Aug 17, 2012

Mereka tak pandai nak simpan kebodohan.

Aku tak tahu ape yang ade dalam fikiran mereka. Antara seronok ataupun bodoh. Sori tersebut. Umur dalam era 30 - an masing - masing. Tapi tak pandai nak fikir ape yang elok dan ape yang tak elok. Fikiran macam budak - budak.

Cuba bayangkan kita masuk sebuah restoran tuk makan tiba - tiba ada orang baling mercun. Menyirap tak? Okey kalau fikir kawan - kawan atau senior tu kira laen. Tapi kalau dah makcik - makcik pom ade, tu apa cerita bro? Kalau ada diantara makcik - makcik tadi ade yang sakit jantung? Acane? Korang dah dewasa boleh fikir. Ye dak?

Dah la restoran nie tertutup. Bergema sekali mercun meletop. Fuhhh.


Nota Kaki : Kita hidup berkongsi tempat untuk dipijak, udara, alam sekitar. So, tak salah kalau kita nak berkongsi rasa hormat antara manusia. Ye dakk?

Haffez : Aku suka tengok pompuan pakai baju kurung. Serius!

Aug 8, 2012

Prank Hari jadi Di Malam Hari!

Tengah syok - syok tido, tetiba dinding rumett aku bergegar. Terkejut berok aku. Tambah pulak suara macam orang mintak tolong. Bingkas aku bangun capai kayu besbol bawah katil g bilik die. Sebelum sempat aku sampai, aku dah dengar orang keluar bilik tergopoh gapah. Berlari aku nak kejar. Masuk je bilik die, rupe die dah tak nampak muka dah. Putih habeh!

Aku tanya die kenape kau nie? Sape masuk bilik? Die cakap hari nie besday die. Hampeh!

Aku ingat penceroboh mane nak rogol rumett aku. Bikin suspen doo.

Patut la awek die mesej aku petang tadi. Awek die tok dalangnye. Kunci rumah aku hilang lah ape lah.

Ranap rumah aku. Dah macam buat parti sabun dah. Janganlah buat macam nie tengah - tengah malam bute. Kang ade balik naek ambulans kan.

Aug 1, 2012

Sikap Warga Malaysia Sekarang.

Aku bukan nak kutuk warga negara aku sendiri. Tak kira Melayu, Cina, India atau papelah. Aku bercakap atas dasar sifat keprihatinan. Malam tadi lepas aku balik kerja aku terus pergi ATM tuk keluarkan sedikit duet.

Lepas aku keluarkan duet dan berjalan pulang ke rumah, aku nampak tiga orang pemuda yang tengah bawak bagasi alatan menukang kalau aku tak silap. Yang sorang tu letak bagasi tu atas bahu. Diorang baru nak naek tangga bergerak kat sebuah Mall. Kat belakang mereka ramai warga Malaysia beratur nak naek jugak.

Mase aku baru nak lepasi tiang besar, aku dengar suara manusia ibarat dalam kesusahan. " Eh eh eh." Suara ala-ala kalut sikit. DAN aku nampak pemuda yang bawak bagasi kat atas bahu tu tengah cibit bagasi tu macam nak terlepas. Memang nak terlepas pom. Kaki atas tangga, tangan yang pegang bagasi tu kat tepi selepas pemegang tangga bergerak tu. Kalau terjatuh memang berkecai bagasi tu. Semua orang kat belakang dia berundur sambil buat muka terkejut. Naseb baek baru naek 2 3 mata tangga.

Kawan die tak dapat nak tolong sebab dah jauh kat atas. Tinggal die sorang terkontang-kanting menahan bagasi tu daripada jatuh sambil mengundur. Kesian aku tengok.

Yang aku peliknya, kenapa orang kat belakang die tak dapat nak tolong langsung? Takut tangan kotor? Yelah bagasi tu nampak kotor sikit. Semua pakat buat mula terkejut. Kaget kat tempat masing-masing.

Aku pom mempercepatkan langkah tuk ambil bagasi tu. Alamakaihh. Berat dowhh. Nak melecet jugaklah tangan aku nie. Lepas tu baru pemuda tu turun daripada tangga bergerak tu. Tadi dia xdapat nak turun sebab kasut die tercabut, bagasi berat campur kalut sikit. Aku pasti dalam hati die mesti berharap sangat ade orang tolong sambut bende kat tangan die tu.

Lepas die turun dan pergi kat aku, dia bersuara. " Bang, sori bang, berat. Tak boleh imbang. Terima kasih ya."
Laa. Mat indon rupanya. Aku tanyalah sepatah dua oke ke tak. Dia cakap okey cuma tangan dia kebas sikit.

Bagasi die tu berat dalam 5 6 kilo kot. Tapi, jika dah lama angkat sesuatu nie, benda yang ringan pom boleh jadi berat. Kalau tak percaya tanya lah Abg Ben Ashaari tu hari-hari angkat besi. Mesti dia tahu keadaan macam mana. Tak gitu Abg Ben?

Bila aku tengok manusia-manusia tadi naek tangga bergerak tu, semua buat-buat tak nampak. Begitulah sikap warga kita ya?

Aku tepuk bahu dia dua kali, pesan suruh hati-hati dan aku blah. Aku tengok atas kawan dia angkat tangan tanda terima kasih.


Nota kaki : Walaupun siapa pom dalam kesusahan, kita yang terdekat nie hulur-hulurlah bantuan sikit. Jangan buat tak tahu je. Kate Satu Malaysia. Tak kan nak buat hal masing-masing je? Nanti mati kita nak gali kubur sendiri dan kambus sendiri ke? Fikir-fikirkanlah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...