Jan 31, 2012

Ujian Allah SWT.

Ade sape-sape yang pernah demam? Kompem ade kan? Sory silap soalan.
Ade sape-sape yang pernah menyelami, memahami proses dimana mula-mula virus demam mula merebak dalam badan anda? Ade x? 

Kalau ade angkat tangan macam shayerr!

 **Demam membuat anda banyak termenung **


Susah sebenarnya hendak mengetahui bagaimana proses demam terjadi. hehe. Sekarang aku nak bercerite tentang demam ringan je. Demam yang lebih-lebih tu dilaen waktu la ye. Sebab kite boleh merungkai persoalan tentang sesuatu perkara itu hanya berdasarkan pengalaman je okei.

Di awalnya. Mungkin simpton-simpton nie anda boleh rase.

  • Tiba-tiba badan tak selesa.
  • Otak tetibe tepu.
  • Susah nak fokus tetntang sesuatu perkara.
  • Hilang minat secara tiba-tiba.
  • Gelora pada perut. ( Bukan ombak no )
Yang nie biase terjadi. Betoi tak? Ka chek sedang menipu nie?

Lepas tu kalau ada yang perasan.

  • Seram sejuk menyerang.
  • Bila pakai sweater panas, buang sweater sejuk.
  • Rase tenang bile termenung.
  • Mase nie dah rase dunia seperti span. Dipijak lembut.
  • Rase nak marah pom ade sikit-sikit.
Kan?
Mesti punya. Dah banyak kali dah terjadi nie. Bukan tipu muslihat da. Sebenarnya demam nie kerana suhu badan kita melebihi normal je sikit. 

So, bile sape-sape rase die tetibe rase macam nak kena demam. Perbanyakkanlah minum air masak. Kerana punca utamanya ialah dehidrasi iaitu kehilangan cecair badan. Bungkus badan dalam selimut dalam 20minit then keluar dari selimut. biar semua peluh keluar. Dan terus minum air masak seberapa banyak tuk mengganti balik cecair yang keluar. Faham? hehe. 

Nie demam ringan je tau. Deman teruk-teruk tu sila refer pada doktor anda. Sekian.



Nota Kaki : Bersyukur dengan kejadian dan ujian Allah. Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil. InsyaAllah.

Jan 28, 2012

Maka tumpaslah mereka.

AmboiAmboiAmboii.

Best nye duk mengata. Doktor Cinta tu sinonim la dengan saya duhai Cik Abg. Huhu. Malas la nak gadoh. huh!

Assalamualaikum.
hehe.

Action je tu. Jangan kecut ye. hehe.

Oh indahnya cuti ini bila dibawak makan angin oleh dua orang lelaki yang amat ku cinta dan ku sayang. Indah nya dunia. hehe.

Tapi cukup menderita apabila lelaki itu menjadi driver. Nasib baik Tuhan masih sayangkan kami. Alhamdulillah.

Puncanya sebuah kereta Proton Wira memotong kereta yang dinaiki kami yang dipandu oleh pemandu baran. Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi menjadi penumpang keretamu lagi. hehe.

Fuh.. DahDah.




P/s : Abg, tadi tertengok gambar nie. Angah pun ade kat sebelah tadi. Die suruh download and upload kat sini. Saya tak mau jadi adik derhaka tau. Dia kan abg. Abg jgn marah tau. Sebenarnya motif post nie sebab angah yang suruh. Dia cakap nak balas dendam kat abg. Saya menurut perintah je tau. hehe.

## PEACE ##
** ( ^___^ )y **




Jan 18, 2012

Lelaki Teruna

Ehem. Fiweeetttt! haha!



Assalamualaikum.
Ehem. Sound cek, sound cek. hehe. Ha nie chek nak habaq sikit kat angpa suma. Tadi chek ada terbaca kat blog. Eh blog la kot. Chek pom tak pasti blog ka apa tapi memang chek ada baca. chek tak tipu na. Chek siap copy lagi tuh. hehe.

Depa ada duk tulis ciri-ciri Lelaki Teruna. Bukan dara nah. Dara tuk wanita sahaja. Ini kajian, bukan kompem one hundred percent betoi. Atas angpa suma nak caya ka tak. Chek cuma nak habaq ja.

Ini yang depa duk kata ciri-ciri lelaki teruna.


  • Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.
  • Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya   memberikan reaksi bersahaja.
  • Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.
  • Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.
  • Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.
  • Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.
  • Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.
  • Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.
  • Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.

Ha nampak tak? nampak tak? Chek dah habaq dulu lagi dah. Mesti ada lelaki yang baek dalam dunia nie. Angpa tak mau caya. Angpa anggap lelaki suma sama. Baca kat atas nun.

Agak-agak angpa lah. Chek ada tak ciri-ciri macam kat atas nun? Ada kan? Well. Rugilah sapa tak kenai chek. haha. Dok ehh. Chek gurau jah. hehe.

Lepas nie angpa buleh la intai-intai, usha-usha lelaki-lelaki disekeliling angpa. Kawan sekelas angpa ka, kawan sekerja ka. Kita tengok depa masih teruna ka tak. Kita tengok mata depa terbujuq tak tengok pompuan seksi depan mata depa. Kalau chek la, chek rela tunduk tau. haha. Bukan nak kata la. Kalau kat tempat keja chek tu, ibarat kata chek lah wanita dan yang laen tu lelaki. Bikin maluu! hehe.

