Nov 9, 2011

Kecelakaan Lebuhraya.

  " Bro, Honda EK tu asyik cucuk angin kau je sejak tadi aku tengok. Kau tak panas ke?" Din bersuara antara dengar dan tidak, tenggelam dek bunyi angin dan bunyi ngauman exzoz charade aura biru metallic di atas Lebuhraya Pantai Timur, Ajil - Dungun.
  " Panas? ha aku lagi panas ingat pasal powerwindow nie mainkan aku tadi." Spontan jawapan ringkas keluar tanpa berfikir panjang. Tengahari tadi setibanya di Terengganu dari Pahang, Powerwindow sebelah pemandu tidak boleh dinaikkan. Cuaca mendung yang amat merumitkan keadaan sampaikan hampir satu kampung datang tuk naikkan tingkap nih. Nasib baik tingkap nie takut kat pomen kedai tu. Kalau tak melayan duet aku.
  " Kalau aku la, aku dah jatuhkan gear, tekan minyak biar EK tu makan asap sikit. Dia ingat enjin kereta nie kayu ke ape?" Din lagi bersuara nada memerli.
  " Aii Din, macam kaso je bunyinye." dalam hati aku dah ade api sikit nie. Sepupu aku kat belakang slow-slow bersuara.
  " Kereta nie tadek minyak kot."
Vrooooooooommm!
  " Hah! Proton Wira pulak? Siap blow kat kau Fiz? Kalau aku kejar!" Kepala Din sedikit dinaikkan untuk melihat kereta Wira putih dihadapan.
Gear 4 dijatuhkan lantas pedal minyak ditekan sekuat-kuatnya. Bunyi ngauman enjin kedengaran dicampur ngauman exzoz Charade Aura yang memberangsangkan. Amat membingitkan.
  " 120.."
 " 130.."
  " 140.."
  "150.."
  "160.."
Sepupuku menyebut jarum yang melalui meter dihadapanku. Kereta EK masih berada belakang keretaku. Rapat. Aku tersenyum. Wira ketinggalan dibelakang beberapa buah kereta selepas EK dibelakang.
  " Nie baru kereta. Joki maut. Pantang dicabar. Penuh emosi, wawasan, penampilan dan ketrampilan." Din membuat nada memerli bersama gelak ketawa dengan sepupuku.
  " Joki maut palo otok mun. Tengok member aku kat belakang tu? Siap bagi high beam lagi." aku bersuara. Honda EK berwarna putih dibelakang milik kawanku membeli lampu tinggi menandakan keretanya mampu di'accelerate' lagi. Lantak lah kau. Kau kereta ape aku kereta ape.
  " Tengok kereta la, Bro. Enjin jangan cakap la. Enjin Daihatsu nak lawan enjin Vtec. Jauh." Din bersuara lagi menjawab soalanku. Kereta masih meluncur laju. Wira masih tidak berputus asa. Makin laju, makin  menghampiri keretaku.
  " Aiseh. tak boleh nie Din." Aku melepaskan tunjalan pedal minyak untuk memerlahankan kereta, lampu signal diberikan bagi memasuki lorong kiri diikuti kereta EK dibelakang. Kereta Wira masih meluncur laju memotong kereta aku. Hon diberikan, lantas aku memberi High Beam kepadanya.
  " Gile ke ape mamat yang bawak Wira tu? Dia tak nampak ke depan tu ade satu lorong je? Jalan buzy macam ni. Nak mati ke?." kata-kata ku ibarat mulut disaluti garam. Belum sempat mata berkelip..
Sreeettttttttt! banggg!
  " Allah, Din, Wira tu eksiden la woii!" suara dinaikkan 6 bar.
  " Berenti, berenti, berenti. jangan berenti dekat. Berhenti kat sini dulu jup." Din memberikan arahan. Aku memberhentikan kereta lalu keluar daripada kereta. Honda EK turut berhenti dan kawanku keluar daripada kereta tersebut.
  " Kawan kau ke Wira tu?" aku bertanya Safwan, pemilik kereta Honda tersebut.
  " Eh bukan. Kawan aku takde nye giler macam dia. Dah nampak satu lorong, pergi pecut lagi buat apa. Dah order batu nisan agaknye tu." Safwan menjawab dengan nada memerli.
  " Dah tu macam mana nie?" Aku menjadi serba salah.
  " Macam mana apa? Kita jalan. dah nak magrib nie, Bro. Takkan nak solat atas highway nie kot." Selamber jawapan Safwan.
  " Tu macam mana?" muncung mulutku diulurkan kepada kereta wira dihadapan sana.
  " Yang tu jangan risau, tu tuan dia keluar elok je aku tengok. Kereta dia je yang teruk tu. Tuan tak apa-apa. Dah jom gerak!" Safwan memberikan cadangan yang 'bernas'.
  " Agak gile lah kau Wan." Din menyampuk.
  " Gila apa? Dia yang cari pasai. Tanggung sendiri ma." Sambil gelak.
  " Esh. aku tak sedap hati la Wan. Jom la tengok jup. Lagipun kita speed sama-sama tadi." Ujarku dengan nada mendatar.

   

  "Macam mana Bang? Okey? Saya gerak dulu ye? Ade keje kat Dungun. Saya dah call polis, Abg tunggu sini je, okay?" Aku sempat bertegur sapa dengan tuan empunya Wira sebelum bergegas ke Dungun. Keretanya hancur dihadapan akibat berlanggar dengan pembahagi jalan. Nasib baik dia tidak mengalami kecederaan serius.
  " Okey bos!. Sikit je nie. Tak perasan tadi. " Dia memberi jawapan.
  "Saya dah hon da tadi, abg tak perasan kot." Mungkin dia dah esaited dapat potong aku, lupe tengok depan. HAHA! jahat pemikiran!
  " Bang, kalau polis tanya jangan sangkut dengan kitorang ye!" Safwan sempat bersuara nada mewarning. Bodoh la mamat tuh. Tau salah tak nak mengaku pulak.
So, aku gerak dengan tujuan asal. Dengan pemanduan yang perlahan, berhati-hati, bersopan santun. HAHA.
Giler Ketar!


P/S : Kalau bapak aku tahu aku lumbe gune kereta die. MAMPOS!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...