! MESTI! MESTI!. Walaupun hari yang kita lalui tu perit sangat. Tapi bukan selalu kan ? Manusia mana yang hidupnya sengsara twenty-four-seven ? ade ? Habaq maii sini. Tak ada tuan-tuan puan-puan. Walau sengsara bagaimanapun hidup seseorang, mesti ada harinya dia bahagia. Sama macam kita, walaupun kita arif dalam sesuatu perkara mesti ada satu ketika kita ada lakukan kesilapan. Disitu kita akan faham apa itu MENGHARGAI. Hey camonlahh, senyum shikit, hehe.

            Tempoh hari saya ada berkunjung ke klinik teman kawan ambil ubat. Terjumpalah dengan sahabat lama masa sekolah dulu. Uihh seronok tuan-tuan. Apa tak seronok diungkitnya kisah sekolah dulu, kan. Masa itulah terfikir balik. Tak cerdiknya aku dulu, hehe. Time kelas English main-main. Buat perkataan English sendiri. Haii budak-budak, mana nak sedar akan kepentingan bahasa asing. Cikgu mengajar lain kat depan, kita duduk buat kamus sendiri kat belakang.

            Tapi bila dinilai dari sudut lain perspektif lain, apa yang kita belajar dalam kelas tak buat kita ketawa tau. But memories with friends do. Bukan nak ajar adik-adik buat bodoh dalam kelas, tak pedulikan apa cikgu cakap. Tapi sekali sekala bunk your class with your friends. Tapi ! Bukan untuk pelajar-pelajar sekolah. Rendah mahupun menengah. Ini untuk siswi dan siswa saja, hehe. Sebab dekat universiti atau kolej, ada kelas ulangan tau. Kat sekolah mana ada. Jangan duk pandai-pandai nak ponteng. Abg Hafiz tak ajar aa..


            Sahabat saya tadi dah kahwin, ada anak sorang dah pun. Lelaki. So, saya saja je nak sakat anak dengan mak bapaknya sekali. Saya tanya anak sahabat saya tu, “ Hai handsome, what is your name?” Alah budak 4 tahun, mana nak faham lagi omputih nie. Saya saja nak bergurau. Tanggapan saya. Tapi tetiba “ My name Muhammad Hafiz.” Err, saya terkejut. Sahabat saya dah senyum-senyum kambing dah. Alahai nak sakat orang kita yang terkejut.


            Nampak tak kawan-kawan, apa jua ilmu sekali pun kalau diisi sejak kecil akan meresap sampai bila-bila. Anak kecil nie diibarat kain putih. Kita yang besar nie bertanggungjawab bagaimana nak mencoraknya. Kamu kamu jelah. Saya masih kecil, hehe. “ Ibarat kain putih, yang suci dan bersih. Terpulang bagaimana untuk mencoraknya. Berikan mereka didikan agama kelak bila dewasa jadi insan berguna”. antara lirik lagu Permata Keluarga nyanyian Kumpulan UNIC. Ehh awak awak semua mana layan Nasyid kan. Alahaii zaman sekarang, kesian. J

Apr 25, 2014

Bila Nak Kahwin ?

Perkara yang saya duduk terfikir sejak dulu lagi sudah muncul depan mata. Pertanyaan daripada ibubapa tentang perkahwinan. Terkesima, hehe.

Yelah, saya nie makin berumur. Sebenarnya saya tak terkejut bila diajukan soalan sebegini. Tapi, bila diletakkan syarat. “ Mak tak berkenan dengan bakal daripada negeri tutt “. Haa, Negeri mana ? Tak boleh lah cerita. Nanti pakcik kena band kan, hehe.

Apa jawapan kita bila diajukan soalan begini ? Saya kompem la jadi bisu dan batu. Sebab ? Tak ada sebab yang sesuai kerana ajal maut jodoh dan pertemuan semua ditangan Allah. Kan ?

Saya bukan ape, sampai sekarang duk single. (Skill nak suruh org tahu saya single), hohohoho. Bukan tak ade langsung, tapi nothing stable, single is better, right ?

Yang paling saya berfikirnya bila mak saya cakap “ Jangan cari dari negeri tu, paling baik pom carilah kat Sabah sana ke. Tengok pakcik kau, isteri die tade la cantik mana, tapi personaliti dia tu orang semua boleh terima. Baik hati, suka bantu orang. Berapa orang da kan keluarga kita kawin dengan orang sana. Semuanya elok bla.. bla..bla..”, hohoho. Aii mak, puji lebih nampak, haha.


Tak pernah pom mak saya tanya pasal nie tau. Inilah first time. Tu yang den tokojot bebeno tu. Siap ade request sekali tu. Nampak gayanya kena jadi pencari yang Berjaya sekali lagi lah untuk diri sendiri pulak. Jaga–jaga ya Cik Salmah, hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...