Dec 3, 2011

My first assignment to be a blogger.

Salam.

Nak kate aku excited tak jugak. Nak kate aku gembira pun tak jugak. Nak kate aku sedih pun tak jugak. Tapi tension sikit tu ade la. Dah la suruh aku contribute pada blog dier. Pastu suruh aku mengarang buat kali pertama kat blog dier. Bukan setakat kali pertama kat blog dier, tapi kali pertama aku mengarang dalam dunia blogger. Abg Haffez! Kau memang insan yang kejam! Memberi kekejaman kepada aku seorang insan yang bernama wanita. huhuhu.

Okay. Okay. Okay. Untuk menunjukkan betapa aku seorang yang berani menyahut cabaran. Aku akan berdedikasi untuk tuan empunyer blog nie. Dengar tu Abg Haffez! haha!

So, biar aku kenalkan diri aku dulu sebetulnya. Nantikan tak pasal-pasal awek-awek Abg Haffez mengamuk tengok ade watak perempuan dalam dunia blognya a.k.a dunia ciptaanya sendiri. Tau saje la buaya tembaga sorang nih. haha!

Aku adik Abg aku yang cute nie ( awek-awek dier cakap lah ), tapi bukan adik kandung la, adik sepupu je. huhu. Masih belajar dalam bidang kesusasteraan di universiti tutt ( Abg marah bagitau ). Umur dirahsiakan. Aku memang minat menjerumuskan diri dalam dunia kesusasteraan daripada aku berpeleseran entah ke mana. Pernah ditibai oleh tuan empunya blog ini sebab berpeleseran tanpa kebenaran ahli keluarga ( dulu la, zaman-zaman muda ). Abg Haffez memang seorang yang kejam. Tapi aku still love him. huhu

So, aku rase mungkin sampai sini dulu assignment yang pertama nie. Mungkin dimasa yang akan datang aku sumbangkan lagi ye Abg Haffez!


Pergi ke hutan mencari suasa,
mencari suasa bertemankan kambing Pak Komen,
Datanglah datang wahai semua untuk membaca,
siap membaca jangan lupa tinggalkan komen, tau!


P/s : Entri-entri dalam blog nie Abg ke yg tulis? Asal jiwang sangat?

1 comment:

  1. amboi ko, aku suh tulis laen ko tulis laen. Siap kutuk aku lagi tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...