Lepas nie buleh la kita pakat duk bikin filem Aku Masih Teruna. haha. hebat tak? 



Nota Kaki : Untuk semua sahabat. Nilai dari seseorang itu ditentukan dari keberanianya memikul tanggungjawab, mencintai kehidupan dan pekerjaannya. Paras rupa bukan kepentingan, isi dalaman menjadi taruhannya. Fikir-fikirkanlah. Salam.

Jan 16, 2012

The Awakening.

Intro   :   Err. Aku rase macam blog nie macam bukan blog aku dah. Hari nie baru aku perasan die letak name die Doktor Cinta? Haha. Mengagumkan! Sejak bile die pandai. haha. Puii.


Perenggan Pertama   :   Okey! Setelah sekian lama I.AM.HAFFEZ tenggelam disini, semoga entri ini menjadi entri pertama kebangkitan semula beliau. The revival of Haffez. muahaha. Kalau buat novel tu cantik. heee~ Bukan ape lame tak mengupdate nie, mase tak mengizinkan haku tuk menaip keyboard. Almaklumlah, keyboard dah berdebu empat lapis. Hari nie baru ade peluang tuk program pembersihan. hehe.


Perenggan Kedua   :   Hari nie aku nak kongsi tentang Drug Addict. Kalau bahase kampung die "Rekdik".
Ingat orang kampung tak pandai speaking ke? Cume laen sikit la dari yang betol tu. hehe. Eh oke berbalik pade tajuk. Tadi sebuah syarikat perkapalan menghantar anak-anak buah die buat DNA ( Drug And Alcohol ) test sebelum nak bawak anak-anak buah die belayar ke laut nun. Tapi dalam ramai-ramai ade lah dua orang yang sangkut Pil Kuda. Biasalah kan, dalam banyak-banyak orang mesti ade yang tak mandi kan? Tetapi nya disini, bukan itu yang mahu aku ceritain. Yang menjadi masalahnye. Time diorang disahkan tersangkut Pil Kuda tu, aku yang jaga urin. So, memang muke nie lah yang akan menjadi target rayuan. Adoi mak aihh. Tu yang den lomah tu. Kalau setakat merayu then kite cakap pape hal dengan doktor tu diorang paham tak pe. Nie siap amek urin bawak balik rumah ape kes der? Cakap makan ubat sakit urat? Sekilas ikan di dalam air, sudah ku tahu jantan betinanya. Huh! kan dah berbahase tu. haha.

Okey kepada semua masyarakat diluar sana. Sesebuah pihak yang datang atau yang kamu datangi untuk membuat ujian air kencing ke atas kamu, mereka sudah mempunyai peralatan yang lengkap tuk menilai ketulenan air kencing kamu. Ataupun melalui fizikal air kencing kamu iaitu warna dan suhu. So, tadi aku tahu die bawak air kencing laen. Masok dalam jamban dan gune air kencing tu. Salah seorang menggunakan tektik tersebut dan seorang lagi bajet die lebih hebat dengan mencampurkan air kencing dengan air paip. Tapi diakhir nya kecundang ditengah jalan. puii. Dengan aku cakap makan ubat sakit urat. Masok dalam bilik doktor cakap terminum air member. Heh. Sudahlah terang lagikan bersuluh.

*** XY Pills ***








Perenggan Ketiga   :   Yang nie aku nak announs bahawasanya penulis blog aku dah bertambah soram lagi. mR.sMiLe. An? an? an? Ye lah. Yang nie pom aku baru perasan tadi. Uihh. Punya lah lama aku tak masuk aku punya blog nie sampai tak tau papa langsung. hehe. Oke welcome to mR.sMiLe! haha.

**This is Our mR.sMiLe**














Perenggan Keempat   :   Ohh sebelum terlupe. Lupe nak kenalkan soram lagi. Doktor.Cinta. Menyampah aku bace name. haha. Tapi sebagai penghargaan beliau.  Ha yang kat bawah tu adik sepupu aku. Nama dirahsiakan sebab aku pom tak tahu nama sebenar die. Aku cuma panggil die Na je. Ringkas. Tu je. tak boleh panjang-panjang. hahaha
** Doktor.Cinta **










Perenggan Terakhir   :   Akhir sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kat someone sebab menfitnah beliau dalam hati aku. Aku tak tahu hal yang sebenar selama ini. So, setiap hari aku kutuk die dalam hati aku. haha. So sory ye sedari. Hari nie aku dah tahu perkara sebenar. So, May Allah bless U Always! Aku doakan kau bahagia setiap hari dan dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat. Banyaknye so aku. hehe. So, so lagi. Oke aku blah dulu yep.


Nota Kaki : Bertimbang rasa sesama manusia. Fahami bidang atau skop kerja seseorang. Jangan hanya mementingkan diri sendiri sehingga boleh menyusahkan orang laen. InsyaAllah.

Jan 8, 2012

Somebody, please help me!

Aku sangat tension.

Tiga minggu proses pembelajaran sesi tahun 2012 sudah memadai untuk menyemakkan kepala hotak aku dengan pelbagai masalah.

Akibatnya.

Hari ini aku sudah disahkan oleh aku sendiri telah mengidap migrain dan cirit-birit serentak.

Hampeh.

Assalamualaikum.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...