Oct 18, 2014

Soalan vs Soalan

Assalamualaikum semua. Sudah beberapa semester kita tidak bersua muka bergurau senda. Rindu pulak rasanya. Cewah, hehe. Apa khabar kita semua ? Mudah-mudahan sehat sentiasa. Beberapa minggu sebelumnya saya sibuk seketika menguruskan projek juta-juta. Uihh juta-juta bak hang, haha. Saya bergurau aje. Saja nak tengok senyuman manis melirik dibibir kamu semua. Kan manis begitu. Alahai comelnya.

Kalau saya tanya kamu begini, “ Bro, kawan aku kata rumah yang bentuk macam rumah kau nie tak best. Bentuk buruk, tak menawan langsung. Dah la laman rumah tak besar. “

Apa yang kamu rasa kalau saya tanya soalan begini ? Mesti kamu nak marah, kan. Bila kejadian serupa ini berlaku, kita manusia ada dua cara aje untuk menjawab. Pertama kita jawab mengikut perasaan. Secara jujurnya saya tidak berapa berkenan dengan cara ini. Boleh bawa bergaduh. Tapi cara ini yang selalu kita guna. Apa tidaknya, rumah kita tu dah la mahal, boleh pulak dia kata macam itu. Haish bagi pelempang sebijik baru tahu. Kan ? Hehe.

Cara yang kedua ialah menggunakan kaedah psikologi. Menjawab soalan dengan soalan. Cara ini sangat berkesan untuk mengajar orang yang tiada adab. Haa..

Baru-baru nie ada seorang pemuda duduk dikedai. Berhadapan dengan seorang pakcik. Bersebelahan dengan saya dan kawan-kawan. Jadi ingin dijadikan cerita, pemuda berkenaan membuka cerita dengan pakcik dihadapan beliau. Sembang punya sembang pemuda ini bertanya pakcik berkenaan.

Pemuda :     Pakcik, dengar kata Kelantan tak maju, kan ? Kawan saya kata laa..
Pakcik       :    Em, kamu dari mana ?
Pemuda  :    Saya dari Selangor.
Pakcik       :    Oyaka. Ok, kenapa kamu kata Kelantan tak maju ?
Pemuda  :    Pakcik tengok la, jalan tak cantik. Negeri tak kaya. Pembangunan tak ada. Bangunan tinggi-tinggi mana ada.
Pakcik       :    Emm.. Kamu pernah pergi Kelantan ?
Pemuda  :    Err.. Belum lagi, hehe. Kawan saya kata macam tu, jadi saya rasa malas nak pergi sana.
Pakcik       :    Jadi kamu dengar kawan kamu kata lah ? Kawan kamu tu pergi Kelantan tutup mata agaknya. Pakcik nak tanya kamu. Dekat Selangor, bangunan yang tinggi-tinggi tu siapa punya ?
Pemuda :    Kebanyakannya Chinese la pakcik.
Pakcik       :    Kamu tahu dekat Kelantan, tanah orang melayu hampir 100% . dekat mana kamu boleh jumpa macam nie ?
Pemuda  :    … .. ..
Pakcik       :    Bangunan kat sini kebanyakan hak milik Melayu. Dekat mana lagi kamu boleh jumpa ?
Pemuda  :    … .. ..
Pakcik       :    Pakcik akui, Negeri Kelantan mungkin miskin. Tapi rakyatnya kaya. Pemerintah tak makan duit rakyat. Mana kamu mahu, negeri kaya atau kita yang kaya? Kalau bangunan tinggi melangit sekalipun, kalau rakyatnya nak masuk, pakcik maksudkan kita. Nak masuk tapi kena bayar. Apa beza dia ? Sudahlah menyusahkan kita. Diberi kemudahan kepada kita tapi kena bayar pulak.
Pemuda  :    … .. ..
Pakcik       :    Jadi jangan dengar orang kata. Kita cari jawapan sendiri. Baru betul.
Pemuda  :    Baiklah pakcik. Pakcik orang Kelantan ?
Pakcik       :    Tidak. Pakcik orang Selangor.

            Haa.. Mana mau cara pertama atau kedua ? Pilihan ditangan kamu. Tapi nak pilih cara kedua, kita kena ambil tahu, banyak membaca dan banyak belajar. Bukan jadi kayu. Kaedah soalan dibalas dengan soalan memang sangat berguna bila kita rasa dikritik menggunakan soalan. Cuba dulu baru tahu.

            Jadi lepas nie nak kritik orang, nak mengata kat orang, fikir dulu nilai dulu dan fahami dulu. Jadi main langgar aje. Kan dah malu. Kalau dah rasa kita itu hebat, buat apa memperlekehkan orang lain? Orang yang hebat tak menjatuhkan orang lain, sebaliknya memperhebatkan orang lain. Hebat Hebat.

            Orang Kelantan jangan ambil hati naa. Ini cerita betul. Orang Selangor pun naa.. Kalau tak makan chilli jangan terasa sangat. Buat tak tahu aje, hehe

JJJ

May 24, 2014

Hakikat Bertubuh Kecil.

Hai kamu disana, apa khabar. Sehat lah ya. Dah gosok gigi ke belum nie? Kalau dah bagus la, kalau belum paham-paham sendiri. Bab mandi tak usah tanya. Musim-musim hujan sejuk macam nie confirm semua mandi P.Ramli, hihihi. Jangan marah aa..

Hari ini saya nak buka kelemahan saya sikit. Bagi saya, ini bukan kelemahan, tapi kelebihan. Orang lain yang cakap kelemahan. Pada musim Manchester United merangkul kejuaraan English Primer League musim lepas, ada seorang teman berbalas pesanan ringkas dengan saya. Masa tu jugak musim slot akasia kat TV3 sedang berleluasa. Teman ini pompuan dan dah lama berkawan dengan saya. Sejak belajar di Kelantan dulu lagi. Orang Utara.

Lepas Magrib tu dia ada SMS saya. Jadi kami berbalas SMS. Ada satu soalan dia tanya saya, “Apis tengok cerita Suamiku Playboy tak?”. Alamak soalan menguji jiwa. Saya pun balas, saya tak suka tengok slot-slot kat TV3 nie. Dia pun bagitau, ada pelakon baru tu muka macam saya. Saya pun tanya mesti dia macho kan, sambil ketawa. Kamu semua tahu apa yang dia balas? Dia balas berbunyi begini, “Ya macho, tapi dia boleh buat calon suami, Apis tak boleh”. Saya teramatlah terkejut. Memang betul-betul terkejut. Kenapa dia cakap macam tu, dia mungkin tersilap taip kot. Jadi saya tanyalah kenapa awak cakap macam tu. Apa kurangnya saya apa lebihnya dia sampai awak cakap saya tak boleh dijadikan calon suami.

Dia balas, “Sebab Apis tak cukup tinggi nak jadi suami orang, haha”. MasyaALLAH. Hidup jugak hamba ALLAH yang macam nie. Nak kata saya terasa memang saya terasalah dengan orang yang mulut tak ada pintu nie. Kita nie sama-sama hamba ALLAH. ALLAH jadikan hambanya bukan untuk dibanding-bandingkan. Tapi untuk menguji keimanan kita. Tau.

Seminggu sedara. Seminggu saya duk pikiaq pasai nie. Betul saya nie kecik je dalam kalangan lelaki. Tapi dalam kalangan pompuan kita takdak beza lah oii. Jangan nak kerek sangat, hehe. Bukan marah. Tapi cakap. Mulut tu jangan busuk sangat. Tapi seminggu aje. Lepas tu pergi main futsal balik. Masa tu kebetulan injurd, haha. Bukan seminggu duk pikiaq pasai nie betoi-betoi. Saya melawak ja tu, hihi. Jangan marah naa..

Saya tak kisah kalau anda-anda nak cakap saya kecik. Tak kisah pun. Betul. Saya dah kena bertubi-tubi serangan psikologi pasal nie. Tapi saya masih boleh cool. Kalau saya tak cool maknanya saya pun mempersendakan ciptaan ALLAH. Saya tak nak bagi dalil tak nak bagi hadith. Tapi saya nak anda fikir sendiri. Kawan-kawan anda yang kecik tu menyusahkan anda ka? Kalau keluar dengan diorang buat anda jatuh standard ka? Haa..

Saya bersyukur saya memiliki badan yang kecik. Sekurang-kurangnya saya tahu siapa ikhlas siapa palsu. Saya tahu siapa yang buat kerja kerana kerja atau siapa buat kerja kerana pangkat. Saya tahu siapa yang boleh serahkan kepercayaan mereka dan siapa yang ragu-ragu.

Cerita terbaru. Beberapa hari lepas saya pergi ke kedai kereta dengan seorang kawan. Tujuannya saja-saja nak tengok kereta. Time saya masuk, orang tengok je. Lepas tu saya panggil. Dia datang then dia tanya saya nak apa. Saya tanya pasal kereta tu. Ya, dia jawab semua soalan saya. Tapi kawan saya cakap dia tengok saya atas bawah atas bawah, haha. Budak kecik nak pergi beli kereta sapa nak percaya, hehe. Tak apa, ada cara sebenarnya nak bagi orang percaya. Tapi kita kena percayakan diri sendiri.

Ada sekali saya pergi ke rumah kawan baik saya, pompuan. Time raya. Bapak dia ingat saya nie boyfriend dia. Saya sembang biasa dengan bapak dia. Bila saya balik bapak dia tanya dia, “Dia bakal?”. Kawan saya jawab, “Kalau ya macam mana?” Bapak dia cakap boleh, bapak cuma tanya. Nak tahu kenapa bapak dia cakap boleh? Sebab saya tak jadi budak-budak masa sembang dengan bapak dia tadi. Ala, nak tahu berkawan la dengan orang lebih tua dari kita, hehe.

Apa lagi kelebihan? Banyak. Kalau nak cari calon isteri pun senang. Tak perlu nak berebut. Kita cool. Jumpa seseorang, kawan dulu. Kalau dia betul-betul ikhlas, dia akan stay sampai bila-bila. Kalau tak, dia buka pintu dia keluar. Eh saya dengar orang kata, isteri yang lebih tinggi dari suami rezeki murah tau, hihihi


Hihihi, jangan marah aa.. J J J

May 23, 2014

Senyuman Di Kaunter.

Assalamualaikum selamat pagi. Apa khabar sudah sarapan? Semalam apa cerita? Dengar kata semalam hujan, betul ke ? Jangan main hujan aa.. Demam nanti susah. Sebelum main hujan fikir dulu. Ramai lagi orang sekeliling yang menyayangi anda.

Anda kerja sebagai apa? Kalau kerja anda melibatkan servis terutamanya duduk di kaunter, saya mohon dan berharap sangat anda pergi hospital tak kisah hospital gomen atau private, minta ubat yang membolehkan anda sentiasa senyum dalam pelbagai situasi. Haa.. bunyi macam serius kan? Memang serius. Sebab saya dah terkena banyak kali.

Rakan-rakan di facebook pun ramai yang update status tentang tidak puas hati dengan layanan dan servis dari pihak tertentu. Ada yang memaki hamun, yang kutuk habis-habisan, yang macam-macam lagilah. Aduh.. Saya bukan apa, tak elok la macam tu. Kita dah buat servis tapi kita tak senyum dan layan pelanggan kita dengan apa yang sepatutnya.

Baru-baru nie saya ada ke Maxis Center di satu negeri yang indah dan damai lagi mendamaikan. Mula-mula masuk, ada guard. Bagus guard tu. Umur dalam 40-an gitu. Dia tanya saya apa yang saya mahu. Jadi saya pun ceritalah masalah saya. Dia jawab dahulu apa yang dia tahu. Lepas tu dia suruh saya tunggu sekejap kemudian ke kaunter untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan permasalahan saya. Dia cakap elok saya ke kaunter untuk mendengar penerangan yang selanjutnya.

Jadi saya ke kaunter. Kebetulan ketika itu tiada orang. Sampai saya di kaunter, kakak yang duduk di kaunter itu on-the-phone. Okey tak apa, mungkin panggilan penting. Habis bercakap, bukan nak tanya pelanggan dia apa masalah, dia boleh buat tak tahu je saya ada kat depan. Tak apa, mungin tak perasan. Saya tegur dengan sopannya, tanya dengan lemah lembutnya. Jawapan yang keluar hanya “YA” sambil mata ke computer. Mati kutu saya kat situ. Tak tahu nak balas macam mana. Allahurabbi.

Sekurang-kurangnya senyum, eye contact dengan pelanggan tu penting jugak. Bagi penampo baru tahu, hehe. Saya bergurau aje. Bukan apa, hati nie meronta-ronta tahu bila dilayan sedemikian. Amboii sampai meronta-ronta. Hiperbola sangat saya nie, hehe. Nak cakapnya betapa sakitnya hati bila dilayan sedemikian. Jangan menipu kalau ada orang rasa bahagia bila dilayan macam tu. Pernah sekali saya menegur orang macam nie sampai dia tak terkata. Haa.. baru kau tahu aku nie bukan setakat pandai mengayat pompuan je tau.

