Jan 18, 2012

Lelaki Teruna

Ehem. Fiweeetttt! haha!



Assalamualaikum.
Ehem. Sound cek, sound cek. hehe. Ha nie chek nak habaq sikit kat angpa suma. Tadi chek ada terbaca kat blog. Eh blog la kot. Chek pom tak pasti blog ka apa tapi memang chek ada baca. chek tak tipu na. Chek siap copy lagi tuh. hehe.

Depa ada duk tulis ciri-ciri Lelaki Teruna. Bukan dara nah. Dara tuk wanita sahaja. Ini kajian, bukan kompem one hundred percent betoi. Atas angpa suma nak caya ka tak. Chek cuma nak habaq ja.

Ini yang depa duk kata ciri-ciri lelaki teruna.


  • Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.
  • Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya   memberikan reaksi bersahaja.
  • Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.
  • Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.
  • Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.
  • Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.
  • Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.
  • Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.
  • Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.

Ha nampak tak? nampak tak? Chek dah habaq dulu lagi dah. Mesti ada lelaki yang baek dalam dunia nie. Angpa tak mau caya. Angpa anggap lelaki suma sama. Baca kat atas nun.

Agak-agak angpa lah. Chek ada tak ciri-ciri macam kat atas nun? Ada kan? Well. Rugilah sapa tak kenai chek. haha. Dok ehh. Chek gurau jah. hehe.

Lepas nie angpa buleh la intai-intai, usha-usha lelaki-lelaki disekeliling angpa. Kawan sekelas angpa ka, kawan sekerja ka. Kita tengok depa masih teruna ka tak. Kita tengok mata depa terbujuq tak tengok pompuan seksi depan mata depa. Kalau chek la, chek rela tunduk tau. haha. Bukan nak kata la. Kalau kat tempat keja chek tu, ibarat kata chek lah wanita dan yang laen tu lelaki. Bikin maluu! hehe.

Lepas nie buleh la kita pakat duk bikin filem Aku Masih Teruna. haha. hebat tak? 



Nota Kaki : Untuk semua sahabat. Nilai dari seseorang itu ditentukan dari keberanianya memikul tanggungjawab, mencintai kehidupan dan pekerjaannya. Paras rupa bukan kepentingan, isi dalaman menjadi taruhannya. Fikir-fikirkanlah. Salam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...