Sep 15, 2012

Penangan Bleach ditengah malam. Bacaan Surah Yasin ditengah hari.

Ye. Malam semalam memang aku tido lewat. Lepas subuh aku bantai sambung tido balik macam orang tak sedar diri. Aku tak sedar orang ramai duduk disebelah aku tengah hari tadi. Tapi ade beberapa suara yang sayup - sayup aku dengar masuk dalam mimpi siang aku.

Suara i : Arwah baek orangnye.

Suara ii : Kesian.

Suara ramai : ( Bacaan Surah Yasin )

Bacaan tak sampai habis aku tersedar. Terkejut campur terkedu tengok kiri kanan. Masing - masing pandang aku. Berbaju melayu siap kopiah dikepala.

Aku : Kenapa nie. ( mamai )

Kawan aku : Lah. Hidup lagi ropenya. Ingat dah mati.

Aku : Ehh?

Kawan aku : Dah. Bangun. Pukul berape da nie. Ko tak nak pi solat jumaat ke? Tido mengalahkan mayat.

Masing - masing tersengeh macam kerang busuk. Yang aku heran macam mana diorang boleh masuk bilik aku sedangkan pintu terkunci dari dalam?



Nota Kaki : Tidur biarlah berpada - pada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...