May 2, 2014

Sepupu Ohh Sepupu.

Assalamualaikum. Salam Jumaat saya ucapkan kepada semua. Potong kuku, bersihkan badan dan perkara-perkara sunat yang lain dah buat ka belum ? Masih ada waktu nie. Baru jam 11.02 pagi. Jam saya lah. Waktu Malaysia. Kepada semua kaum Adam yang tak gila, baligh, tak musafir tu, saya nak buat peringatan. Setiap hari Jumaat kita ada temujanji pada tengahari dekat masjid tau. Jangan buat-buat lupa. Yang tak lupa tu jangan pergi masjid duduk bertingguk tepi longkang pulak. Masuk dalam. Jangan dibuat perkara yang sia-sia. Sekadar peringatan untuk kita sesame Islam.

Ehem, awak-awak semua ramai sedara/sepupu/anak buah yang masih kecil ke ?. Mesti ramai kan. Confirm. Kita yang dah kerja, yang dah besar, yang dah sunat kahwin nie takkan tak suka budak-budak kan. Budak-budak kan comel, macam saya, kuikuikui. Masa Hari Raya tentunya meriah bila berkumpul reramai kan. Dengan gelak tawa keluarga kita, kenakalan budak-budak. Uihh, confirm meriah punya.

Tapi yang tak best bila ada dengar suara macam nie, “Abg nak duit rayaa !!”. Part nie tak tipu punya, mesti semua brader-brader dan sister-sister kat luar sana menggunakan kedua-dua belah otak  yangmana otak logik dan otak kreatif dengan cemerlang sekali. Haa awak tu jangan nak jelir lidah. Awak pun sama jugak. Kah.. kah.. kah.

Saya pun macam tu sedara. Awal pagi je ada dekat rumah. Lepas bersalam dengan mak bapak, saya secara automatiknya tidak wujud, hehe. Bukan kedekut, bukan kedekut. Tapi bajet tak sampai. Gile nak tunggu, budak-budak kecik dalam family saya berdozen-dozen. Kalau bagi semua, alamat kena cukur kepala sendiri lah. Kalau yang terjumpa kat mana-mana tu, saya jawab nak duit raya datang rumah. Taktik mesti ada lah machaa.

Budak sekarang dah canggih. Zaman teknologi,hehe. Sekarang baru bulan April. Lambat lagi nak masuk bulan Julai. Tapi saya dah dapat mesej, “Abang bob, duit raya tahun nie jangan lupa. Tahun lepas dah tak dapat”. Alahai sepupu. Kesianlah abang kamu nie, kerja nak sara diri pun tunggang langgang lagi, hehe. Tapi tak apa, kita layan, kita layan. Hati budak-budak jangan kasi kecewa. Bagi harapan dulu. Nanti dah raya kita cabutt. Kah.. kah.. kah..

Cerita pasal sepupu nie, ada satu cerita. Sepupu saya, perempuan. Selalu kalau saya online Facebook, ada kalanya saya tegur dia. Nak berbaik dengan sepupulah katakan. Mula-mula eloklah berchatting. Dia mintak duit raya, saya tepis. Alasan mesti kena mantop. Last-last ditanyanya soalan cepumas. Nah tengok, dah siap printscreen dah.


          Yang ini makin dilayan makin menjadi. Ewah, hehe. Bab-bab kahwin nie allergic sikit. Tapi yang tak boleh tahannya, "Muka je macho tapi takde duit." Alamak den tokonoi eh. Cool Hafiz cool. Control, control. kah.. kah.. kah..


Tapi nasihat saya, kalau yang mampu tu hulur-hulurlah kat budak-budak. Diorang dah penat lelah berpuasa, bagilah upah buat ubat semangat. Biar diorang rasa nak puasa, nak puasa. Sambil-sambil poket kering dapat jugak pahala niat murni tu.  Jangan risau, tak akan jatuh miskin orang yang bersedekah nie. InsyaALLAH.


Ohh nanti saya datang rumah jangan lupa kasi duit raya tau. Saya kan budak kecil lagi, JJJ

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...