Dec 5, 2011

Hero kami cedera.

- BARCLAYS PREMIER LEAGUE -

  Kempen Liga Juara-Juara masih belum menemui laluan selamat tuk pasukan Setan Merah. Tapi bukan itu yang ingin dikongsikan. Ini berkisah Kempen Liga Piala Engeris. - Barclays Premier League -


   Semalam telah berlangsungnya perlawanan diantara dua kelab iaitu Manchester United vs Aston Villa bervenuekan Villa Park yang berkesudahan 1 berbalas kosong hasil jaringan pemain United berjersi No 4, Phil Jones, memastikan Man.Utd memperolehi 3 mata penuh seterusnya menjadi pencabar terdekat pendahulu liga, Man. City.

   Tetapi, dalam kegembiraan, kedukaan timbul apabila tonggak utama a.k.a ayam tambatan United mengalami kecederaan  ligamen di buku lali pada awal babak pertama perlawanan.


   Javier Hernandez a.k.a Chicharito dikeluarkan dalam keadaan kesakitan. Menurut Boss United, Sir Alex Ferguson, Chicharito mungkin akan dikecualikan daripada beraksi ditengah padang 3 hingga 4 minggu berikutan daripada kecederaannya. Kami telah kehilangan seorang star tahun ini. Ape-ape pom Good Luck to Man.Utd untuk perlawan menentang FC Basel hujung bulan ini untuk melayakkan diri ke peringkat seterusmya. Glory-Glory Manchester United!





Haffez : Kebosanan telah membukit didada.

Dec 3, 2011

My first assignment to be a blogger.

Salam.

Nak kate aku excited tak jugak. Nak kate aku gembira pun tak jugak. Nak kate aku sedih pun tak jugak. Tapi tension sikit tu ade la. Dah la suruh aku contribute pada blog dier. Pastu suruh aku mengarang buat kali pertama kat blog dier. Bukan setakat kali pertama kat blog dier, tapi kali pertama aku mengarang dalam dunia blogger. Abg Haffez! Kau memang insan yang kejam! Memberi kekejaman kepada aku seorang insan yang bernama wanita. huhuhu.

Okay. Okay. Okay. Untuk menunjukkan betapa aku seorang yang berani menyahut cabaran. Aku akan berdedikasi untuk tuan empunyer blog nie. Dengar tu Abg Haffez! haha!

So, biar aku kenalkan diri aku dulu sebetulnya. Nantikan tak pasal-pasal awek-awek Abg Haffez mengamuk tengok ade watak perempuan dalam dunia blognya a.k.a dunia ciptaanya sendiri. Tau saje la buaya tembaga sorang nih. haha!

Aku adik Abg aku yang cute nie ( awek-awek dier cakap lah ), tapi bukan adik kandung la, adik sepupu je. huhu. Masih belajar dalam bidang kesusasteraan di universiti tutt ( Abg marah bagitau ). Umur dirahsiakan. Aku memang minat menjerumuskan diri dalam dunia kesusasteraan daripada aku berpeleseran entah ke mana. Pernah ditibai oleh tuan empunya blog ini sebab berpeleseran tanpa kebenaran ahli keluarga ( dulu la, zaman-zaman muda ). Abg Haffez memang seorang yang kejam. Tapi aku still love him. huhu

So, aku rase mungkin sampai sini dulu assignment yang pertama nie. Mungkin dimasa yang akan datang aku sumbangkan lagi ye Abg Haffez!


Pergi ke hutan mencari suasa,
mencari suasa bertemankan kambing Pak Komen,
Datanglah datang wahai semua untuk membaca,
siap membaca jangan lupa tinggalkan komen, tau!


P/s : Entri-entri dalam blog nie Abg ke yg tulis? Asal jiwang sangat?

ini bukan entry sedih ok


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas di riak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation“, kata lelaki yang kedua.


Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.


Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”



=)

Nov 15, 2011

Jangan Terlalu Sayang.

"Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam."
"Jika anda terlalu cinta, kawallah diri, jangan sampai terserlah melalui tindakan melampau."
"Jikan anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang."