Kita nak sampai PM kesayangan datang dulu ke baru kita nak senyum? Nak roll camera dulu? Alamak, tak bagus. Jangan macam tu. Kita bekerja memberi servis. Senyuman kan servis. Sedekah lagi tu. Barulah orang hormat kita. Eye contact tu biar betul. Jangan suara ke lain mata ke lain. Cungkil mata dengan spanar 12 baru tahu. Lagi satu, kesopanan dan kesusilaan tu patut ada. Biar pelanggan rasa selesa dengan kita. Barulah company kita dipercayai ramai. Eh tak nak dengar tak apa. Bukan saya kisah pun. Tapi kalau anda jatuh jangan marah. Kalau kita dilayan macam tu pandai pulak kita menyalak kan. Bak kata Sopi Jikan dalam filem KL Gangster, “Leng-Leng maa.” What you give, you’ll get back.

Jadinya fikirkan apa yang betul dan apa yang sepatutnya. Kalau pelanggan kita tu seorang yang bukan makan saman, dia langgar je kita kat situ. Malu dapat sakit hati dapat. Baru padam muka kita. Paling sakit hati bila dia ambil nama dan emailkan kat company kita. Haa.. hang pi packing barang-barang hang cepat-cepat. Mana mahu? Your choice your life. Pilihan ditangan anda.


Fikir-fikirkan. JJ

May 19, 2014

Milky Way, Scary.

Malam-malam saudara dan saudari buat apa kebiasaannya? Tidur awal ka main game ka buat apa? Ke bergayut dengan pasangan masing-masing.. Haa.. Jangan buat perangai aa.. Belum kahwin lagi tu, hehe. Adik-adik abang Hafiz, kalau ada kerja sekolah buat kerja sekolah. Pagi esok tak adalah tergopoh gapah menyalin jawapan kawan. Tak elok.

Saya kalau malam-malam time bulan purnama, saya suka merenung bulan. Bukan jiwang bukan jiwo adik kakok. Saya merenung bulan takut-takut tetiba saya boleh bertukar macam San Goku. Boleh mengganas. Kah.. Kah.. Kah..

Tapi kalau bulan tiada, maksudnya kitaran bulan bertukar menjadi bulan gelap. Saya akan berjaga sampai ke tengah malam. Kadang-kadang sampai membawak ke pagi. Nak tau saya buat apa? Haa.. Saya suka ambil gambar bintang. Milky Way. Dalam bahasa kampungnya Laluan Susu atau belahan langit. Saya kadang-kadang sanggup meredah hutan atau semak-semak semata-mata mau cari angle yang terbaik. Ada sekali beberapa minggu yang lepas, saya sanggup turun dari Kenyir ke kampung semata-mata ingin berMilky Way. Itulah saya.

Milky Way sangat saya suka sebab gambar itu harus diambil pada waktu malam. Maknanya tak panas dan tak silau, hehe. Tapi harus diingat. Menggambil gambar bintang di dalam semak atau hutan atau tempat-tempat yang boleh dikatakan bahaya, sangat “Scaryy…”

Satu kisah. Ketika saya cuti bulan lepas. Saya pulang ke kampung pada malam itu untuk mengambil gambar bintang bersama kawan baik saya. Pukul 11.30 malam saya sudah berada dikedai makan sebagaimana dijanjikan. Ramai juga anak muda yang duk ada situ. Bila kawan saya sampai, saya pun membuat bayaran dan ingin bergerak. Tapi, tetiba kawan saya yang ada kat kedai tadi tanya saya hendak kemana. Saya jawablah nak ambil gambar dekat highway nun.. Dia pun tarik tangan saya dan cakap janganlah kesana. Ambillah gambar kat tempat lain pulak. Saya pun peliklah sedara, tetiba cakap tak boleh pergi sana. Selalunya pun saya suka ambil gambar kat situ.

Kawan baik saya menambah, “Kita cari port lain pulak lah kali nie.” Aii bang, bikin suspen nampak. Jadi diceritakanlah segala-galanya dan membuatkan saya terpacak semua bulu roma. Eeeee… Bermula dari situlah, kalau nak ambil gambar bintang saya akan tanya dulu tempat tu OK ke TIDAK, hehe. Bukan takut sedare. Tapi takut orang kampung habis tanah nanti. Sebab saya lari tak cukup tanah. Kah.. Kah.. Kah..

Tapi tak apa, sebelum benda tu berlaku, saya dah banyak ambil gambar kat sana. Nak tengok? Moh kitoo.. Cekidoutt !!

Credit to Mohd Sharol Hadi Abd Razab.


Di Kampung Pengkalan Ajal, Kuala Berang, Terengganu. 
Credit to Muhammad Hafiz Bukhari.


       Antara gambar Milky Way yang kami 'petik'. Tak boleh tunjuk banyak-banyak sebab gambar nampak sama tapi tidak serupa. Haa.. Nak tengok gambar dari tepi Highway yang orang tak kasi pergi tu ?

Credit to Muhammad Hafiz Bukhari.

Ini tempatnya. Lebuhraya Ajil-Dungun. Tapi ini bukan Milky Way, tapi Lightray. Gambar ini sudah berumur. Tapi masih boleh diguna pakai. Hehe..

Okey Guys, See uollss Later. 


May 18, 2014

Agata Kita Ke Sabah !

Assalamualaikum, hari nie tak nak tanya apa khabar. Tapi nak tanya sehat ka tidak? Ehh, bukan soalan lebih kurang ke En. Hafiz? Ohh yaka, tak apa kita belit-belit sikit saja. Janji point dia sampai. Kalau tak sampai maknanya kamu ada masalah aa.. pergi buat check up cepat-cepat. Kalau melarat susah, hehe. Opss ! Jangan marah, jangan marah. Ingat lagi apa saya cakap? Orang yang selalu marah nie berkawan dengan syaitan tau. Haa.. begitu laa, ee.. chomell. Senyum macam tu selalu tau.
Saya banyak kali ditanya oleh kawan-kawan tentang negeri yang kaya dengan hasil bumi. Negeri mana? “Negeri Pasir Bedengung.” Kata Re.
“Eh.. Aku ingat asap saja yang berdengung.” Sampuk Mi. Filem Laxmana DOREMI daa.. Dey, jalann daa..
Negeri Sabah. Banyak soalan yang ditanya tentang menarik ke kalau melancong ke sana. Cantik ke permandangan kat sana. Banyak ke barang-barang kat sana. Tapi soalan yang paling best, “Hafiz, ko duduk Sabah dulu ramai ke jumpa awek-awek cantik?”. Soalan nie paling best. Saya jawab sana tak ada awek. Sana sumandak ja ramai, haha. Kalau nak cerita pasai pompuan sedare, tujuh hari tujuh malam pun belum tentu khatam tau. Haa jangan main-main.  Sebut saja wanita, confirm semua abang-abang kat sini cerah bijik mata. Tu tengok brader tu, alamak… brader tutup mulut sikit, hihi. Alah saya melawak aje..
Sabah.. memang kaya dengan sumber-sumber alam. Tak tercemar dengan pembangunan yang pesat. Secara jujurnya saya sukaaa sangat duduk Sabah. Dengan budaya orang-orang disana, sikap mereka disana, permandangan negerinya. Fuhh.. memikat hati. Eh kalau ada orang Sabah yang single tu mai laa. Hihi. Oke saya bergurau.
Saya tak boleh jawab soalan awak-awak semua dengan detailnya. Tapi apa yang saya boleh janji, sesiapa itu seorang pencinta alam, pergilah melancong disana. Saya jamin kamu akan jerit, “Woooooooo Aweesomeeee!” Tapi tambah sikit kat depan “Subhanallah”. Jangan kita lupa untuk sentiasa memuji ALLAH. Sambil-sambil menikmati, kita dibekalkan pahala, ye dak.
Wahai pencinta alam, kita geng. Kalau nak pergi, ada tiket kosong ajak saya sekali tau, hehe. Bukan apa, nak jumpa sanak saudara aje. Kalau pergi sana, jangan lupa bawak kamera sekali. Kamera biasa-biasa pun cukup. Ambil saja gambar permandangan. Cantik ka tak cantik gambarnya kemudian kira. Yang penting kita ambil. Nanti balik semenanjung boleh tunjuk dekat kawan-kawan. Biar bertambah sikit geng kita. Bila dah ada anak nanti, tunjuk juga dekat anak-anak. Kalau anak-anak tanya kenapa gambar tak cantik? Ohh itu bapak tak pandai ambil, hihi. Gambaran dalam kepala kita penting. Boleh diceritakan.
Tempat-tempat yang wajib dilawati kalau melancong disana, jangan lupa pergi Kundasang, Ranau, Banjaran Croker dan.. eh banyak sangat la nak sebut. Tapi tempat-tempat yang saya sebut itu sangat menarik. Nak tahu apa yang menarik, try laa. Kalau Gunung Kinabalu pun tak pergi, nda usahlah kesana bah. Buang masa. Tak naik Gunung Kinabalu pun tak apa. Janji kaki gunung tu kita jejak. Sana ada Kinabalu Park. Selalunya pelancong ramai kesana. Kenapa? Eh sana ada makcik jual Nasik Lemak, Bestt. Hari tu dua bungkus saya makan sorang, hehe. Permandangan cantik di kaki gunung tu. Syiuk baa.
Tapi kalau anda bukan seorang pencinta alam. Kaki shoping kaki mall, janganlah kamu kesana. Nda bagus untuk kamu. Carilah tempat lain. Sana barang-barang agak mahal sedikit. Itu hanya pendapat saya. Tapi kalau nak pergi.. Haa silaa..
Sebenarnya kalau hendak dicerita tentang Sabah Negeri Di Bawah Bayu nie, hmm.. Tak cukup satu entri sedara. Aku nda habis lagi berkurapak. Nda apalah lain waktu yaa.. Bab Timur Sabah, pulau-pulau belum lagi masuk kan? Tak apa. Mata pembaca mencemburui kita. Kita sambung lain waktu. Insya-ALLAH kalau kita dijodohkan bertemu lagi.

