Assalamualaikum
selamat pagi. Apa khabar sudah sarapan? Semalam apa cerita? Dengar kata semalam
hujan, betul ke ? Jangan main hujan aa.. Demam nanti susah. Sebelum main hujan
fikir dulu. Ramai lagi orang sekeliling yang menyayangi anda.
Anda
kerja sebagai apa? Kalau kerja anda melibatkan servis terutamanya duduk di
kaunter, saya mohon dan berharap sangat anda pergi hospital tak kisah hospital gomen atau private, minta ubat yang membolehkan anda sentiasa senyum dalam
pelbagai situasi. Haa.. bunyi macam serius kan? Memang serius. Sebab saya dah
terkena banyak kali.
Rakan-rakan
di facebook pun ramai yang update status tentang tidak puas hati
dengan layanan dan servis dari pihak tertentu. Ada yang memaki hamun, yang
kutuk habis-habisan, yang macam-macam lagilah. Aduh.. Saya bukan apa, tak elok
la macam tu. Kita dah buat servis tapi kita tak senyum dan layan pelanggan kita
dengan apa yang sepatutnya.
Baru-baru
nie saya ada ke Maxis Center di satu
negeri yang indah dan damai lagi mendamaikan. Mula-mula masuk, ada guard. Bagus guard tu. Umur dalam 40-an gitu. Dia tanya saya apa yang saya mahu.
Jadi saya pun ceritalah masalah saya. Dia jawab dahulu apa yang dia tahu. Lepas
tu dia suruh saya tunggu sekejap kemudian ke kaunter untuk mendapatkan maklumat
lanjut berkenaan permasalahan saya. Dia cakap elok saya ke kaunter untuk
mendengar penerangan yang selanjutnya.
Jadi
saya ke kaunter. Kebetulan ketika itu tiada orang. Sampai saya di kaunter,
kakak yang duduk di kaunter itu on-the-phone.
Okey tak apa, mungkin panggilan penting. Habis bercakap, bukan nak tanya
pelanggan dia apa masalah, dia boleh buat tak tahu je saya ada kat depan. Tak
apa, mungin tak perasan. Saya tegur dengan sopannya, tanya dengan lemah
lembutnya. Jawapan yang keluar hanya “YA”
sambil mata ke computer. Mati kutu
saya kat situ. Tak tahu nak balas macam mana. Allahurabbi.
Sekurang-kurangnya
senyum, eye contact dengan pelanggan
tu penting jugak. Bagi penampo baru tahu, hehe. Saya bergurau aje. Bukan apa,
hati nie meronta-ronta tahu bila dilayan sedemikian. Amboii sampai
meronta-ronta. Hiperbola sangat saya nie, hehe. Nak cakapnya betapa sakitnya
hati bila dilayan sedemikian. Jangan menipu kalau ada orang rasa bahagia bila
dilayan macam tu. Pernah sekali saya menegur orang macam nie sampai dia tak
terkata. Haa.. baru kau tahu aku nie bukan setakat pandai mengayat pompuan je
tau.
Kita
nak sampai PM kesayangan datang dulu ke baru kita nak senyum? Nak roll camera dulu? Alamak, tak bagus.
Jangan macam tu. Kita bekerja memberi servis. Senyuman kan servis. Sedekah lagi
tu. Barulah orang hormat kita. Eye
contact tu biar betul. Jangan suara ke lain mata ke lain. Cungkil mata
dengan spanar 12 baru tahu. Lagi
satu, kesopanan dan kesusilaan tu patut ada. Biar pelanggan rasa selesa dengan
kita. Barulah company kita dipercayai
ramai. Eh tak nak dengar tak apa. Bukan saya kisah pun. Tapi kalau anda jatuh
jangan marah. Kalau kita dilayan macam tu pandai pulak kita menyalak kan. Bak
kata Sopi Jikan dalam filem KL Gangster, “Leng-Leng
maa.” What you give, you’ll get back.
Jadinya
fikirkan apa yang betul dan apa yang sepatutnya. Kalau pelanggan kita tu
seorang yang bukan makan saman, dia langgar je kita kat situ. Malu dapat sakit
hati dapat. Baru padam muka kita. Paling sakit hati bila dia ambil nama dan
emailkan kat company kita. Haa.. hang
pi packing barang-barang hang
cepat-cepat. Mana mahu? Your choice your
life. Pilihan ditangan anda.
Fikir-fikirkan. JJ
No comments:
Post a Comment