Jika terlalu rindu, cinta dan sayang, tolong sahabat, kawallah diri, jangan sampai Si Dia bosan. Berpadalah pada waktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu hendak menghantar SMS padanya, dan berpadalah apabila menulis sesuatu untuknya.
 
   Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi Si Dia mungkin berbeza. Apabila resah digelut rindu, Si Dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Si Dia mungkin sedang sibuk dengan pelajaran, atau pelanggan, atau kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernada kecewa, resah dan gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan tidak bersambut. Si Dia mungkin di dalam situasi tidak mahu digangu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu.

   Di saat Si Dia dirindui, mungkin ketika yang sama Si Dia tidak begitu. Berpadalah di saat hendak menghubunginya. Baca pergerakannya. Jika di awal pagi Si Dia memulakan tugas, usahlah hendak mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu ini, Si Dia akan bosan dan tertekan. Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, rindu mendengar suaranya, tetapi tahukah akan situasi yang sedang dilaluinya? Si Dia mungkin di tengah-tengah medan mesyuarat, berjumpa rakan, makan-makan bersama teman. Atau memikirkan sesuatu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersahut, bertenanglah dahulu. Berikan tempoh sejam ataupun setengah jam. Kemudian telefonlah kembali. Jika Si Dia tidak menyahut, fahamilah dirinya. Memang ada ketikanya kita tidak mahu digangu. Tidakkah begitu?

   Bukan tidak rindu, Si Dia juga "mungkin" sebagaimana anda, tetapi hambatan kerja kadang kala memaksa kita kematu kan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun letaknya proses perkenalan - untuk mengenal dan membina keserasian. Percayalah. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan dua tahun lapan bulan 15 hari mengenalinya dan terus berhubung ( aku la, korang aku tak tahu ), anda bukanlah calon yang sesuai untuknya, dan Si Dia bukan calon yang sesuai untuk anda.

   Benarlah kata orang, di saat kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana yang seharusnya. Fikirkan juga emosinya di saat menerima warkah-warkah anda walaupun emosi anda sendiri tidak seimbang.

   Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlalu rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturut, nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia akan mendatangkan kebencian, menyampah dan sakit hati.

   Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia yang sentiasa belajar untuk memahami orang lain. Bukan manusia luar biasa yang tidak kisah dengan perasaan orang lain.

   Jika pasangan anda itu seorang yang cemerlang, fahami Si Dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan Si Dia masa. Si Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang, tetapi Si Dia perlukan kefahaman. Dalam hidup ini banyak kecemerlangan yang perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu dijadikan booster kekuatan mencapai kejayaan. Hidup akan lebih indah jika orang memahami.

   Cinta memang menggilakan. Tetapi harus diingat kita tidak patut sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin pada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta itu hanya akan menjadi anda bagaikan tidak siuman.


Nov 9, 2011

Kecelakaan Lebuhraya.