Till Next Time, JJJ

May 17, 2014

Teguran untuk Kita.

Assalamualaikum sahabat. Apa khabar? Moga sehatlah ye. Yang terlebih sehat tu bawak-bawak bersenam. Biar nampak sikit kita nie ini maju. Bukan perot tu aje yang maju ke depan, hehe. Eh marah? Saya bukan cakap awak saja. Ramai lagi tu. Jangan marah noo..

Satu cerita, tentang saya. Beberapa bulan yang lalu, kawan lelaki saya ada upload gambar beliau di Facebook. Pakai seluar pendek dan tak berbaju. Aurat terbuka sedikit. Jadi saya komen. “Bergambar tu bergambar juga. Aurat tu jaga bang.” Tapi bukan nada memerli atau serius. kawan rapat saya. Jadi banyak bergurau dialam maya nie. Dalam-dalam bergurau, ada tersirat yang betul juga. Antara nampak dan tak nampak, kan.

Nak dijadikan cerita, suatu malam ketika menonton perlawanan bola. Saya keluar ke kedai menonton bersama kawan-kawan sekampung. Saya berpakaian biasa, berbaju t-shirt dan seluar sukan tiga suku. Menutup aurat sedara, hehe. Tapi seluar sukan tiga suku tu bila saya duduk, akan naik sedikit seluarnya sampai kelutut. Nampak macam pakai seluar tak tutup aurat. Kita kebelakang sikit, gambar yang diupload kawan saya tempoh hari, ramai kawan-kawan saya yang lain komen. Jadi masa menonton bola malam tu, salah seorangnya ada dikedai duduk disebelah saya. Awak semua nak tahu apa dia tegur saya? “Bro, duduk rumah ke duduk kedai? Aurat tu. Guane gitu boh?” Sambil ketawa.  Saya pun menjawab sambil tersenyum, “Seluar tiga suku nie, bang.” Saya tahu dia nak bergurau. Tapi menyerap kedalam dijiwa juga tau, hihi.

Nak dijadikan cerita lagi, beberapa malam yang lepas. Saya keluar ke bandar nak makan-makan dengan kawan-kawan. Kawan yang tegur seluar saya tempoh hari ikut juga. Naik kereta saya. Kebetulan saya pakai seluar sukan yang sama. Ditegurnya lagi, “Aii bro, tak tutup aurat ke?”. Jadi saya balas lagi, “Seluar tiga suku, bro. Bila duduk dia naik sikit.” Ketawalah ramai-ramai. Biasalah kawan-kawan, nak kenakan siapa lagi kalau bukan kawan-kawan sendiri, kan? Hehe.



