May 8, 2014

Kebersihan Diri.

Haii, pagi nie dah gosok gigi ka belum? Pergilah gosok gigi sikit sedara. Tak cantik sangat udara yang keluar tu. Lagi-lagi kalau perempuan, esh tak senonoh sangat tau. Bukan awak, tu yang dekat negara luar tu. Asal pagi tak mandi tak gosok gigi. Macam mana badan nak bersih. Sehat pun kadang-kadang datang kadang-kadang pergi, ye dak?

Siapa pun kita, tinggi mana pun pangkat kita kalau kebersihan diri tak terurus jangan harap orang nak pandang tinggi. Eh ini bukan main-main. Betul. Yang perempuan tu saya nak pesan, saya nie lelaki. Kalau awak lalu tepi saya dan ada bau yang tak menyenangkan daripada awak, saya tak tengok dah awak tu cantik ka tiptop ka. Saya akan letak awak dalam kategori perempuan tak terurus. Ndak uruss mo layan. Huh.

Terasa ke, saya memang nak suruh awak-awak semua terasa sikit. Lelaki mahupun Perempuan, sama saja. Penilaian orang terhadap kita tu kita kena jaga. Kalau dah diri tak terurus tak terjaga, macam mana orang nak percayakan kita. Kita nak pergi temuduga pun orang suruh pakai yang smart-smart. Sebab apa? Sebab first impression sang penemuduga tu kita nak curi. Nak ambil hati dia. Nak tarik minat dia supaya menilai kita. Kan?

Bukan marah, tapi pesan. Sebab ramai sangat perempuan cantik lelaki hensem kat luar sana. Bila selisih dengan diorang lain pulak tanggapan kita. Pakai la minyak wangi sikit. Jangan muka ja hensem, cantik. Tapi baunya mashem, hehe.

Satu cerita, sewaktu saya berkerja di hospital kerajaan pada tahun 2009 dalam Department Radiologi. Ada seorang wanita berumur 20an datang untuk melakukan pemeriksaan X-ray. Muka dia cantik sangat sedara. Kebetulan saya yang bertugas. Saya suruh dia masuk dalam bilik X-ray dan menyalin pakaian dalam bilik persalinan. Awak-awak semua tahu kan yang bilik X-ray itu tertutup. Hanya ada penyaman udara untuk ventilation. Masa wanita tadi keluar dari bilik persalinan, bukan setakat dia saja yang keluar, sekali dengan bau-baunya yang keluar. Bukan minyak wangi, tapi bau badan. Masya-ALLAH baunya sangat tak menyenangkan. Bayangkan selepas selesai pemeriksaan, saya terpaksa blowkan air-cond dan ambil masa beberapa ketika untuk keluarkan bau-bau yang ada sebelum pemeriksaan yang seterusnya.

Nampak tak, kecantikan muka tak menjamin bau badan. Jaga kebersihan diri. Orang pandang. ALLAH itu cantik dan sukakan kecantikan. Kecantikan bukan bermaksud cantik pada rupanya aje. Tapi merangkumi semua.


Sama-sama kita menjaga kebersihan ye. J

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...