Apr 29, 2014

Badan Masti Mau Jaga Maa.

Eh berjumpa lagi kita ya. Ada jodoh niee, hehe. Sehat kah kita ?. Alhamdulillah, sehat kan ? kan ? kan ?. Bawak-bawak lah pelihara sikit badan kita yang tegap nie, yang cantik nie, yang tiptop nie. Tade lah telebih kulit nanti, hehe. Jangan duduk terperap kat rumah tonton wayang Korea aje. Tak berubahnya kita jadi macam diorang. Plastic je semua tu. Eh terasa ke ? Bukan awak, bukan awak. Tu yang duk kat Monaco tu. Jangan perasan ye.

Ada satu kisah, teman saya. Masa kat sekolah dulu punyalah tegap badan. Macam orang pergi main besi. Main besi ? Eh tak tahu ke ? Main gym lah. Yang angkat-angkat besi tu. Tapi dia tak main gym pun. Duduk kat hostel. Sama macam saya. Kat hostel mana ada gym. Anugerah daripada ALLAH.

Sekarang bila jumpa balik, badan dah macam Badak Sumbu. Terkejut jugak saya. Yelah dulu masa kat sekolah dia makan banyak mana pun badan dia tak akan naik. Sebab dia ahli sukan. Macam-macam sukan dia main. Tapi sekarang dah macam makan serbuk penaik dah, hehe. Saya tanya lah dia apa yang dia makan sampai aktif sangat ternak lemak nie. Dia cakap dia makan macam biasa, tapi duduk terperuk kat rumah je. Laaa.. macam mana tak naik badan tu. Esh esh eshhh.

Zaman sekarang. Duduk rumah pun boleh buat kerja. Yelah zaman teknologi dihujung jari. Pakai sent kat email aje. Tak boleh lah macam tu awak-awak semua. Tak sihat nanti kita macam tu. Sehari buat senaman 30 minit pun jadi kalau dah malas sangat. Janji keluar peluh tu. Tak ade lah badan tu kembang nanti. Kalau kembang kite cool tak apa. Ini bila jadi macam tu heboh satu kampung. Bukan setakat kampung. Orang dekat Australia pun tahu. Eh kenapa plak Fiz ? Zaman teknologi, hehe. Sendiri paham lah.

Mesti macam-macam cara yang kita buat kan, untuk jaga badan daripada naik. Ada yang ambil supliment, ada yang diet, macam-macam lagi lah. Tak salah sebenarnya. Bagus la tu, orang kata ada juga usahanya. Yang saya nak sentuh sangat bila diet. Kita ada check tak yang diet kita buat tu betul ke idak. Takut-takut nanti tersilap step, daripada nak jaga kesihatan langsung jadi penyakit. Haa bahaya tau. Diet bukan bermaksud tak makan langsung. Tapi makan makanan yang berkhasiat sahaja. Haa menggelabah menggelabah. Bukan awak-awak semua. Saya tahu awak-awak semua amalkan diet yang betul. Yakin.


Kalau betul-betul nak diet, dapatkan nasihat atau belajar cara diet yang betul daripada orang yang betul. Bukan daripada jurujual. Diorang main sebat je. Yelah nak majukan produk diorang. Tanya doktor atau pakar diet/pemakanan. Lepas tu baru diet. Tau, nanti dah Berjaya bagitau saya. Nanti saya poskan ucapan tahniah. Ops sebelum terlambat. Sesiapa yang dah Berjaya, tahniah la saya ucapkan. Syabas gangster, hehe. J

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...