Feb 21, 2012

Kawan sekadar kawan.


Ape maksud "Kawan" bagi korang?
.
.
.
.
.
.
Aku kan, tension betol bile aku tanye soalan tapi tadek sape nak jawab. hangin satu badan.

Hari Sabtu lepas bersamaan 18 Februari 2012, rumah nenek aku ade buat kenduri menyambut menantu bapak saudare aku. Persiapan semua complete. Tapi ade la jugak yang tak complete mane. huhu. Seminggu sebelum majlis dijalankan, aku dah kerahkan tenaga-tenaga buruh ( kawan-kawan sekampung ) tuk tolong buat persiapan sehari sebelum dan pada hari dilangsungkan. Memang aku memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Tapi ape yang aku dapat dari kawan-kawan aku yang baek dan "membantu"? 

Sehari sebelum majlis dilangsungkan, batang hidung langsung tak nampak. Ade yang lalu, tapi sekadar mengangkat muka. Tak kan aku nak panggil, suruh tolong kan? Sendiri mau ingat lah. Dah aku ingatkan sebelum itu.

Mase sembahyang Jumaat tu, aku dah pesan kat semua, "Datang lah umah aku nanti tolong ape patut. Tenaga muda tak cukup lah". Tapi takdek seko pom yang muncul. Hampeh. Kot-kot la nak tolong kawan buat ape yang patut. Tapi masing-masing membatu dalam rumah. Sibuk nye korang.

Hari berlangsungnya majlis lagi hebat. Seawal 6 pagi aku bangun walaupom semalaman aku tak tidor jage barang-barang. Dari pagi sampai ke acara penutut, hanya empat lima orang je kawan-kawan sampai. Tapi sayangnya bukan kawan-kawan rapat aku. Inikah kawan? Lagi sayangnya yang datang tu hanya untuk makan. Tapi oke lah daripada tak nampak batang hidung langsung kan?

Kawan-kawan. Ingatlah, bukan rumah aku je yang buat majlis, mungkin suatu hari nanti rumah kawan-kawan pulak yang buat. Cube kawan-kawan fikirkan kalau semua orang termasuk sahabat baek kawan-kawan sendiri buat perangai macam nie. Sape yang tampilkan diri untuk membantu kawan-kawan? Dan ape yang akan kawan-kawan rase? Happy? Bahagia?

Entahlah kawan-kawan. Kalau itu yang terbaek tuk kawan-kawan, teruskanlah. Tiada siapa menghalang.
Kawan-kawanlah kawan disusah dan senang. Fikir-fikirkanlah.

Credit to Mohd Rizuan Ibrahim dan Mohd Asri Mat Niza. Dua orang nie cousin aku yang membanting tulang dua hari berturut-turut tuk melancarkan lagi majlis. Tak kira penat lelah, hujan mahupom panas. Mereka istiqomah dalam membantu keluarga. Terima kaseh.




Nota Kaki : Kira hidup diatas dunia bukan selalu nya senang. Hidup boleh diibaratkan separti roda, kadangkal diatas dan kadangkala dibawah. Fikir-fikirkanlah wahai sahabat handaiku sekalian. InsyaAllah.

Haffez : Credit untuk Kak Yong dan Nurul sebab sanggup datang umah aku walaupom jauh. Dan walaupom aku ajak sekadar ajak-ajak ayam. haha. Timekaseh!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...