  " Bro, Honda EK tu asyik cucuk angin kau je sejak tadi aku tengok. Kau tak panas ke?" Din bersuara antara dengar dan tidak, tenggelam dek bunyi angin dan bunyi ngauman exzoz charade aura biru metallic di atas Lebuhraya Pantai Timur, Ajil - Dungun.
  " Panas? ha aku lagi panas ingat pasal powerwindow nie mainkan aku tadi." Spontan jawapan ringkas keluar tanpa berfikir panjang. Tengahari tadi setibanya di Terengganu dari Pahang, Powerwindow sebelah pemandu tidak boleh dinaikkan. Cuaca mendung yang amat merumitkan keadaan sampaikan hampir satu kampung datang tuk naikkan tingkap nih. Nasib baik tingkap nie takut kat pomen kedai tu. Kalau tak melayan duet aku.
  " Kalau aku la, aku dah jatuhkan gear, tekan minyak biar EK tu makan asap sikit. Dia ingat enjin kereta nie kayu ke ape?" Din lagi bersuara nada memerli.
  " Aii Din, macam kaso je bunyinye." dalam hati aku dah ade api sikit nie. Sepupu aku kat belakang slow-slow bersuara.
  " Kereta nie tadek minyak kot."
Vrooooooooommm!
  " Hah! Proton Wira pulak? Siap blow kat kau Fiz? Kalau aku kejar!" Kepala Din sedikit dinaikkan untuk melihat kereta Wira putih dihadapan.
Gear 4 dijatuhkan lantas pedal minyak ditekan sekuat-kuatnya. Bunyi ngauman enjin kedengaran dicampur ngauman exzoz Charade Aura yang memberangsangkan. Amat membingitkan.
  " 120.."
 " 130.."
  " 140.."
  "150.."
  "160.."
Sepupuku menyebut jarum yang melalui meter dihadapanku. Kereta EK masih berada belakang keretaku. Rapat. Aku tersenyum. Wira ketinggalan dibelakang beberapa buah kereta selepas EK dibelakang.
  " Nie baru kereta. Joki maut. Pantang dicabar. Penuh emosi, wawasan, penampilan dan ketrampilan." Din membuat nada memerli bersama gelak ketawa dengan sepupuku.
  " Joki maut palo otok mun. Tengok member aku kat belakang tu? Siap bagi high beam lagi." aku bersuara. Honda EK berwarna putih dibelakang milik kawanku membeli lampu tinggi menandakan keretanya mampu di'accelerate' lagi. Lantak lah kau. Kau kereta ape aku kereta ape.
  " Tengok kereta la, Bro. Enjin jangan cakap la. Enjin Daihatsu nak lawan enjin Vtec. Jauh." Din bersuara lagi menjawab soalanku. Kereta masih meluncur laju. Wira masih tidak berputus asa. Makin laju, makin  menghampiri keretaku.
  " Aiseh. tak boleh nie Din." Aku melepaskan tunjalan pedal minyak untuk memerlahankan kereta, lampu signal diberikan bagi memasuki lorong kiri diikuti kereta EK dibelakang. Kereta Wira masih meluncur laju memotong kereta aku. Hon diberikan, lantas aku memberi High Beam kepadanya.
  " Gile ke ape mamat yang bawak Wira tu? Dia tak nampak ke depan tu ade satu lorong je? Jalan buzy macam ni. Nak mati ke?." kata-kata ku ibarat mulut disaluti garam. Belum sempat mata berkelip..
Sreeettttttttt! banggg!
  " Allah, Din, Wira tu eksiden la woii!" suara dinaikkan 6 bar.
  " Berenti, berenti, berenti. jangan berenti dekat. Berhenti kat sini dulu jup." Din memberikan arahan. Aku memberhentikan kereta lalu keluar daripada kereta. Honda EK turut berhenti dan kawanku keluar daripada kereta tersebut.
  " Kawan kau ke Wira tu?" aku bertanya Safwan, pemilik kereta Honda tersebut.
  " Eh bukan. Kawan aku takde nye giler macam dia. Dah nampak satu lorong, pergi pecut lagi buat apa. Dah order batu nisan agaknye tu." Safwan menjawab dengan nada memerli.
  " Dah tu macam mana nie?" Aku menjadi serba salah.
  " Macam mana apa? Kita jalan. dah nak magrib nie, Bro. Takkan nak solat atas highway nie kot." Selamber jawapan Safwan.
  " Tu macam mana?" muncung mulutku diulurkan kepada kereta wira dihadapan sana.
  " Yang tu jangan risau, tu tuan dia keluar elok je aku tengok. Kereta dia je yang teruk tu. Tuan tak apa-apa. Dah jom gerak!" Safwan memberikan cadangan yang 'bernas'.
  " Agak gile lah kau Wan." Din menyampuk.
  " Gila apa? Dia yang cari pasai. Tanggung sendiri ma." Sambil gelak.
  " Esh. aku tak sedap hati la Wan. Jom la tengok jup. Lagipun kita speed sama-sama tadi." Ujarku dengan nada mendatar.

