Assalamualaikum
salam hormat salam bahagia, salam cium tangan ibubapa. Makin hari makin panas.
Hujan kejap-kejap kadangkala menjadi lebat. Shah Alam dah tak kena catuan air
ke? Saya bakal balik Shah Alam dua bulan lagi. Saja nak bagitahu. Tak tanya
sudahh.
Pernah dengar radio atau menonton
televisyen tentang bahaya penggunaan handphone
semasa memandu? Saya pernah. Selalu dengar. Tapi baru-baru ini saya ada on-the-phone dengan kawan saya sambil
memandu. Dia tak tahu, lama kami bersembang tetiba dia tanya, “Apis bawak kereta ke nie?” Saya tak
jawab. Tetiba dia naikkan suara sedikit. “Apis
jangan bajet pro lahh. Bawak kereta dulu. Nanti kita sembang.” Dush! Dush!
Dush!. Sebijik atas kepala, hehe. Biasalah perempuan. Emosional lebih sikit.
Bukan nak kata saya nie hebat sebab
boleh on-the-phone sambil memandu.
Tapi nak cakap saya nie kadang-kadang membuat kesilapan. Dan itu membuktikan
saya nie manusia. Walaupun begitu, ramai diantara kita tidak mempedulikan
tentang bahaya. Termasuklah saya. Selepas saya bersembang dengan kawan saya
tadi, saya mula berfikir kembali. Masa saya on-the-phone
dengan beliau, saya memang kurang fokus terhadap persekitaran dan jalanraya.
Ibarat robot yang pandu kereta. No
feeling.
Banyak kes kemalangan yang disebabkan
gajet pada masa kini, kan? Jadinya, lepas nie kita jangan ulangi lagi. Uihh bahaya
kawan-kawan, bahaya. Selalu sangat saya tengok pemandu-pemandu menggunakan handphone semasa memandu. Haa awak tu
jangan nak geleng kepala. Awak pun sama jugak. Kan ? Hehe.
Sebenarnya kita semua nie kurang
pendedahan tentang benda ini kan. Ops! Maafkan saya, bukan kurang pendedahan,
tapi kurang celik sebab malas membaca dan malas ambil tahu. Kannn…
Lepas nie nak on-the-phone masa memandu, kita pakai earphone. Tapi angkat panggilan yang penting saja. Kita boleh, kita
boleh. Jangan bajet kita nie pro! Tahu.
Peace Yo !! J
No comments:
Post a Comment