Mar 18, 2012

Lineup for tonight.

Tension, tension jugak kan? Bola tetap bola. hihi.

Lineup tuk malam nie.






Okey. Lineup dah tahu. Cuma keputusan je belom.

Nak tahu?

Jom tengok!


Glory-glory Manchester United.

Peluang Kedua? Lupakan.

Kalau bercakap tentang kesilapan, semua orang telah melakukan kesilapan. Tiada yang terkecuali. Kalau bercakap tentang kejujuran. Semua orang ada. Tapi tidak semua yang menggunakan kejujuran dengan sebaek-baeknya.

Tapi.

Kalau bercakap tentang peluang, tidak semua akan dapat peluang kedua. Peluang kedua akan hadir tanpa diduga. 

Hari nie aku dapat satu peluang untuk menzahirkan segala apa yang aku tak puas hati kat bos. Tapi aku mensia-siakan peluang itu.  Dan untuk pengetahuan aku sendiri, peluang kedua tidak mungkin akan muncul lagi.



Nota Kaki : Hargai peluang pertama, peluang didepan mata. Jangan biarkan nasi bertukar menjadi bubur.


Haffez :  Aku tak sanggup nak cakap sebab die cakap elok-elok dengan aku. Tak kan aku nak marah die. haaaaaaaah! Tension aku. kiciwa lagi!


Mar 14, 2012

Hilang arah. Pening.

Sejak awal bulan sampai sekarang, mood aku nak pergi kerja hilang. Yela, bangun lewat, pergi kerja lewat. Duk kat tempat kerja pom rase bosan je memanjang. Aku dah rase macam aku pulak bos. Arah orang je buat itu buat ini.

Ade rase macam nak resign, ade rase macam tadek. Pening aku. 

Kalau aku resign kan rase macam rugi pulak. Belajar tinggi-tinggi tapi kerja tak sampai setahun. Tapi kalau aku stay, aku takut memudaratkan orang disekeliling aku pulak. Entah, sejak aku hilang punca dari dia, panas baran aku makin menjadi pulak. Astagfirullah.

Kena buat Solat Istiqorah nih.


Mar 13, 2012

Bagus punye pompuan. Terang-terangan Gila Besi. Materialistik.

Hari nie aku keluar rumah dengan berpakaian agak kemas sikit sebab hujan tak henti-henti dari malam sampai ke pagi sampai ke malam balik. Aku agak aku tak perlu tolong member aku pergi hantar barang sebab hujan.

Tapi petang tadi  hujan tetiba berenti. Member aku pom ajak pergi hantar barang kat perumahan belakang tempat kerja aku. Aku pom oke lah. Member mintak tolong. Aku pergi dengan baju tak bersalin sebab nak cepat. Tak kisah sangat pom.

Selesai je hantar barang aku suruh member aku berenti kat Mesra Petronas sebab aku nak beli topup. Aku suruh member aku tunggu jup je. Beli topup bukan nya lama sangat. Seminit pom tak lepas. Aku masok je dalam Mesra tu, MasyaAllah. Ramai nye awekss.

Bukan nak jadi ulat bulu. Tapi aku nak cepat sebab orang menunggu. Tetiba ade orang cuit bahu aku. " Fezz bak aku pinjam sepuluh. Aku lupa bawak duet." A'ah bagos. Nampak awek ramai dan dan je nak beli barang. Tadi aku tanye cakap tak de ape nak beli. Siap suruh aku cepat ade lah. Sekarang die yang naek. Lelaki. Tak pelik kan? hihi.

Bukan itu yang aku nak bagitau. Tapi yang aweks aweks aweks aweks tadi tu. Dalam Mesra tu pandang aku atas bawah. Aku ingat zip seluar aku tak tutup. Aku pom tengok. Kebetulan awek cashier tu kenal aku, die tengok ape yang aku buat. "Woi Haffez, awak tak malu ke depan anak dare orang nie?" Hah lantak. Kalau zip aku betol-betol tak tutup lagi la aku malu.

Zip aku oke. Seluar aku oke. Baju aku oke. Complete set. Serba hitam. Dari atas kepala sampai ke selipar aku hitam. Lantak lah. Orang nak tengok. Biar lah. hihi.

Keluar Mesra aku cari LORI member aku. Pehh! Betol-betol depan pintu. Terbaek. Aku tengok kanan nampak aweks aweks aweks tadi pandang-pandang aku.

Terdetik dalam hati aku.
              " Hensem jugak aku rupanya. Dari tadi awek tengok." hihi.

Tapi dalam hati jek. Kat luar aku buat-buat tak nampak. Kan ade orang cakap perasan pulak. Kebetulan LORI member aku parkir tepi HONDA CIVIC 2.0.

Aku gerak ke sebelah penumpang LORI, maknanya sebelah pemandu HONDA CIVIC 2.0. Sebelum tangan aku bergerak membuka pintu LORI, mata aku tiba-tiba menjeling aweks aweks tadi.

Bab nie lucu. Bila aku jeling tu, mulut aweks aweks tadi macam sebut perkataan OOOOO. Hahaha.
Mungkin dalam hati depa tertulis nie kot.
      " Woooo, kereta HONDA CIVIC 2.0 tuuuuuu. Kaya! Kaya! kaya!." hihi

Tapi aku bukak pintu LORI dan terus naek. Dan aku jeling balik aweks aweks tadi. Diorang dah terbahak-bahak suke. Damn lah!

Lepas tu aku tengok muke sesorang. Diorang diam. Lepas tu curi-curi tengok aku then suka balik. Sial. Materialistik punye mangkok hayun. Time aku naek camry bos aku tak de pulak aweks aweks tu. haha.

Member aku masok dan teros cabut.

Kau perempuan, kalau pandang harta duniawi tak bahagia hidup. Fikir-fikirkanlah.


