Apr 4, 2011

Nak Cantik Ka?

" Wahh.. cantiknya kulit muka hang, hang pakai produk apa?"
"Terpesona aku eh."

Cantik, suma orang nak eh. Chek pom nak.haha.. Nie chek nak tanya, antara cantik dengan sihat, mana hampa nak pilih? Cantik? Sihat? ha pikiq pikiq.. Cantik? kalutnya hampa.. Kalu chek, chek la nie bukan hampa. Chek pilih sihat. Sebab, kalau sihat pasti cantik dan kalau cantik mesti kena sihat. Xpercaya? susah eh hampa nie. kalut semacam ja eh. Kalu hampa cantik macam mana pom, tapi xsihat. Muka hampa yg comey molek tu pom jadi kusam, pucat. Tau!

Oleh kerana kecantikan itu adalah kesihatan, maka saranan chek tuk hampa hampa suma, jagalah kesihatan. Utamakan kesihatan. Kalau hampa nak guna produk kecantikan, jangan duk teruja dek iklan eh. Iklan yang hampa duk tengok tu, model depa memang sediakala cantik eh, kulit depa tu dah sediakala licin. Pasal tulahh. Tapi kalau dia tunjuk dua gambaq, satu gambaq sebelum dan satu gambaq selepas, ha yang tu maybe boleh dipercayai. Tapi xsuma.


Orang gemuk cantik apa kalau sihat. Sapa kata orang gemuk xcantik? sapa? sapa?. Mata manusia nie mana ada sama. Ada orang tengok si kurus tu cantik, ada yang kata xcantik. Ada orang tengok chek nie handsome. Ada yang kata xhandsome, itu mata depa yang terpeleut tu, bukan salah muka chek. Muka chek handsome apa, kalau x macam mana boleh jadi model Loreal Paris for Men. hahahahaha.. Chek gurau jaa. Tapi ini betul - betul kejadian, bukan cobaan.

Ingat ya suma, Sihat tu cantik. Dan cantik tu adalah sihat. Jadi utamakan kesihatan berbanding kecantikan sebab kecantikan mengikut pada orang yang sihat. Sememangnya tak ada jalan singkat untuk cantik dan sihat, kene buat macam orang len buat jugak. jaga.
hahaha.. Selamat Mencuba.

Assalamualaikum

Apr 3, 2011

Ikhlas ka cinta?

Ehemm.. ehemm..
Sound check sound check..
Assalamualaikum salam sejahtera salam hormat dan salam bahagia..
Lama chek xupdate blog chek eh.. Bukan xmau update tapi update tu yg xmau update.. update update..haha..
Beginilah, dimulakan bicara chek nk bercherita sikit tentang ikhlas..

Tau apa tu ikhlas? faham apa makna ikhlas? Hang tau x?? Hang tau x?? Ha xtau xtau.. tau pom takut..haha..
Hangpa jangan buat - buat xtau, ada orang xtau dan xpaham apa dia ikhlas tu.. Depa pikir bila depa duk sebut "chek ikhlas nie" makna dia ikhlas.. tengkoraq depa ( sorry tertaip ). Hey chek, ikhlas tu datangnye dari hati yang suci tau. Kalau hati hang xsuci, macam mana ikhlas tu nak singgah? habaq mai habaq mai chek nak tau. Kalau nak hati suci, langkah pertama hang baikkan dulu budi bahasa hang. Chek nak habaq langkah pertama ja dulu, langkah seterusnya mai tanya chek bila langkah pertama nie hang dah lepas, lulus.

Nie dia syaitan tolong ikhlaskan tuk hangpa..
       " Ikhlas saya mencintai dia, doktor. Tapi ini yang dia balas kat saya". Ini dia kata - kata seorang remaja perempuan atas kes hamil luaq nikah. " Ikhlas saya serah diri saya, doktor. Tapi dia tinggalkan saya jugak".
Mak aihh... kalutnya ikhlas hangpa. Bagi kat chek pom chek nak. hahaha.. xdalah gurau jaa.. Ini bukan ikhlas macha, ini cari nahas. Percaya x hangpa, inilah antara punca lain kenapa kes pembuangan bayi 'giat dilakukan'. xpercaya? xpa chek bg sikit keratan akhbar. Terbaru, seorang pelatih di PLKN terlahirkan anak di kem latihan. Da la duk beranaq dalam jamban. xsenonoh punya ibu.

Nie suma pasal apa macha..? Pasal ikhlas berchinta. " I ikhlas menyintai U, maka I ikhlas menyerahkan segalanya pada U". Hey hangpa, org len pom berchinta jugak, xda yg dapat anak sebelum menikah. Nie suma punca kurangnya didikan agama lah nie. Masa org duk ajaq agama hangpa sibuk duk ponteng kelas. Amek hang. Sapa susah? chek? awat chek plak yg susah nya. Hangpa la yg susah. Sapa suh duk terhegeh2 tergedik2, padam muka hangpa. Nauzubillah. Kalau sayang pom macha, ada batasnya. Jangan terlampau sayang, lama - lama jadi benci. Jangan terlampau benci, lama - lama jadi sayang. Tu suma ada duk tulis lam kitab eh. Hangpa ja yang malas nk baca. Kalau dah sayang kat seseorang, mintak pertolongan dari Yang selayaknya, Allah. Bukan En. Sai Ton, binasa hangpa nanti.

********************************
Terlampau sayang kat seseorang? senang, ingat Tuhan. mintak petunjuk. xperlu nk ucap "I love U", xmenjamin cinta hangpa, xikhlas tu. Doa tu sebagai senjata. Doa je la supaya dapat jodoh dgn dia. Jaga maruah dia, hati dia, keperibadian dia. Kalau ada yg xkena kat diri dia, jangan duk marah eh. Nasihat lebih berguna. Nasihat tu cubalah nasihat dgn cara yg berhemah. Jangan main sapu jah. Nie tidak, sebut ja pasal nasihat, abis suma hang sapu. Kalut nk p mana? Dunia nie sementara ja. Kalau hangpa rasa memang dia jodoh hangpa, SABAR. Apa yg dia buat, dia cakap, ikhlas xikhlas, hangpa sabaq. Allah sentiasa bersama dgn org -org yg sabaq. Kalau hangpa xsabaq, maknanya dia tu bukan milik hangpa, hangpa xikhlas dgn dia. Kaji hati hangpa tu dulu sebelum nak kaji hati org.



**********************************
Aihh.. merapu dah chek nie.. xpa xpa. Ilmu tuk suma. nk baca lagi? bayaq lah. Zaman sekarang nie nk masok jamban pom kene bayaq. hahaha. xda ah, bergurau jah. Maka kesimpulan chek, Jika Ikhlas kerana Allah maka hangpa xkan rugi. Bercinta xperlukan pengorbanan dan terkorban. Aduiihh, macam hipotesis sabjek sains jaa.. haha..

Assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...