Feb 22, 2014

They Got Married.

Agak lama juga kan saya ndak mengupdate ini belog. Ndapapa bah. Small da pieces. Opss ! Terkeluar nah Sabahku, hoho. Biasalah, cerita terbaru nie berkenaan orang Sabah. Jadi bahasa pom jadi lain jua ani. 


Haa ! Ini Ceritanya. Ini kakak aku. Yang sebelah die tu opkos la suaminye, hehe. Ceritanya ani berlakunya di Negeri Dibawah Bayu ba. Tanggal 10 December 2013 bersamaan hari Selasa. Tahun lepas tau. Tapi baru ade kesempatan untuk dikongsikan dengan korang semua.

Amalina dan Aizat. Double A. Yang aku tahu, hanya keluar bersama sebanyak lima kali sahaja semenjak mereka bertunang. Sebelum tu tak pernah rasanya. Bagus. Baru orang panggil cinta selepas nikah. Ye dak ?

Apa apa pom aku bersyukur kerana majlis kakakku berlangsung tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Walaupun pada hari berkenaan teramatlah penat. ( acting penat mane tahu tuan punye badan baca, boleh jugak upah, hehe. )

Ohh, ade yang menarik minat aku selamat majlis 3hari 3malam atu. Iaitu budaya orang disana dan juru kamera kakakku. Fuhh, penat melayan bos. Dalam bahasa Terengganunya " Dok dang nok epek boh. "

Budaya orang disana sangat menarik. Disemenanjung kebiasaannya majlis akan berlangsung selama satu hari satu malam. Tapi disana, tiga hari tiga malam.  Ada Empat majlis utama iaitu Nikah, Mengelupis, Berinai dan Bersanding.. Majlis kakak berlangsung pada 10hb, 14hb dan 15hb. Asalnya 13hb, 14hb dan 15hb. Tetapi oleh kerana ade sesuatu yang tidak dapat dielakkan, maka tarikh Menikah diperawalkan. Maka masalah pom berlaku kepadaku kerana tiket flight aku pada 12hb. Oleh sebab yang demikian, terpaksalah aku menukar tarikh kepada 9hb. Dalam bahasa yang mudah, membeli tiket lain, hehe. Kena main aku dengan Si Shukri. Tapi tak ape, aku dah kena main jadi aku mainkan pulak kakak aku dengan si Shukri ini. Aku cakap flight aku turun 12hb. Aku tak cakap aku balik 9hb. Maka semua terkejut bila aku balik, haha.

Ok berbalik kepada majlis. Majlis Pertama ialah Menikah. Semua tahu kan, jadi tak perlu diceritakan kerana semuanya selamat.


Rasa macam nak menikah jugak nie, hoho. 


Yang baju kuning nie abah aku. Ini baru Gentle nikahkan anak, hehe.


Haa, yang berbaju kuning kuning oren dan bertudung oren itu Ummi kesayanganku.

Majlis Kedua adalah Mengelupis. Orang Semenanjung jarang dengar kan ? dan mungkin juga tidak tahu. Oke, Mengelupis nie macam ketupat. Pada siangnya, orang reramai datang menganyam Kelupis nie.


Ani nya bah Mengelupis. Macam di Semenanjung kita menganyam ketupat. Lebih kurang la tu, hoho. Pada malamnya pulak, acara Mendadih akan dilakukan. Iaitu Kelupis yang dianyam tadi akan dimasak didalam kawah untuk dihidangkan pada esok hari dalam majlis Berinai. Got it ? Biasala aku, bab bab memberi keterangan nie kureng sikit.

Majlis yang seterusnya sama seperti di Semenanjung iaitu Bersanding, menjadi Raja Sehari. Aku rase itu sahaja kot untuk entri nie. Nanti ade nasi tambah kita tambah lagi ya ? hehe.


Semoga Berbahagia ya Kakak !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...