Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Mar 11, 2012

My brother will fly to Labuan.

Tanggal 20hb Mac 2012, semua kawan-kawan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal berangkat ke penempatan kerja masing-masing. Alhamdulillah.

Bermacam-macam ragam mesej dari kawan-kawan  aku dapat. Ade yang kate best, ade yang kate Alhamdulillah. Tapi ade yang kate aku terananya. hihi. 

Kadang-kadang geli hati aku baca mesej-mesej korang. Tahniah la yer sahabat-sahabat. Semoga berjaya bila memasuki alam baru tu. Jangan lemas sudaa. 

Bukan semua happy tau bila dapat tahu tentang penempatan tu, ade yang kecewa. Hujung minggu lepas aku dapat panggilan dari sahabat aku menyatakan beliau akan terbang ke Labuan. Terkejut campur tak percaya aku dengar. 



Keesokan harinya aku bergerak ke rumah beliau dan bermalam semalaman tuk beri kata-kata semangat kepada beliau kerana suara beliau sewaktu bercakap dengan aku dalam telefon macam dah seksa sangat. hihi.

Sesampainya aku ke rumah beliau petang berkenaan, memang muka beliau nampak tension. hihi. Lucu-lucu. Mak bapak beliau pom cakap yang diorang susah hati tengok anak diorang tuh. Asyik termenung je semenjak dapat tahu akan melapor diri di Labuan tuh. hihi.

Apa guna aku sebagai sahabat kan? So, aku mula memberi terapi semangat kepada beliau. Aku menghubungi sahabat aku yang kebetulan telah bekerja sebagai Radiographer di Labuan untuk menguruskan segala urusan beliau apabila beliau mendarat disana pada 18hb Mac nie.

Selepas beliau bercakap dengan sahabat aku yang berada di Labuan tu barulah aku tengok muka ceria beliau. hihi. Kate hati batu, baru dihantar jauh sikit dah tension. hihi.



Papepom tahniah lah sahabat. Aku doakan yang terbaek tuk kamu. InsyaAllah.


Feb 29, 2012

Nasihat berguna untuk manusia yang berfikiran.



Ape yang akan korang rase bile balik dari kerja, tengah penat-penat, panas-panas, kepala tengah jem pasal tension tempat kerja, tengok-tengok laptop korang tak boleh nak di on kan? Masih boleh chill lagi ke? Boleh?



Masalah betol lah kalau orang bagi pinjam tapi tak pandai nak jaga elok-elok nih.

Korang, aku nak bagi nasihat sikit tuk korang-korang. Bile guna atau pinjam barang orang laen, pandai-pandai lah jaga. Gune elok-elok. Buat macam gune barang orang laen. Bukan barang sendiri. Korang tahu tak ape perasaan tuan punya barang bile diberi elok tapi dipulangkan macam sampah? Gembira tau.

Aku tahu lah laptop aku tu dah nazak. Itu semua jasa baek kawan-kawan lah tu. Buat macam laptop sendiri. Tapi senazak-nazak laptop aku pom, masih boleh gune tau. Masih boleh berbakti pada aku. Tak pernah lagi aku pinjam laptop orang nak buat kerja. Damn tol lah. Fail. Spoil.

Lagi satu, kalau dah ditakdirkan sesuatu barang yang korang pinjam dari seseorang tu rosak. Jangan lah buat-buat tak tahu. Mengaku. Terus terang kat tuan punya barang yang barang diorang rosak. Mintak maaf. Bertanggungjawab. Kalau tuan punya barang marah atau suruh bagi ganti rugi tu, nasib lah. Janji korang dah mengaku dan mintak maaf.

Kalau tanggungjawab sebesar nie korang tak dapat nak pikul, macam mana tanggungjawab terhadap keluarga korang? Macam mana korang nak pikul? Adoi, tak gune lah tulis panjang-panjang. Bukan ade yang nak bace pom. Wassalam.



Feb 21, 2012

Kawan sekadar kawan.


Ape maksud "Kawan" bagi korang?
.
.
.
.
.
.
Aku kan, tension betol bile aku tanye soalan tapi tadek sape nak jawab. hangin satu badan.

Hari Sabtu lepas bersamaan 18 Februari 2012, rumah nenek aku ade buat kenduri menyambut menantu bapak saudare aku. Persiapan semua complete. Tapi ade la jugak yang tak complete mane. huhu. Seminggu sebelum majlis dijalankan, aku dah kerahkan tenaga-tenaga buruh ( kawan-kawan sekampung ) tuk tolong buat persiapan sehari sebelum dan pada hari dilangsungkan. Memang aku memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Tapi ape yang aku dapat dari kawan-kawan aku yang baek dan "membantu"? 

Sehari sebelum majlis dilangsungkan, batang hidung langsung tak nampak. Ade yang lalu, tapi sekadar mengangkat muka. Tak kan aku nak panggil, suruh tolong kan? Sendiri mau ingat lah. Dah aku ingatkan sebelum itu.

Mase sembahyang Jumaat tu, aku dah pesan kat semua, "Datang lah umah aku nanti tolong ape patut. Tenaga muda tak cukup lah". Tapi takdek seko pom yang muncul. Hampeh. Kot-kot la nak tolong kawan buat ape yang patut. Tapi masing-masing membatu dalam rumah. Sibuk nye korang.

Hari berlangsungnya majlis lagi hebat. Seawal 6 pagi aku bangun walaupom semalaman aku tak tidor jage barang-barang. Dari pagi sampai ke acara penutut, hanya empat lima orang je kawan-kawan sampai. Tapi sayangnya bukan kawan-kawan rapat aku. Inikah kawan? Lagi sayangnya yang datang tu hanya untuk makan. Tapi oke lah daripada tak nampak batang hidung langsung kan?

Kawan-kawan. Ingatlah, bukan rumah aku je yang buat majlis, mungkin suatu hari nanti rumah kawan-kawan pulak yang buat. Cube kawan-kawan fikirkan kalau semua orang termasuk sahabat baek kawan-kawan sendiri buat perangai macam nie. Sape yang tampilkan diri untuk membantu kawan-kawan? Dan ape yang akan kawan-kawan rase? Happy? Bahagia?

Entahlah kawan-kawan. Kalau itu yang terbaek tuk kawan-kawan, teruskanlah. Tiada siapa menghalang.
Kawan-kawanlah kawan disusah dan senang. Fikir-fikirkanlah.

Credit to Mohd Rizuan Ibrahim dan Mohd Asri Mat Niza. Dua orang nie cousin aku yang membanting tulang dua hari berturut-turut tuk melancarkan lagi majlis. Tak kira penat lelah, hujan mahupom panas. Mereka istiqomah dalam membantu keluarga. Terima kaseh.




Nota Kaki : Kira hidup diatas dunia bukan selalu nya senang. Hidup boleh diibaratkan separti roda, kadangkal diatas dan kadangkala dibawah. Fikir-fikirkanlah wahai sahabat handaiku sekalian. InsyaAllah.

Haffez : Credit untuk Kak Yong dan Nurul sebab sanggup datang umah aku walaupom jauh. Dan walaupom aku ajak sekadar ajak-ajak ayam. haha. Timekaseh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...