Selamat
berhujung minggu saya ucapkan. Cuti-cuti nie buat apa sedara sedari ? Tidur?
Halamak, fail lah. Orang yang suka
tidur nie orang yang tade matlamat sedara. Aii Hafiz, mengaku dulang paku
serpih. Mengata orang dia yang lebih. Hehe. Saya gurau aje tu. Jangan marah
aa..
Dalam hidup kita, pernah tak kita
buat kesilapan yang sama dua kali berturut-turut? Kadang-kadang berlaku, kan. Sebab
kelalaian kita sendiri. Bukan silap orang lain. Tapi diri kita sendiri. Diri kita!
Diri kita!. Kadang-kadang ada orang sampai beberapa kali mengulangi kesilapan
yang sama. ALLAHU RABBI. Mintak jauh, sebab orang yang melakukan kesilapan yang
sama adalah orang yang tidak mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada
kesilapan yang dilakukan.
Satu kisah, kawan saya. Sewaktu
beriadah di Air Terjun tempoh hari. Ingat lagi? Kami bermandi-manda disitu.
Seorang kawan, cuba untuk terjun daripada batu yang tinggi ke dalam sungai.
Sebelum dia terjun, kawan-kawan yang lain pesan, “Din, terjun tempat yang airnya gelap!”. Sebab lantai sungai
berkenaan banyak batu. Dibalasnya okey. Jadi kami saksikan acara terjunan
beliau.
Apabila dia terjun dan naik ke
permukaan air, dia berteriak “Aduh.. kaki
aku kena batu!”. Laa.. udah dibilang tadi terjunnya ditempat yang gelapp.
Jadi kenapa terjun ditempat lain. Bila naik, kakinya terhincut-hincut. Sakit sedara.
Jadi dia rehat seketika. Diatas batu yang sama sebelum dia terjun tadi. Ewah,
macam mau terjun lagi kan sedara?
Tak sampai setengah jam. Dia bangun
balik. Berdiri dan hendak terjun lagi. Jadi kitorang hanya melihat tanpa
sebarang suara. Yang ini kami yakin, dia tak akan terjun tempat yang sama. Belum
sempat bersuara, dia terjun tempat yang sama. Aduh.. Hati kau keras, Din. Sama kerasnya
dengan batu dijalanan.
Sebenarnya dia bukan tak pandai,
tapi tak ambil pengajaran. Agaknya kaki tu mahu dibalut, hehe. Bukan kutuk,
bukan kutuk. Ini pengajaran, okey? Jika silap sekali, jangan diulang untuk kali
kedua. Orang tak akan cakap kita silap, tapi tak cerdik.
Kita jatuh bukan bermakna kita
gagal, tapi untuk kita belajar apa itu hidup. Selamat Berhujung Minggu. J
No comments:
Post a Comment