Mar 25, 2012

Rumah Aku Masok Pencuri, Der!

Yang ini aku marah. Masok nie dah berape keturunan da yang masok umah mak bapak aku. puii. Tiap kali masok, mesti kedai mak aku yang diorang geledah dulu.

Tapi yang aku heran sangat sangat sangat, tiap kali masok takde pulak barang-barang berharga yang hilang. Cuma yang terbaru nie je handphone adek aku kena tibai. Tu lah, handphone mahal-mahal duk tinggai kat umah buat pa, kan?

Awal pagi Khamis lepas, mak aku dapat emergency call daripada nenek aku kat kampung. Suruh balik segera. So, lepas adek-adek aku balik sekolah, mak ngan bapak aku blah balik kampung. Dalam kul 2 lagu tu lah kot. Adek aku yang kedua duk keja kat bandar.  Takde sesape lah kat umah. Aku? aku duk keja kat Kemaman nih.

Dalam pukul 5 petang, adek aku cakap die rase tak sedap hati. So, dia mintak nak balik awal ngan bos die. Sesampai ja kat umah, bukak ja pintu, cerah semacam dari belakang. Die masok tengok-tengok pintu belakang dah pecah. Uihhh! dasat pencuri tu nah. hihi. Dia duk cerita la nie. Bukan aku nak tipu ka pa.

Naseb baek pencuri tu tak sempat masok dalam umah. Setakat kat kedai mak aku jah. Kalau tak kaya raya la jawabnye depa. Yang hilang satu bag duet yang sarat dengan duet dalam empat lima ratus jugak. Mak aku tinggal tuk adek aku buat bukak kedai pulak malam nanti. Dan handphone adek aku. huhu

Yang aku nak marah sangat, adek aku tak call pom aku cakap kedai kena pecah. Mak aku yang call aku cakap suh balik umah kena pecah. Tensen gua dapat adek takmau kongsi masalah nih.

Tapi alhamdulillah. Takde kemalangan jiwa.


Haffez : Pencuri-pencuri yang dihormati. Nak masok umah aku cakap. Boleh aku stanby awal-awal. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...