Hai hai haii semua.
Amboii ceria sangat Abg Hafiz nie. Ehh bukan, hidup nie MESTI kena ceria,
MESTI! MESTI! MESTI!. Walaupun hari yang kita lalui tu perit sangat. Tapi bukan
selalu kan ? Manusia mana yang hidupnya sengsara twenty-four-seven ? ade ? Habaq maii sini. Tak ada tuan-tuan
puan-puan. Walau sengsara bagaimanapun hidup seseorang, mesti ada harinya dia
bahagia. Sama macam kita, walaupun kita arif dalam sesuatu perkara mesti ada
satu ketika kita ada lakukan kesilapan. Disitu kita akan faham apa itu MENGHARGAI.
Hey camonlahh, senyum shikit, hehe.
Tempoh hari saya ada berkunjung ke klinik teman kawan
ambil ubat. Terjumpalah dengan sahabat lama masa sekolah dulu. Uihh seronok
tuan-tuan. Apa tak seronok diungkitnya kisah sekolah dulu, kan. Masa itulah terfikir
balik. Tak cerdiknya aku dulu, hehe. Time
kelas English main-main. Buat perkataan English sendiri. Haii budak-budak, mana
nak sedar akan kepentingan bahasa asing. Cikgu mengajar lain kat depan, kita
duduk buat kamus sendiri kat belakang.
Tapi bila dinilai dari sudut lain perspektif lain, apa
yang kita belajar dalam kelas tak buat kita ketawa tau. But memories with friends do. Bukan nak ajar adik-adik buat bodoh
dalam kelas, tak pedulikan apa cikgu cakap. Tapi sekali sekala bunk your class with your friends. Tapi
! Bukan untuk pelajar-pelajar sekolah. Rendah mahupun menengah. Ini untuk siswi
dan siswa saja, hehe. Sebab dekat universiti atau kolej, ada kelas ulangan tau.
Kat sekolah mana ada. Jangan duk pandai-pandai nak ponteng. Abg Hafiz tak ajar
aa..
Sahabat saya tadi dah kahwin, ada anak sorang dah pun.
Lelaki. So, saya saja je nak sakat anak dengan mak bapaknya sekali. Saya tanya
anak sahabat saya tu, “ Hai handsome,
what is your name?” Alah budak 4 tahun, mana nak faham lagi omputih nie.
Saya saja nak bergurau. Tanggapan saya. Tapi tetiba “ My name Muhammad Hafiz.” Err, saya terkejut. Sahabat saya dah
senyum-senyum kambing dah. Alahai nak sakat orang kita yang terkejut.
Nampak tak kawan-kawan, apa jua ilmu sekali pun kalau
diisi sejak kecil akan meresap sampai bila-bila. Anak kecil nie diibarat kain
putih. Kita yang besar nie bertanggungjawab bagaimana nak mencoraknya. Kamu
kamu jelah. Saya masih kecil, hehe. “
Ibarat kain putih, yang suci dan bersih. Terpulang bagaimana untuk mencoraknya.
Berikan mereka didikan agama kelak bila dewasa jadi insan berguna”. antara
lirik lagu Permata Keluarga nyanyian Kumpulan UNIC. Ehh awak awak semua mana
layan Nasyid kan. Alahaii zaman sekarang, kesian. J
No comments:
Post a Comment