Jan 16, 2012

The Awakening.

Intro   :   Err. Aku rase macam blog nie macam bukan blog aku dah. Hari nie baru aku perasan die letak name die Doktor Cinta? Haha. Mengagumkan! Sejak bile die pandai. haha. Puii.


Perenggan Pertama   :   Okey! Setelah sekian lama I.AM.HAFFEZ tenggelam disini, semoga entri ini menjadi entri pertama kebangkitan semula beliau. The revival of Haffez. muahaha. Kalau buat novel tu cantik. heee~ Bukan ape lame tak mengupdate nie, mase tak mengizinkan haku tuk menaip keyboard. Almaklumlah, keyboard dah berdebu empat lapis. Hari nie baru ade peluang tuk program pembersihan. hehe.


Perenggan Kedua   :   Hari nie aku nak kongsi tentang Drug Addict. Kalau bahase kampung die "Rekdik".
Ingat orang kampung tak pandai speaking ke? Cume laen sikit la dari yang betol tu. hehe. Eh oke berbalik pade tajuk. Tadi sebuah syarikat perkapalan menghantar anak-anak buah die buat DNA ( Drug And Alcohol ) test sebelum nak bawak anak-anak buah die belayar ke laut nun. Tapi dalam ramai-ramai ade lah dua orang yang sangkut Pil Kuda. Biasalah kan, dalam banyak-banyak orang mesti ade yang tak mandi kan? Tetapi nya disini, bukan itu yang mahu aku ceritain. Yang menjadi masalahnye. Time diorang disahkan tersangkut Pil Kuda tu, aku yang jaga urin. So, memang muke nie lah yang akan menjadi target rayuan. Adoi mak aihh. Tu yang den lomah tu. Kalau setakat merayu then kite cakap pape hal dengan doktor tu diorang paham tak pe. Nie siap amek urin bawak balik rumah ape kes der? Cakap makan ubat sakit urat? Sekilas ikan di dalam air, sudah ku tahu jantan betinanya. Huh! kan dah berbahase tu. haha.

Okey kepada semua masyarakat diluar sana. Sesebuah pihak yang datang atau yang kamu datangi untuk membuat ujian air kencing ke atas kamu, mereka sudah mempunyai peralatan yang lengkap tuk menilai ketulenan air kencing kamu. Ataupun melalui fizikal air kencing kamu iaitu warna dan suhu. So, tadi aku tahu die bawak air kencing laen. Masok dalam jamban dan gune air kencing tu. Salah seorang menggunakan tektik tersebut dan seorang lagi bajet die lebih hebat dengan mencampurkan air kencing dengan air paip. Tapi diakhir nya kecundang ditengah jalan. puii. Dengan aku cakap makan ubat sakit urat. Masok dalam bilik doktor cakap terminum air member. Heh. Sudahlah terang lagikan bersuluh.

*** XY Pills ***








Perenggan Ketiga   :   Yang nie aku nak announs bahawasanya penulis blog aku dah bertambah soram lagi. mR.sMiLe. An? an? an? Ye lah. Yang nie pom aku baru perasan tadi. Uihh. Punya lah lama aku tak masuk aku punya blog nie sampai tak tau papa langsung. hehe. Oke welcome to mR.sMiLe! haha.

**This is Our mR.sMiLe**














Perenggan Keempat   :   Ohh sebelum terlupe. Lupe nak kenalkan soram lagi. Doktor.Cinta. Menyampah aku bace name. haha. Tapi sebagai penghargaan beliau.  Ha yang kat bawah tu adik sepupu aku. Nama dirahsiakan sebab aku pom tak tahu nama sebenar die. Aku cuma panggil die Na je. Ringkas. Tu je. tak boleh panjang-panjang. hahaha
** Doktor.Cinta **










Perenggan Terakhir   :   Akhir sekali aku nak mintak maaf banyak-banyak kat someone sebab menfitnah beliau dalam hati aku. Aku tak tahu hal yang sebenar selama ini. So, setiap hari aku kutuk die dalam hati aku. haha. So sory ye sedari. Hari nie aku dah tahu perkara sebenar. So, May Allah bless U Always! Aku doakan kau bahagia setiap hari dan dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat. Banyaknye so aku. hehe. So, so lagi. Oke aku blah dulu yep.


Nota Kaki : Bertimbang rasa sesama manusia. Fahami bidang atau skop kerja seseorang. Jangan hanya mementingkan diri sendiri sehingga boleh menyusahkan orang laen. InsyaAllah.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...