Hai
Selamat Pagi. Hari nie kerja tak? Jangan mengular ya, hehe. Yang cuti tu jom join sini. Kita cerita-cerita. Yang mana
elok kita ambil yang mana buruk kita endahkan. Biasalah manusia, kadang kala
tersilap jugak. Jangan cepat menilai. Nilai diri kita dulu.
Pernah
nampak perempuan dengan perempuan berpimpin tangan? Normal lah tu kan.
Kawan-kawan. Okey kita tukar soalan, pernah nampak lelaki dengan lelaki
berpimpin tangan? Kalau pernah apa yang ada dalam fikiran kita masa kita tengok
tu? Haa.. jangan nak tipu. Confirm
semua sama. Kamu fikir mereka gay
kan. Mengaku cepat! Mengaku cepat! Kah.. kah.. kah..
Di
Malaysia, bila kita nampak lelaki berpimpin tangan sesame lelaki kita akan
anggap mereka gay. Ini reality, bukan cerita reka-rekaan. Tapi
bila perempuan berpimpin tangan sesame perempuan tidak pulak kita anggap mereka
lesbian kan. Sungguh tak adil kita nie. Kesian lelaki, hehe.
Di
tempat saya kerja, orang Pakistan selalu saja berpimpinan tangan sesame mereka.
Tidak pula saya beranggapan mereka itu songsang kerana saya tahu di negara
Islam yang lain, berpimpinan tangan kerana brotherhood
diorang kuat. Bukan kerana songsang. Sungguh tidak adil saya nie. Kera dihutan
disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
Tapi
ini semua terjadi kerana budaya, sikap dan perspektif orang kita berbeza dengan
negara lain. Kita suka dan selalu sangat beranggapan ataupun menilai orang
dengan sewenang-wenangnya. Ini bukan kerana mereka manusia, tapi kita terlalu
naif dalam perkara ini. Saya tak cakap awak semua saja, saya pun sama.
Sama juga bila perempuan menegur
perempuan. “Cantik kamu hari nie, Cik
Salmah.”
“Terima
Kasih. Kamu pun cantik jugak.”
Tapi
bila lelaki tegur lelaki. “Bro, lu hensem
la hari nie.”
“Hoii,
gay!!!.”
Nampak?
Jangan nak tipu kalau cakap awak tak macam tu. Saya pun manusia jugak. Duduk
dekat Malaysia jugak. Saya tahu apa jadi di Malaysia nie. Makan durian pun
pakai sudu.
Inilah Malaysia. Yang tak bersalah
disalahkan, yang bersalah dilepaskan. Sepatutnya kita jadi masyarakat yang
celik dalam segala hal agama mahupun apasaja. Tapi kita sebaliknya. Susah
sebenarnya nak mengubah sesuatu masyarakat.
Eh saya tak kutuk negara saya. Tapi
saya merungkai sesuatu yang benar. Tak percaya tanya dia dia dan dia. Orang
Malaysia lah. Bukan setakat ada IC. Diorang tak tahu pape.
Selamatt.
JJJ
No comments:
Post a Comment