Assalamualaikum.
Ingat saya lagi? Mestilah ingat. Kalau lupa tak terbaca pulak semua ini, kan.
Ingat ingat jugak, sarapan jangan lupa. Penting tu. Sumber tenaga pertama untuk
seharian kita. Lunch dan dinner adalah tenaga tambahan untuk kita terus aktif.
Baru-baru
ini saya ada balik kampung untuk menghadiri majlis kahwin kawan sekampung. Saya
ada ke rumah kawan baik saya. Dia ada seorang adik yang rapat dengan saya.
Lelaki. Sepanjang saya ada dikampung, apabila jumpa dia mesti dia akan senyum
dan lari dari saya. Pelik juga. Tak pernah sebelum nie jadi macam tu. Jadi saya
fikir balik, mungkin saya ada buat silap dengan dia. Mungkin dia ada terasa
dengan saya. Entahlah. Tak dapat difikirkan.
Hari
ketiga saya ke rumahnya lagi. Mahu memindahkan data gambar akad nikah kawan
saya kedalam laptop saya. Terjumpa dia lagi, dia senyum. Tak sempat saya
membuka mulut dia naik motosikal dan lari. Esh budak nie, apa masalahnya tu.
Tak sampai 15 minit dia datang balik sambil senyum-senyum kambing. Tak sempat saya
bertanya dia berkata, “Mesti ko bosan
tengok muka aku kan? Asal ko balik aku masih dikampung. Asal ko balik aku masih
belum keluar kampung, hehe.” Laaa.. itu ropenya masalah dia.
Jadi
saya hanya tersenyum. Tak terkata.
Speechless. Nak tahu sebab apa dia kata macam tu? Sebab sebelum nie saya
ada face-to-face dengan dia. Saya ada
tanya kenapa tak keluar cari kerja. Asyik duduk dikampung buang masa. Jangan
jadi macam orang lain, hanya mengharapkan ihsan keluarga sendiri. Cari diri
sendiri, bantu keluarga. Kita kan anak, takkan dah besar panjang masih
memerlukan ‘jagaan’ keluarga. Kita kan berpelajaran. Cari lubang-lubang kerja
yang boleh memberikan kita hasil yang halal. Walaupun kerja itu tidak besar
gajinya, janji kita ada sedikit simpanan. Yang mana boleh digunakan jika
keadaan terdesak. Dia hanya diam sambil merenung saya.
Sebelum
ini saya ada bekerja sambilan dalam bahagian Perhotelan. Saya mengajaknya
supaya bekerja bersama daripada duduk goyang kaki dikampung. Dia turut serta.
Selepas tiga bulan bekerja, saya berhenti atas sebab ingin sambung belajar.
Tinggal lah dia seorang disana. Tak sampai setahun dah berhenti. Ewah.
Bertanyalah saya kenapa dia berhenti. Dijawabnya “Kamu berhenti boleh je, aku pun boleh lah berhenti.” Aii budak
nie, kita berhenti sebab nak sambung belajar, dia suka-suka pulak. Sebab itulah
saya face-to-face dengan dia.
Kita
datang kerana hendak membantu. Tapi baguslah dia. Saya lihat ada usahanya untuk
cari kerja. Maknanya kata-kata saya sebelum nie tidak seperti mencurah air ke daun
keladi lah, kan. Bagus bagus bagus. Awak-awak semua yang masih duduk dirumah
dan masih mengharapkan ihsan keluarga, keluarlah cari kerja. Boleh juga bantu
keluarga walaupun sikit. Ehh besar pahalanya kalau bantu ibubapa nie tau. Bukan
main-main.
Saya
nie bukanlah siapa-siapa nak suruh awak semua. Tapi hanya boleh menasihat. Yang
mana cantik itu ambil, yang mana buruk itu buangkan. Nabi SAW bersabda yang
bermaksud, “Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain
seperti suatu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.”
Jadi hendak menjadi mukmin yang sejati, maka bantu membantulah antara kita.
Hehe. Bukan ustaz. Kita nie macam nie lah, bila ada orang bagi ceramah sikit
dah digelar ustaz. Aduh.. buang-buanglah pemikiran tersebut. Ketinggalan zaman
bak hang..
Fikir-fikirkan. J
No comments:
Post a Comment