Assalamualaikum.
Hari ini hari apa? Ingat tak kaum lelaki? Temujanji jangan lupa haa.. Eloklah
buat perkara sunat hari Jumaat dahulu. Masih awal lagi nie. Hari nie hari special kan. Kutip banyak sikit pahala.
Insya-ALLAH.
Ingat
tak hari nie hari apa kawan-kawan? 16 May. Jangan buat-buat lupa aa.. Tanpa
mereka kita takdak boleh jadi CEO kat mana-mana. SELAMAT HARI GURU wahai cikgu-cikgu sekalian. Terutama sekali bagi
cikgu-cikgu perempuan yang cantik lagi bujang, haha. Tak, ini serius. Abg Hafiz
masih single trang tang tang nie. Kah.. kah.. kah..
Banyak
boleh kita baca daripada keratan akhbar dan internet, banyak yang boleh kita
dengar daripada radio, banyak yang kita boleh tonton daripada siaran televisyen
tentang guru. Tapi pada zaman sekarang, guru yang keluar di media-media massa
bukan kerana jasa mereka tetapi kerana perbuatan mereka terhadap anak murid.
ALLAHU RABBI.
Adik-adik
apa nie? Apa silap guru adik-adik. Tujuan guru memukul, mendenda kita bukan
untuk menyakitkan kita, tau. Tapi bagi tujuan untuk mendidik. Takkan baru tarik
telinga dah balik mengadu kat mak bapak. Takkan guru suruh berlari keliling
padang dah panggil press buat aduan.
Mak bapak pun satu hal. Kita yang hantar anak-anak kita ke sekolah bagi tujuan
pendidikan. Supaya mereka belajar, tahu tentang ilmu. Biasalah tu kalau kena
denda sikit-sikit. Baru cepat pandai. Kalau asyik dibelai, susah la macam tu.
Aduhh..
Saya
bercerita nie bukan kerana saya guru. Bukan kerana saya nie salah seorang
tenaga pengajar yang bertauliah. Tapi saya sedar, dimana saya berdiri sekarang
kerana didikan guru. Tanpa guru saya takkan berjaya sampai ke tahap ini. Tanpa
guru saya takkan tahu bumi ini berbentuk sfera bukannya bulat. Tanpa guru saya
takkan tahu apa itu masyarakat. Tanpa guru juga saya takkan tahu ejaan Alif Min
Nun Wau itu bacanya UMNO bukannya Sarkis. “Alip
Min Nun Wau, Alip tendang Wau bunyinya Sarkis..” Kata Sudin. Sekali
Pendekar Bujang Lapok daa.. Keh.. keh.. keh..
Sebenarnya
kita nie bukan tak pandai berfikir. Tetapi tidak pandai menghargai. Setelah bertahun-tahun belajar dengan guru,
setelah mengambil segala ilmu yang guru curahkan. Melawan guru, memaki guru,
memukul guru yang kita balas. Aduhai.. Kita nie ada ilmu ka tidak aninya? Atu
saja ka yang kamu pandai? Atu ka yang
guru ajarkan selama ani? Guru tak pernah ajar kan cara-cara melawan ibubapa,
cara-cara mencuri, cara-cara memukul orang, cara-cara menipu orang bawahan
kita, tak ajar kan ? Semua yang guru curahkan kepada kita adalah ilmu yang
berguna. Guru bersusah payah mengajar kita, membentuk modal insan yang berjaya
demi kepentingan Negara Malaysia supaya sentiasa aman dan damai. Supaya orang
luar tidak boleh menipu kita dengan sewenang-wenangnya. Tapi… dengan pucuk
pimpinan kita tertipu. Ohh tak apa, itu cerita lain. Bukan silap guru, hehe.
Tolong
adik-adik abg Hafiz yang chomel-chomel. Hormati guru kita. Hargai guru kita.
Mereka tidak salah. Cukuplah menyalahkan mereka. Kalau kita tidak pandai bukan
silap guru. Tetapi diri sendiri kerana malas belajar. Imam Syafie pernah
berkata, “Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, Maka kamu akan menanggung
peritnya kebodohan.”
Jadi
ingin saya nyatakan disini, tanpa guru siapalah saya. Selamat Hari Guru saya
ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya daripada Tadika sampai
sekarang.
Terima Kasih Cikgu. J
No comments:
Post a Comment