Hai
kamu disana, apa khabar. Sehat lah ya. Dah gosok gigi ke belum nie? Kalau dah
bagus la, kalau belum paham-paham sendiri. Bab mandi tak usah tanya.
Musim-musim hujan sejuk macam nie confirm
semua mandi P.Ramli, hihihi. Jangan marah aa..
Hari
ini saya nak buka kelemahan saya sikit. Bagi saya, ini bukan kelemahan, tapi
kelebihan. Orang lain yang cakap kelemahan. Pada musim Manchester United merangkul kejuaraan English Primer League musim lepas, ada seorang teman berbalas
pesanan ringkas dengan saya. Masa tu jugak musim slot akasia kat TV3 sedang
berleluasa. Teman ini pompuan dan dah lama berkawan dengan saya. Sejak belajar
di Kelantan dulu lagi. Orang Utara.
Lepas
Magrib tu dia ada SMS saya. Jadi kami berbalas SMS. Ada satu soalan dia tanya
saya, “Apis tengok cerita Suamiku Playboy
tak?”. Alamak soalan menguji jiwa. Saya pun balas, saya tak suka tengok
slot-slot kat TV3 nie. Dia pun bagitau, ada pelakon baru tu muka macam saya.
Saya pun tanya mesti dia macho kan, sambil ketawa. Kamu semua tahu apa yang dia
balas? Dia balas berbunyi begini, “Ya
macho, tapi dia boleh buat calon suami, Apis tak boleh”. Saya teramatlah
terkejut. Memang betul-betul terkejut. Kenapa dia cakap macam tu, dia mungkin
tersilap taip kot. Jadi saya tanyalah kenapa awak cakap macam tu. Apa kurangnya
saya apa lebihnya dia sampai awak cakap saya tak boleh dijadikan calon suami.
Dia
balas, “Sebab Apis tak cukup tinggi nak
jadi suami orang, haha”. MasyaALLAH. Hidup jugak hamba ALLAH yang macam
nie. Nak kata saya terasa memang saya terasalah dengan orang yang mulut tak ada
pintu nie. Kita nie sama-sama hamba ALLAH. ALLAH jadikan hambanya bukan untuk
dibanding-bandingkan. Tapi untuk menguji keimanan kita. Tau.
Seminggu
sedara. Seminggu saya duk pikiaq pasai nie. Betul saya nie kecik je dalam kalangan
lelaki. Tapi dalam kalangan pompuan kita takdak beza lah oii. Jangan nak kerek
sangat, hehe. Bukan marah. Tapi cakap. Mulut tu jangan busuk sangat. Tapi
seminggu aje. Lepas tu pergi main futsal balik. Masa tu kebetulan injurd, haha. Bukan seminggu duk pikiaq
pasai nie betoi-betoi. Saya melawak ja tu, hihi. Jangan marah naa..
Saya
tak kisah kalau anda-anda nak cakap saya kecik. Tak kisah pun. Betul. Saya dah
kena bertubi-tubi serangan psikologi pasal nie. Tapi saya masih boleh cool. Kalau saya tak cool maknanya saya pun mempersendakan
ciptaan ALLAH. Saya tak nak bagi dalil tak nak bagi hadith. Tapi saya nak anda
fikir sendiri. Kawan-kawan anda yang kecik tu menyusahkan anda ka? Kalau keluar
dengan diorang buat anda jatuh standard ka? Haa..
Saya
bersyukur saya memiliki badan yang kecik. Sekurang-kurangnya saya tahu siapa
ikhlas siapa palsu. Saya tahu siapa yang buat kerja kerana kerja atau siapa
buat kerja kerana pangkat. Saya tahu siapa yang boleh serahkan kepercayaan
mereka dan siapa yang ragu-ragu.
Cerita
terbaru. Beberapa hari lepas saya pergi ke kedai kereta dengan seorang kawan.
Tujuannya saja-saja nak tengok kereta. Time
saya masuk, orang tengok je. Lepas tu saya panggil. Dia datang then dia tanya saya nak apa. Saya tanya
pasal kereta tu. Ya, dia jawab semua soalan saya. Tapi kawan saya cakap dia
tengok saya atas bawah atas bawah, haha. Budak kecik nak pergi beli kereta sapa
nak percaya, hehe. Tak apa, ada cara sebenarnya nak bagi orang percaya. Tapi
kita kena percayakan diri sendiri.
Ada
sekali saya pergi ke rumah kawan baik saya, pompuan. Time raya. Bapak dia ingat saya nie boyfriend dia. Saya sembang biasa dengan bapak dia. Bila saya balik
bapak dia tanya dia, “Dia bakal?”.
Kawan saya jawab, “Kalau ya macam mana?”
Bapak dia cakap boleh, bapak cuma tanya. Nak tahu kenapa bapak dia cakap boleh?
Sebab saya tak jadi budak-budak masa sembang dengan bapak dia tadi. Ala, nak
tahu berkawan la dengan orang lebih tua dari kita, hehe.
Apa
lagi kelebihan? Banyak. Kalau nak cari calon isteri pun senang. Tak perlu nak
berebut. Kita cool. Jumpa seseorang, kawan dulu. Kalau dia betul-betul ikhlas,
dia akan stay sampai bila-bila. Kalau
tak, dia buka pintu dia keluar. Eh saya dengar orang kata, isteri yang lebih
tinggi dari suami rezeki murah tau, hihihi
Hihihi, jangan
marah aa.. J J J
No comments:
Post a Comment