Hohoohoii.
Solamat pagi. Eh pagi lagi ke ? Esh masih pagi lagi nie encik-encik dan cik-cik
semua. Haa pagi tadi bangun subuh tak ? Haa menggelabah menggelabah, hehe. Saya
gurau je. Mesti bangun semua nie. Confirm
confirm. Passsti. Yang terlepas tu cepat-cepat taubat. Sementara masih ada
waktu.
Nak jadi insan yang Berjaya, modal
insan yang cemerlang MESTI, WAJIB tak tinggal solat lima waktu, InsyaALLAH.
Solat lima waktu adalah kunci segala-galanya. Daripada rezeki sampai kepada kejayaan
didunia mahupun akhirat. Okey subuh tadi pukul berapa ? Haa.. haa.. haa..
tengok apa tu, takwin islam ke ? hehe. Abg Hafiz nie macam tak percaya orang
jee. Alah, abg gurau jelahh. Jangan ambil hati ye. Pagi-pagi kena senyum. Baru
rezeki mudah masuk.
Tempoh hari saya ada ke satu tempat.
Kawasan riadah gitu. Mana tu ? Air terjun. Best. Sejuk. Hampir enam bulan saya
berkerja di Tasik Kenyir nie, ini first
time saya bawak kawan-kawan sekerja saya pergi beriadah di air terjun.
Dekat-dekat sini je. Bertolak seawal 10 pagi dari sini. Amboii awal ke tuu ? Eh
awal la tu. Awak-awak semua nak ke mandi air terjun pepagi buta nie, sejuk bak
hang. Sebenarnya benda nie tak dirancang. Pukul sembilan masing-masing buat
keputusan nak keluar. So saya bagi
cadangan, “Apa kata kita pergi air
terjun?”. Masing-masing setuju. Then
terus gerak. Plan last minute nie
mantopp, hehe.
Sampai kat air terjun dalam pukul
12.30. Eh jauhnye Encik Hafiz ? Mana ada jauh, kitorang berenti beli bekal
makan. Dalam sana kitorang nak kedarah apa kalau tak bawak bekal kan, hehe.
Sesampainya kami disana, nak masuk parking
dicas tiga ringgit. Sebab bawak Van. Biasalah ramai, tujuh orang. Okey kira
biasa sebab kat mana-mana parking
berbayar. Lepas parking nak masuk
dalam kena bayar lagi dua ringgit satu kepala. Uihh, masuk Pavillion tak bayar
pun.
Hafizz, takkan kena bayar sikit tu
pun nak berkira. Kedekut sangat awak nie. Bukan berkira kakak oii. Kalau
berbaloi tak apa. Nie tengok kiri sampah. Tengok kanan sampah. Depan tak
teratur. Yang cantik cuma dekat pintu masuk tu. Haih mana boleh macam nie.
Macam mana tempat nie nak maju. Berbayar tapi tak terurus. Sekurang-kurangnya
bagilah terurus sikit. Tangga-tangga yang ada tu simen baru. Dah berlumut enam
inci dah. Kalaulah budak-budak atau wanita mengandung atau sapa-sapalah yang
lalu dan tergelincir. Haa, sapa nak jawab ? “Keselamatan
anda adalah tanggungjawab sendiri”. Signboard dia gedabak tulis nie. Tak
boleh salahkan dia, tak boleh salahkan dia. Inilah Malaysia. Bukan nak kutuk,
apa lagi jatuhkan. Tapi bagitahu. Yang mana cantik, ambil dan gunapakai. Yang
tak sesuai, abaikan. Simple.
Tapiiiii,
yang bestnya air kat sini cantik. Jernih. Sejuk. Kitorang pergi hari Ahad.
Dalam fikiran saya, ahad mesti tade orang sebab kerja. Tapi meleset. Nak parking pun susah. Bayangkanlah ramai
mana. Cuti umum, hehe. Nak mandi pun cek kena beratoq abang kakak oii. Yang
paling penting kalau sampai kat air terjun nie, tak kisah lah kat mana-mana
pun. Bawak goggle. Sebab pa plak Apih
oiii ? Haa nak tahu rahsia tak ? Bila pergi air terjun, menyelam pakai goggle. Lepas tu awak-awak semua tahulah
apa yang ada kat dasar sungai tu. Sampah melambak, hahaha. Alah saya gurau jee.
Bila pakai goggle, pandangan akan clear. Masa tulah nampak kebesaran
ALLAH. Ikan-ikan banyak. Ibarat duduk dalam aquarium.
Uihh padu bak hang.
Okey
okey. Saya dah tak kutuk dah. Sekadar luahan. Tak kisah bayaran. Tapi mesti
kena berbaloi. Baru orang selesa, hehe. See
you ollss around ! J
No comments:
Post a Comment