Ape
yang akan korang rase bile balik dari kerja, tengah penat-penat, panas-panas,
kepala tengah jem pasal tension tempat kerja, tengok-tengok laptop korang tak
boleh nak di on kan? Masih boleh chill lagi ke? Boleh?
Masalah
betol lah kalau orang bagi pinjam tapi tak pandai nak jaga elok-elok nih.
Korang,
aku nak bagi nasihat sikit tuk korang-korang. Bile guna atau pinjam barang
orang laen, pandai-pandai lah jaga. Gune elok-elok. Buat macam gune barang
orang laen. Bukan barang sendiri. Korang tahu tak ape perasaan tuan punya
barang bile diberi elok tapi dipulangkan macam sampah? Gembira tau.
Aku
tahu lah laptop aku tu dah nazak. Itu semua jasa baek kawan-kawan lah tu. Buat
macam laptop sendiri. Tapi senazak-nazak laptop aku pom, masih boleh gune tau.
Masih boleh berbakti pada aku. Tak pernah lagi aku pinjam laptop orang nak buat
kerja. Damn tol lah. Fail. Spoil.
Lagi
satu, kalau dah ditakdirkan sesuatu barang yang korang pinjam dari seseorang tu
rosak. Jangan lah buat-buat tak tahu. Mengaku. Terus terang kat tuan punya
barang yang barang diorang rosak. Mintak maaf. Bertanggungjawab. Kalau tuan
punya barang marah atau suruh bagi ganti rugi tu, nasib lah. Janji korang dah
mengaku dan mintak maaf.
Kalau
tanggungjawab sebesar nie korang tak dapat nak pikul, macam mana tanggungjawab
terhadap keluarga korang? Macam mana korang nak pikul? Adoi, tak gune lah tulis
panjang-panjang. Bukan ade yang nak bace pom. Wassalam.
No comments:
Post a Comment