Mar 25, 2012

Wanita, Please Take Note. Part One.

Wahai wanita-wanita sekalian,

Korang ingat korang cantik, body macam model, ramai orang lelaki tergila-gilakan kamu, kamu dah bagus? dah perfect? Macam tu? 

Korang ade terfikir tak masa akan datang? Atau senang cakap perkara yang mungkin akan berlaku selepas itu? Tak de kan? Aku jamin 100 percent.

Cerita Untuk Sahabat.

B 1 : Awak, sampai hati awak pergi macam tu je? setelah segala yang saya curahkan sehingga hari ini?
G : Sudah la awak, saya tak sesuai tuk awak. Saya jahat. Kay bye.
B 1 : Awak!?

B 5 : Kenapa awak buat macam nie kat saye?
G : Memang patut pom. Saya menyesal kenal orang macam awak. Awak jahat.
B 5 : Ape yang saya buat?
G : Awak maen kayu 3 dibelakang saye! Dah jangan nak sorokkan lagi. Kita Putus!
B 5 : Err? Tanpa usul periksa?
. . .

B 7 :  Awak thanks muncul dalam hidup saye.
G : Same-same. ( Grrrr. )
B 7 : Jom saya belanja awak shopping.
G : Hehe ( Yess! Akhirnya. )


Wahai wanita-wanita sekalian,

Tidak mustahil perempuan seperti diatas ada di antara kamu kan? Tidak mustahil kamu tidak berbuat demikian kan? Untuk pengetahuan kamu, cerita diatas adalah kisah benar. Malah lebih teruk daripada itu.

Cerita Seorang Kawan ( Wanita )

Seorang kawan lelakinya bertanya. 
    " Kau nak lelaki yang macam mana? "

Jawabnya : Aku kan cantik, takkan nak yang sempoi-sempoi, bro. Mestilah yang kaya, hensem. Dalam hidup nie, ape yang tidak memerlukan duet? Takde kan? Nak masok tandas pom kena bayar 20 sen. Ini pulak nak hidup bersama. Duet tuk segala-galanya, bro. Tak de duet tak bahagia. Betol aku cakap. 

Lelaki itu bertanya lagi.
    " Habes kau tak rase bersalah ke ko permaenkan perasaan lelaki-lelaki tu?"

Jawabnya : Ade lah jugak sikit-sikit. Tapi nak buat macam mana. Hidup mesti pandai berdikari. Pandai pilih yang mana elok yang mana tak elok. Kan. Dah diorang yang terhegeh-hegehkan aku. Bukan salah aku jugak. Lagipom aku bosan kalau asyik dengan sorang tu jee. Aku tak hipokrit la, bro. Kalau aku dah tak suka baek aku blah. Buat ape tunggu lagi kan? Lagi menyampah adelah.

Cerita Seorang Sahabat ( Lelaki )

Seorang sahabat memujuk.
   " Dah la, bro. Yang sudah tu sudah. Dah tak de jodoh nak buat macam mana. Bukan kita mintak pom. Lagipom pompuan banyak lah dalam dunia nie. Bukan dia sorang ja duk ada. Ramai lagi nun. "

Jawabnya : Memang la yang sudah tu sudah. Tapi aku tak puas hati tau. Jatoh maruah aku dipermaenkan oleh pompuan tu. Sial. Kau tengoklah nanti. Aku gulai-gulai satu kawah.

Sahabat tadi berkata.
   " Gulai? Ehemm, Jangan lupe kawan yer. hihi "

Nampak tak ikatannya disitu sahabat? Bukan senang lelaki yang dipermaen-maenkan oleh seorang wanita dapat memaafkan wanita itu sewenang-wenangnya. Nampak?

Nak tahu selanjutnya? kita jumpa selepas iklan penaja.

Selamat.


Haffez : Wee aku ngantok lahh. sat sat g aku sambong. bobye., 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...