Aug 1, 2012

Sikap Warga Malaysia Sekarang.

Aku bukan nak kutuk warga negara aku sendiri. Tak kira Melayu, Cina, India atau papelah. Aku bercakap atas dasar sifat keprihatinan. Malam tadi lepas aku balik kerja aku terus pergi ATM tuk keluarkan sedikit duet.

Lepas aku keluarkan duet dan berjalan pulang ke rumah, aku nampak tiga orang pemuda yang tengah bawak bagasi alatan menukang kalau aku tak silap. Yang sorang tu letak bagasi tu atas bahu. Diorang baru nak naek tangga bergerak kat sebuah Mall. Kat belakang mereka ramai warga Malaysia beratur nak naek jugak.

Mase aku baru nak lepasi tiang besar, aku dengar suara manusia ibarat dalam kesusahan. " Eh eh eh." Suara ala-ala kalut sikit. DAN aku nampak pemuda yang bawak bagasi kat atas bahu tu tengah cibit bagasi tu macam nak terlepas. Memang nak terlepas pom. Kaki atas tangga, tangan yang pegang bagasi tu kat tepi selepas pemegang tangga bergerak tu. Kalau terjatuh memang berkecai bagasi tu. Semua orang kat belakang dia berundur sambil buat muka terkejut. Naseb baek baru naek 2 3 mata tangga.

Kawan die tak dapat nak tolong sebab dah jauh kat atas. Tinggal die sorang terkontang-kanting menahan bagasi tu daripada jatuh sambil mengundur. Kesian aku tengok.

Yang aku peliknya, kenapa orang kat belakang die tak dapat nak tolong langsung? Takut tangan kotor? Yelah bagasi tu nampak kotor sikit. Semua pakat buat mula terkejut. Kaget kat tempat masing-masing.

Aku pom mempercepatkan langkah tuk ambil bagasi tu. Alamakaihh. Berat dowhh. Nak melecet jugaklah tangan aku nie. Lepas tu baru pemuda tu turun daripada tangga bergerak tu. Tadi dia xdapat nak turun sebab kasut die tercabut, bagasi berat campur kalut sikit. Aku pasti dalam hati die mesti berharap sangat ade orang tolong sambut bende kat tangan die tu.

Lepas die turun dan pergi kat aku, dia bersuara. " Bang, sori bang, berat. Tak boleh imbang. Terima kasih ya."
Laa. Mat indon rupanya. Aku tanyalah sepatah dua oke ke tak. Dia cakap okey cuma tangan dia kebas sikit.

Bagasi die tu berat dalam 5 6 kilo kot. Tapi, jika dah lama angkat sesuatu nie, benda yang ringan pom boleh jadi berat. Kalau tak percaya tanya lah Abg Ben Ashaari tu hari-hari angkat besi. Mesti dia tahu keadaan macam mana. Tak gitu Abg Ben?

Bila aku tengok manusia-manusia tadi naek tangga bergerak tu, semua buat-buat tak nampak. Begitulah sikap warga kita ya?

Aku tepuk bahu dia dua kali, pesan suruh hati-hati dan aku blah. Aku tengok atas kawan dia angkat tangan tanda terima kasih.


Nota kaki : Walaupun siapa pom dalam kesusahan, kita yang terdekat nie hulur-hulurlah bantuan sikit. Jangan buat tak tahu je. Kate Satu Malaysia. Tak kan nak buat hal masing-masing je? Nanti mati kita nak gali kubur sendiri dan kambus sendiri ke? Fikir-fikirkanlah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...