Apr 27, 2014

Perjuang Mesti Diteruskan !

            Hai, selamat berhari – hari saya ucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Ada anak-anak perempuan yang cantik-cantik dan masih single tu kenal-kenalkanlah kepada anak teruna sorang nie, hehe. Takdelah desperate sangat, tapi itu salah satu caranya, kan ?

            Zaman sekarang nie susah kan ? Bila ditegur emak atau bapaknya, dikatanya mahu mengambil hati tunjuk baik. Eh bang oii, kan manis bila menegur orang yang lebih tua daripada kita. Nampaklah kita nie orang yang tahu menghormati orang yang lebih tua, ye dak ? Walaupun kita nie nakal, tapi biar orang nampak kita bersopan. Lama-lama jadi sopan la kita. Tak gitu ? Practise make perfect. Ininya idak, bila berjalan tangan duk sibuk pegang handphone. Hanis Zalikha lalu sebelah pun tak perasan. Bukan saya, awak awak tuu.. haa.. jangan marah jangan marah. Senyum sikit. Kan manis tu, hehe.

            Sejak kebelakang nie, ramai yang sedang frust menonggeng. Angkara apa pulak Abg Hafiz oii ? Angkara apa lagi, sudah tentunya cinta. “ Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan, walau pedas hingga menitis air mata, masih mahu dimakan juga “. Nyanyian pelakon komedi Saiful Apek dan Yusri KRU di bus stop dalam filem Lady Boss. Ingat ? Cerita melayu mana kitorang layan Abg Hafiz oii.. Amboooi uolllss. Mat saleyy lah sangatt, hehe. Saya pun tak layan, tapi hari tu adik abg pasang. Jadi abg tertengok sekali laaa. Haa jangan marah jangan marah, hehe.

            Sebab tu orang selalu pesan. Jika bercinta itu memudaratkan kamu, maka putuskan. Tapi jika cinta itu membuat kamu kearahNYA, maka teruskan. Zaman sekarang bila bercinta mulalah hilang panggilan awak saya. Yang timbul mama papa, sayang abang, boboi gegurl, eh banyak lagilah. Segan pulak nak list panjang-panjang. Bukan saya yang macam nie, awak tu haa. “ Eh melantun ? Bukan melantun, sentapp “. Kata Tiger dan Grainn dalam filem Hantu Kapcai. Melayu lagi Abg Hafiz nie. Eh saya memang orang Melayu, sapa lagi nak sokong hasil titik peluh anak melayu jika bukan orang melayu macam saya. Hihi

            Sebenarnya bercinta itu boleh. Tapi berpada-padalah. Ini baru bercinta, berjanji bagai nak rak. Nak kesitu nak kesini nak kesana. Nak itu nak ini. Nak anak ramai nie. Ehh terlebih pulak, hehe. Bila bercinta, jangan tanam angan tu tinggi sangat. Jangan berjanji, jangan tanam trust, orang melayu kata Kepercayaan. Haa jangan tanam kepercayaan tu dalam sangat. Bang adik kakak oii. Baru bercinta yang tade ikatan yang sah. Yang pergi tanam dalam-dalam tu kenapa ? Bersederhana sudaa. Baru bila pasangan lari kita tak menonggeng.

            Biar bila berpisah tu kita rasa senang. Senang kenapa pulak Hafiz oii ? Dah putus takkan tak sedih Fiz ? Iye betol sedih. Saya pun sedih bila berpisah dengan orang yang saya sayang. Maksudnya “ POSITIF”. Positif nie bermaksud fikiran kita tentang sesuatu yang berlaku dengan cara yang betul. Mungkin dia bukan jodoh kita. Mungkin juga bila kita bersama dia, kita akan lupa diri, atau menyusahkan kita tanpa kita sedar. Dan yang paling penting, mungkin ini berlaku sebab Yang Maha Esa hendak menguji kita. Lepaskan bang adik kakak. Lepaskan dengan hati yang terbuka. Redho . Doakan kesejahteraan dia. Itu sebenarnya yang terbaik.

            Mentang-mentang sekarang ini zaman teknologi dihujung jari, bila ada masalah sikit “UPDATE”. Bila marah sikit “TWEET”. Bila bahagia, shoot gambar then “INSTA”. Oitt salah tu bang adik kakak. Itu menambah lagi masalah. Tau. Zaman sekarang zaman fitnah berleluasa. Zaman tindas menindas. Jangan biarkan orang lain tahu masalah peribadi kita, itu kelemahan kita. Jangan dibuka pekung didada.

            Bila sedih, kecewa datang mengundang, berdoalah kepadaNYA. InsyaAllah dibantu. Cari sahabat yang boleh dipercayai, luahkan. Jangan pendam sorang-sorang. Benda yang panas, bila digenggam lama-lama, boleh melecur tangan kita. Kita passing, barulah tak melecur. Tak gituu ? hehe.


            Ingat, kita dilahirkan didunia fana nie bukan semata-mata untuk bercinta sesame manusia saja. Banyak lagi tugas kita. Fardu Ain, Fardu Kifayah yang dituntut kita buat tak ? haa.. Fikir-fikirkan. Teruskan Perjuangan. JJJ

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...