Apr 28, 2014

Sabar itu Perlu.

Kadang-kadang hidup tak pernah sama apa yang diharapkan, kan ? Kita dah plan baik punya. Tapi tiba masa tak jadi. Lepastu mula salahkan apa yang boleh disalahkan. Kalau kucing yang lalu kat depan time tu, kucing tu kita salahkan. Nie wa cakap sama luuu. Apa yang plan tak jadi mesti kita melenting lah walaupun kita-kita je tahu. Kan ?. Haa.. jangan nak buat-buat angkat bahu. Saya nie pun manusia macam awak-awak semua. Aik, jangan marah jangan marah. Nanti kedut-kedut muka yang comel tu, hehe.

Okey okey jangan marah jangan marah. Kita bincang kita bincang. Macam mana rezeki nak masuk kalau asyik nak marah je. Nak melenting je. Nak sentapp je. Nak melantun je. Cuba sabar. Kan manis macam tu. Senyum sikit. Alahai manis, hehe. Kan sabar itu sebahagian daripada iman. Haa..

Cuba kita pandang kebelakang. Jauhhh. Teliti balik. Apabila sesuatu yang kita plan tapi tak jadi dan jadi benda lain tuu, apa salah kita. Silap kita. Kita nie kalau jadi apa-apa mesti kita nak salahkan orang dulu. Jarang bebeno nak salahkan diri sendiri. Jangan salahkan orang. Mungkin salah kita tapi kita tak nampak. Sebab masa tu kita nak marah kan ? Manusia time marah, bukan dia jadi diri sendiri tau. Dia dah berkawan dengan syaitan. Haa nak ke ? Saya taknak. Baik saya berkawan dengan orang utan dalam hutan serba canggih nie. Terhiburlah jugak hati tengok gelagat dia.

Awak-awak semua nak tahu tak ? ALLAH selalu menguji hambaNYA yang beriman. Ohh dah tahu ? Dah tahu kenapa marah ? Haa iman tak kuat yee, hehe. Sebab itu wujudnya sabar. Jangan biarkan amarah tu menguasai minda, hati dan jiwa kita. Lama-lama lekat sikap panas baran baru tahu. Tade sape nak kawan. Nak ke ? Haa tak nak tak nak.

Jadi lepas nie kita sabar boleh ? Together gether. Jika saya marah awak-awak tegur saya dan jika awak-awak marah saya lempang awak-awak semua. Deal ? kah.. kah.. kah..

Lepas semua yang jadi tidak mengikut plan kita, kita sepatutnya nilai balik apa hikmah yang ada. Mungkin plan kita tak sesuai. Jika plan kita nak pergi berkelah di air terjun dan tiba-tiba hujan. Tak jadi pergi. Mungkin jika tak hujan ada perkara buruk yang berlaku. Lemas ke jatuh ke. Ehh bukan mintak, itukan contoh. Jep Sepah pun selalu kata macam nie, hehe. Anggaplah kita nie pensel. Hanya mampu merancang. Serahkan pemadamnya pada ALLAH. DIA sebaik-baik perancang. Alah ayat nie dah biasa dengar lah Hafiz oii !. Dah tu kenapa marah bila semua tak jadi ? Dah tahu buat cara tahu. Jangan jadi kayu.

“Aikk, ayahanda marah ? Oleh kerana ayahanda marah, seluruh harta ayahanda anakanda rampass !”. Tiga Abdul. Keh.. keh.. keh..


Gunakan akal fikiran dengan sebaiknya. Jika betul cara kita menggunakan anugerah terhebat ini, pasti amarah takkan datang menyerang. Believe or not ? Believe it ! JJJ

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...