Assalamualaikum
sahabat. Apa khabar? Moga sehatlah ye. Yang terlebih sehat tu bawak-bawak
bersenam. Biar nampak sikit kita nie ini maju. Bukan perot tu aje yang maju ke
depan, hehe. Eh marah? Saya bukan cakap awak saja. Ramai lagi tu. Jangan marah
noo..
Satu
cerita, tentang saya. Beberapa bulan yang lalu, kawan lelaki saya ada upload
gambar beliau di Facebook. Pakai seluar pendek dan tak berbaju. Aurat terbuka
sedikit. Jadi saya komen. “Bergambar tu
bergambar juga. Aurat tu jaga bang.” Tapi bukan nada memerli atau serius.
kawan rapat saya. Jadi banyak bergurau dialam maya nie. Dalam-dalam bergurau,
ada tersirat yang betul juga. Antara nampak dan tak nampak, kan.
Nak
dijadikan cerita, suatu malam ketika menonton perlawanan bola. Saya keluar ke
kedai menonton bersama kawan-kawan sekampung. Saya berpakaian biasa, berbaju
t-shirt dan seluar sukan tiga suku. Menutup aurat sedara, hehe. Tapi seluar
sukan tiga suku tu bila saya duduk, akan naik sedikit seluarnya sampai kelutut.
Nampak macam pakai seluar tak tutup aurat. Kita kebelakang sikit, gambar yang
diupload kawan saya tempoh hari, ramai kawan-kawan saya yang lain komen. Jadi
masa menonton bola malam tu, salah seorangnya ada dikedai duduk disebelah saya.
Awak semua nak tahu apa dia tegur saya? “Bro,
duduk rumah ke duduk kedai? Aurat tu. Guane gitu boh?” Sambil ketawa. Saya pun menjawab sambil tersenyum, “Seluar tiga suku nie, bang.” Saya tahu
dia nak bergurau. Tapi menyerap kedalam dijiwa juga tau, hihi.
Nak
dijadikan cerita lagi, beberapa malam yang lepas. Saya keluar ke bandar nak
makan-makan dengan kawan-kawan. Kawan yang tegur seluar saya tempoh hari ikut
juga. Naik kereta saya. Kebetulan saya pakai seluar sukan yang sama. Ditegurnya
lagi, “Aii bro, tak tutup aurat ke?”.
Jadi saya balas lagi, “Seluar tiga suku,
bro. Bila duduk dia naik sikit.” Ketawalah ramai-ramai. Biasalah
kawan-kawan, nak kenakan siapa lagi kalau bukan kawan-kawan sendiri, kan? Hehe.
Kadang-kadang
ALLAH hendak menguji, adakah kita buat apa yang kita nasihatkan orang.
Kadang-kadang juga, kita tak tahu siapa ALLAH akan hantar untuk menegur kita.
Boleh jadi kawan kita sendiri. Boleh jadi budak kampung kita yang kita tidak
pernah suka. Atas diri kita, penilaian kita dan penerimaan kita untuk menerima dan mendengar.
Saya bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang PEKA dengan apa yang berlaku.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment