Beberapa
hari lepas, seorang hamba Allah yang bernama sahabat menyatakan hasrat beliau
untuk menjadikan aku sebagai model fotografinya dalam kajian kursus beliau. Aku
mungkin sedikit tergaman. Terkesima mungkin. Hasrat mahu menonton wayang
tiba-tiba menjadi satu temuduga yang tak terjangka. Adakah aku tersilap
percaturan didalam segmen pendengaran? Sangkalku meleset sama sekali. Aku akan
terima menjadi model beliau?
Jawapannya
tidak. Titik. Bukannya sombong atau ingin menjual mahal. Secara jujurnya aku
seorang yang kaku dihadapan kamera. Tewas kepada diri sendiri untuk menunjukkan
bakat ‘posing’ dihadapan kamera. Aku
lebih gemar memegang kamera daripada dipegang kamera. Mungkin disitu bakatku
lebih menyerlah. InsyaAllah.
Semenjak
dibangku sekolah dan melangkah masuk ke alam universiti, jika ada suatu majlis
yang ditaja oleh mana-mana pihak, aku akan setia memegang kamera yang
diamanahkan oleh guru-guru mahupun kawan-kawan. Aku boleh di’title’kan sebagai Fotographer part timer. Pernah dilemparkan kata-kata seperti gilakamera oleh kawan-kawan. Aiman tak
kesah. Pada aku, mengambil gambar lebih gembira daripada diambil gambar.
Jika
dilihat kepada semua folder gambar didalam laptop aku, mungkin sedikit sahaja
gambar aku terkandung didalamnya. Walaupun majlis besar sekalipun, jika kamera
berada di tangan aku, peratusan gambar aku didalam kenangan majlis tersebut
sangat tipis sekali.
Menjadi
model? Bukan matlamatku. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan dinobatkan
sebagai seorang Fotographer yang
berjaya. Ngeh ngeh ngeh.
Sebagai
konklusinya. Aku sangat bahagia kerana ditawarkan. Tapi Sorry sahabat. Tak dapek den nak nolong eh. Kuikuikui.
Nota
kaki : Bagi aku sebuah kamera DSLR dan hantar aku ke Taman Bunga, Pantai,
Sungai yang mempunyai air terjun dan sebagainya. Baliknya aku selepas itu
korang boleh bukak gerai gambar permandangan yang menarik. Aku boleh kompem!
Haha.
org comel...kompem la leh jadik model....haha
ReplyDeleteek? buta kah?
ReplyDeletesomeone said...budop tu budok comel....
ReplyDeleteSape someone tu?
ReplyDelete