## Kalau kau pompuan cari calon suami yang kaya dan korang hanya pandang kebendaan. Punahlah masa depan korang. Sementara semua tu.

Mar 11, 2012

My brother will fly to Labuan.

Tanggal 20hb Mac 2012, semua kawan-kawan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia bakal berangkat ke penempatan kerja masing-masing. Alhamdulillah.

Bermacam-macam ragam mesej dari kawan-kawan  aku dapat. Ade yang kate best, ade yang kate Alhamdulillah. Tapi ade yang kate aku terananya. hihi. 

Kadang-kadang geli hati aku baca mesej-mesej korang. Tahniah la yer sahabat-sahabat. Semoga berjaya bila memasuki alam baru tu. Jangan lemas sudaa. 

Bukan semua happy tau bila dapat tahu tentang penempatan tu, ade yang kecewa. Hujung minggu lepas aku dapat panggilan dari sahabat aku menyatakan beliau akan terbang ke Labuan. Terkejut campur tak percaya aku dengar. 



Keesokan harinya aku bergerak ke rumah beliau dan bermalam semalaman tuk beri kata-kata semangat kepada beliau kerana suara beliau sewaktu bercakap dengan aku dalam telefon macam dah seksa sangat. hihi.

Sesampainya aku ke rumah beliau petang berkenaan, memang muka beliau nampak tension. hihi. Lucu-lucu. Mak bapak beliau pom cakap yang diorang susah hati tengok anak diorang tuh. Asyik termenung je semenjak dapat tahu akan melapor diri di Labuan tuh. hihi.

Apa guna aku sebagai sahabat kan? So, aku mula memberi terapi semangat kepada beliau. Aku menghubungi sahabat aku yang kebetulan telah bekerja sebagai Radiographer di Labuan untuk menguruskan segala urusan beliau apabila beliau mendarat disana pada 18hb Mac nie.

Selepas beliau bercakap dengan sahabat aku yang berada di Labuan tu barulah aku tengok muka ceria beliau. hihi. Kate hati batu, baru dihantar jauh sikit dah tension. hihi.



Papepom tahniah lah sahabat. Aku doakan yang terbaek tuk kamu. InsyaAllah.


Mar 10, 2012

Cinta jarak jauh? Plastik!

Cinta sekarang bukan seperti cinta pada masa dahulu. Please take note. Cinta zaman dulu , walaupun jauh, cinta tetap bertaut dihati. Tetapi , cinta zaman sekarang, kalau cinta itu cinta jarak jauh, lupakan niat itu. Itu semua plastik !

Minggu lepas , roomate aku ade bercerita tentang kisah cinta jarak jauhnya. Sadis. Sambil2 tu aku korek sikit2 camner dier boleh terjebak dalam cinta jarak jauh tu.

Aku : Macam mana awak boleh kenal mamat tuh ?
Roomate : Entahlah. Saya kenal dia melalui facebook. Mula2 dia add saya. Then , saya terima.
Aku : Ohh. Lepas tu ?
Roomate : Lepas tu kami komen mengomen. Dia mintak phone number saya , saya bagilah.
Aku : Dengan mudah awak bagi?
Roomate : Yelah. Saya tengok picture2 die macam okey je die. Macam budak baik je. Lagipun nak kawan kan. Tak salah kot.
Aku : Allah. Patut lah abang saya marah sangat saya buat facebook. Bukan tak boleh awak. Tapi bahaya tau. Lepas tu macam mana?
Roomate : Lepas berbalas2 mesej tu la die ajak saya kapel.
Aku : Awak terima?
Roomate : Mula2 tak. Tapi die buat ayat tu macam hati saya nie betul2 tersentuh tau. Saya pun terima.
Aku : Mudahnya awak nie. Tanpa bertentang mata , tanpa lihat dengan mata awak sendiri awak boleh terima ?
Roomate : Tu lah silap saya. Tapi mula2 tu die okey je tau. Sweet je. Tapi selang beberapa minggu tu la banyak gaduh.
Aku : Ohh. Lepas tu macam mana boleh putus ?
Roomate : Saya tengok die komen syg abg dengan pompuan lain kat facebook. Sakitnya hati. Lepas tu la kitorang gaduh teruk. Then we clash. End of the story.
Aku : Pulak dah. Tu la awak. Lain kali nilai orang betol2 dulu.


Inilah serba sedikit aku boleh kongsi tentang isi kandungan Cinta jarak jauh. It interesting right ? hehe. Aku rase dah cukup untuk membuktikan cinta jarak jauh tu plastik. Kaum wanita tolong lah jangan percaya dengan lelaki zaman sekarang. Kebanyakan plastik.



Bukan semua. Cuma sebahagian mungkin. 

Daa Daa~

Mar 1, 2012

Sepuluh Hari Lagi Dan Bakal Tersisa.

Pernah tak korang minat akan seseorang tetapi tak pernah luahkan perasaan korang padanya?
.
.
.
.
Aku tension betol kalau aku tanye soalan tade sape yang jawab.
Oke aku andaikan korang pernah.

Korang malu-malu kan? Korang pernah luahkan tapi bukan dengan cara yang serius kan? Dia ingat korang maen-maen kan. Betol tak?

Ingat ye korang. Kalau suka akan seseorang dan korang rase dia bakal menjadi pendamping korang, luahkan perasaan korang sebelum apa-apa berlaku. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Kalau tidak korang bakal kecewa. Cewahh.

Aku cakap benda yang betol. Sebab sekarang aku tengah lalui. Benda yang sangat menyentuh hati pabila dia pom sama seperti aku. Takut.

Sekarang hanya tinggal sepuluh hari lagi sebelum dia diijabkabulkan. Sedih o.o

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...