Apr 3, 2013

Dia seorang FOTOGRAFER.

Seorang kawan. Dia seorang fotographer bertauliah sama seperti aku dan kawankawan yang lain. Dulu ada membentuk satu kumpulan Fotografer. Aku yang bertanggungjawab memilih ahli. Aku sengaja tidak memasukkan namanya dalam kumpulan itu. Kerana apa ? Kerana aku dah boleh baca perangai dia semenjak di Batu Buruk Beach Resort dulu.

Dia memang berbakat dalam bidang fotografi. Aku memang respect. Solute bro. Tapi aku tak berkenan perangai dia. 

Aku bukannya kejam tak mahu masukkan nama dia. Tapi naluri kata jangan dulu. Cewah. Biarkanlah. Perkara yang lepas jangan dikenang.

Tapi sekarang selepas beberapa bulan, aku nampak perkembangan dia. Sangat Mantop, Bro. Dia memang berbakat. Bukan saja komposisi gambar yang mantop. Malah, teknik editing dia pun sangat membanggakan. Kalaulah dia bukan dia. Wow, aku dapat bayangkan yang "Syndicate Photo Youth" dapat berkembang lebih hebat lagi. 

Papepun, tahniah bro. Gua bangga sama lu walaupun perangai lu macam harem. Gua bangga cuma pada bakat lu je. Tak lebih tau. 

Sahabatsahabat pembaca sapa yang ada majlis perkahwinan dan masih kaburkabur dengan fotografer boleh PM gua. Kita boleh hantar beliau atas dasar Profesionalism. Gua jamin korang semua akan berpuas hati.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...