Mar 11, 2012

My brother will fly to Labuan.

Tanggal 20hb Mac 2012, semua kawan-kawan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal berangkat ke penempatan kerja masing-masing. Alhamdulillah.

Bermacam-macam ragam mesej dari kawan-kawan  aku dapat. Ade yang kate best, ade yang kate Alhamdulillah. Tapi ade yang kate aku terananya. hihi. 

Kadang-kadang geli hati aku baca mesej-mesej korang. Tahniah la yer sahabat-sahabat. Semoga berjaya bila memasuki alam baru tu. Jangan lemas sudaa. 

Bukan semua happy tau bila dapat tahu tentang penempatan tu, ade yang kecewa. Hujung minggu lepas aku dapat panggilan dari sahabat aku menyatakan beliau akan terbang ke Labuan. Terkejut campur tak percaya aku dengar. 



Keesokan harinya aku bergerak ke rumah beliau dan bermalam semalaman tuk beri kata-kata semangat kepada beliau kerana suara beliau sewaktu bercakap dengan aku dalam telefon macam dah seksa sangat. hihi.

Sesampainya aku ke rumah beliau petang berkenaan, memang muka beliau nampak tension. hihi. Lucu-lucu. Mak bapak beliau pom cakap yang diorang susah hati tengok anak diorang tuh. Asyik termenung je semenjak dapat tahu akan melapor diri di Labuan tuh. hihi.

Apa guna aku sebagai sahabat kan? So, aku mula memberi terapi semangat kepada beliau. Aku menghubungi sahabat aku yang kebetulan telah bekerja sebagai Radiographer di Labuan untuk menguruskan segala urusan beliau apabila beliau mendarat disana pada 18hb Mac nie.

Selepas beliau bercakap dengan sahabat aku yang berada di Labuan tu barulah aku tengok muka ceria beliau. hihi. Kate hati batu, baru dihantar jauh sikit dah tension. hihi.



Papepom tahniah lah sahabat. Aku doakan yang terbaek tuk kamu. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...