Dec 5, 2011

Hero kami cedera.

- BARCLAYS PREMIER LEAGUE -

  Kempen Liga Juara-Juara masih belum menemui laluan selamat tuk pasukan Setan Merah. Tapi bukan itu yang ingin dikongsikan. Ini berkisah Kempen Liga Piala Engeris. - Barclays Premier League -


   Semalam telah berlangsungnya perlawanan diantara dua kelab iaitu Manchester United vs Aston Villa bervenuekan Villa Park yang berkesudahan 1 berbalas kosong hasil jaringan pemain United berjersi No 4, Phil Jones, memastikan Man.Utd memperolehi 3 mata penuh seterusnya menjadi pencabar terdekat pendahulu liga, Man. City.

   Tetapi, dalam kegembiraan, kedukaan timbul apabila tonggak utama a.k.a ayam tambatan United mengalami kecederaan  ligamen di buku lali pada awal babak pertama perlawanan.


   Javier Hernandez a.k.a Chicharito dikeluarkan dalam keadaan kesakitan. Menurut Boss United, Sir Alex Ferguson, Chicharito mungkin akan dikecualikan daripada beraksi ditengah padang 3 hingga 4 minggu berikutan daripada kecederaannya. Kami telah kehilangan seorang star tahun ini. Ape-ape pom Good Luck to Man.Utd untuk perlawan menentang FC Basel hujung bulan ini untuk melayakkan diri ke peringkat seterusmya. Glory-Glory Manchester United!





Haffez : Kebosanan telah membukit didada.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...