Kadang-kadang ALLAH hendak menguji, adakah kita buat apa yang kita nasihatkan orang. Kadang-kadang juga, kita tak tahu siapa ALLAH akan hantar untuk menegur kita. Boleh jadi kawan kita sendiri. Boleh jadi budak kampung kita yang kita tidak pernah suka. Atas diri kita, penilaian kita dan penerimaan kita untuk menerima dan mendengar. Saya bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang PEKA dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah.  

See Ya !

May 16, 2014

Selamat Hari Guru !!

Assalamualaikum. Hari ini hari apa? Ingat tak kaum lelaki? Temujanji jangan lupa haa.. Eloklah buat perkara sunat hari Jumaat dahulu. Masih awal lagi nie. Hari nie hari special kan. Kutip banyak sikit pahala. Insya-ALLAH.

Ingat tak hari nie hari apa kawan-kawan? 16 May. Jangan buat-buat lupa aa.. Tanpa mereka kita takdak boleh jadi CEO kat mana-mana. SELAMAT HARI GURU wahai cikgu-cikgu sekalian. Terutama sekali bagi cikgu-cikgu perempuan yang cantik lagi bujang, haha. Tak, ini serius. Abg Hafiz masih single trang tang tang nie. Kah.. kah.. kah..

Banyak boleh kita baca daripada keratan akhbar dan internet, banyak yang boleh kita dengar daripada radio, banyak yang kita boleh tonton daripada siaran televisyen tentang guru. Tapi pada zaman sekarang, guru yang keluar di media-media massa bukan kerana jasa mereka tetapi kerana perbuatan mereka terhadap anak murid. ALLAHU RABBI.

Adik-adik apa nie? Apa silap guru adik-adik. Tujuan guru memukul, mendenda kita bukan untuk menyakitkan kita, tau. Tapi bagi tujuan untuk mendidik. Takkan baru tarik telinga dah balik mengadu kat mak bapak. Takkan guru suruh berlari keliling padang dah panggil press buat aduan. Mak bapak pun satu hal. Kita yang hantar anak-anak kita ke sekolah bagi tujuan pendidikan. Supaya mereka belajar, tahu tentang ilmu. Biasalah tu kalau kena denda sikit-sikit. Baru cepat pandai. Kalau asyik dibelai, susah la macam tu. Aduhh..

Saya bercerita nie bukan kerana saya guru. Bukan kerana saya nie salah seorang tenaga pengajar yang bertauliah. Tapi saya sedar, dimana saya berdiri sekarang kerana didikan guru. Tanpa guru saya takkan berjaya sampai ke tahap ini. Tanpa guru saya takkan tahu bumi ini berbentuk sfera bukannya bulat. Tanpa guru saya takkan tahu apa itu masyarakat. Tanpa guru juga saya takkan tahu ejaan Alif Min Nun Wau itu bacanya UMNO bukannya Sarkis. “Alip Min Nun Wau, Alip tendang Wau bunyinya Sarkis..” Kata Sudin. Sekali Pendekar Bujang Lapok daa.. Keh.. keh.. keh..

Sebenarnya kita nie bukan tak pandai berfikir. Tetapi tidak pandai menghargai.  Setelah bertahun-tahun belajar dengan guru, setelah mengambil segala ilmu yang guru curahkan. Melawan guru, memaki guru, memukul guru yang kita balas. Aduhai.. Kita nie ada ilmu ka tidak aninya? Atu saja ka yang kamu pandai?  Atu ka yang guru ajarkan selama ani? Guru tak pernah ajar kan cara-cara melawan ibubapa, cara-cara mencuri, cara-cara memukul orang, cara-cara menipu orang bawahan kita, tak ajar kan ? Semua yang guru curahkan kepada kita adalah ilmu yang berguna. Guru bersusah payah mengajar kita, membentuk modal insan yang berjaya demi kepentingan Negara Malaysia supaya sentiasa aman dan damai. Supaya orang luar tidak boleh menipu kita dengan sewenang-wenangnya. Tapi… dengan pucuk pimpinan kita tertipu. Ohh tak apa, itu cerita lain. Bukan silap guru, hehe.

Tolong adik-adik abg Hafiz yang chomel-chomel. Hormati guru kita. Hargai guru kita. Mereka tidak salah. Cukuplah menyalahkan mereka. Kalau kita tidak pandai bukan silap guru. Tetapi diri sendiri kerana malas belajar. Imam Syafie pernah berkata, “Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”




Jadi ingin saya nyatakan disini, tanpa guru siapalah saya. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya daripada Tadika sampai sekarang. 

Terima Kasih Cikgu. J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...