Apr 25, 2014

Bila Nak Kahwin ?

Perkara yang saya duduk terfikir sejak dulu lagi sudah muncul depan mata. Pertanyaan daripada ibubapa tentang perkahwinan. Terkesima, hehe.

Yelah, saya nie makin berumur. Sebenarnya saya tak terkejut bila diajukan soalan sebegini. Tapi, bila diletakkan syarat. “ Mak tak berkenan dengan bakal daripada negeri tutt “. Haa, Negeri mana ? Tak boleh lah cerita. Nanti pakcik kena band kan, hehe.

Apa jawapan kita bila diajukan soalan begini ? Saya kompem la jadi bisu dan batu. Sebab ? Tak ada sebab yang sesuai kerana ajal maut jodoh dan pertemuan semua ditangan Allah. Kan ?

Saya bukan ape, sampai sekarang duk single. (Skill nak suruh org tahu saya single), hohohoho. Bukan tak ade langsung, tapi nothing stable, single is better, right ?

Yang paling saya berfikirnya bila mak saya cakap “ Jangan cari dari negeri tu, paling baik pom carilah kat Sabah sana ke. Tengok pakcik kau, isteri die tade la cantik mana, tapi personaliti dia tu orang semua boleh terima. Baik hati, suka bantu orang. Berapa orang da kan keluarga kita kawin dengan orang sana. Semuanya elok bla.. bla..bla..”, hohoho. Aii mak, puji lebih nampak, haha.


Tak pernah pom mak saya tanya pasal nie tau. Inilah first time. Tu yang den tokojot bebeno tu. Siap ade request sekali tu. Nampak gayanya kena jadi pencari yang Berjaya sekali lagi lah untuk diri sendiri pulak. Jaga–jaga ya Cik Salmah, hehe.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...