   

  "Macam mana Bang? Okey? Saya gerak dulu ye? Ade keje kat Dungun. Saya dah call polis, Abg tunggu sini je, okay?" Aku sempat bertegur sapa dengan tuan empunya Wira sebelum bergegas ke Dungun. Keretanya hancur dihadapan akibat berlanggar dengan pembahagi jalan. Nasib baik dia tidak mengalami kecederaan serius.
  " Okey bos!. Sikit je nie. Tak perasan tadi. " Dia memberi jawapan.
  "Saya dah hon da tadi, abg tak perasan kot." Mungkin dia dah esaited dapat potong aku, lupe tengok depan. HAHA! jahat pemikiran!
  " Bang, kalau polis tanya jangan sangkut dengan kitorang ye!" Safwan sempat bersuara nada mewarning. Bodoh la mamat tuh. Tau salah tak nak mengaku pulak.
So, aku gerak dengan tujuan asal. Dengan pemanduan yang perlahan, berhati-hati, bersopan santun. HAHA.
Giler Ketar!


P/S : Kalau bapak aku tahu aku lumbe gune kereta die. MAMPOS!

Oct 5, 2011

Pak Arab punya kisah.

Hari nie aku didatangi pendatang dengan keizinan dari Mesir tuk buat Medical Offshore. Kebetulan pandai berbahasa Malaysia.

Assalamualaikum adik!

Er. Waalaikumussalam. ( terkejut )

Whats your name? ( pelat Arab)

Er . . ( asal tetibe tanye name aku nih? ) Hafiz Bukhari Sir.

Ohh. Such a lovely name. Ana Mahmoud Abdel Khader Mahmoud Ahmed Kamel.

( MasayaAllah name panjang nak mampos )

Umur adik berape tahun?

Emm.. 21 Sir. ( tersenyum kambing )

Wow! you looks like my little son. haha

( Bangang punye arab. )
Have a seat Sir.. ( Aku nak buat ujian telinge )

Okey okey thanks..
Adik ana mahu tanya, adik ada girlfriend?

( Aik? romentik soalan Pak Arab nie. )
Err. Sorry Sir i dont have any girlfriend.

Waa.. Rugi la adik. Sekarang banyak wanita cantik..

( Hah lantak kau )

Adik pernah mengorat gadis cantik?

( Tipu la aku kalau aku cakap tak pernah. )
Why Sir?

Just asking. Becouse you have a baby face. Really nice. ( tersenyum )

Sir please push this button once u hear something. ( aku nak buat keje aku kau duk puji pulak. )

Lepas habis periksa..

Son,  good enough?

( amende pulak nihh )
Sorry?

Telinga ana. bagus?

Ohh. okey Sir. Semua ok.

Kamu pernah solat dalam keadaan terdesak?

( Amende la soalan die nie, aku tak faham laa )
Sorry sir?

Pernah rase tenang lepas solat?

Ofcoz sir. Why?

Ana tahu ramai lagi kat luar sane, tapi dah asar nie. Ana tengok kamu xkeluar pom ambil wuduk dan solat?

( Addus. terkene aku. )
Saye perlu habiskan ini dulu tuan.

It's okay. I'll tell my friends that u want perform your solat. Its really okey son. Just go on. ( senyum )

( malu aku )
Okey Sir. Thank you Sir.

No no no. dont thanks to me. Thanks to Allah.

( Ops )
Syukran.

Yes, like that. Ohh, before u go, i want asking u some question, can i?

( amende lagi nihh, tadi suruh aku pergi.. )
Yes?

Dua orang pekerja kamu tu kenape tak pakai tudung?

( wah soalan! mencabar nihh )
Sorry Sir.  Diorang rakan sekerja saye. bukan pekerja saye. Emm.. i dont know bout it sir. Sorry.

Kamu perlu ambil tahu. Die bekerje bersama kamu. Aurat terbuka sana sini. Dosa! kamu yang tanggung. MasyaAllah. Living in sins.

( Allah. semputtt. )
( Kucing mane xsambar ikan depan mate. )
I'll try sir.

No. you must! No try try.

YES SIR!
Sir, i want to perform my solat.

Yes, son go on.

Lepas Sembahyang aku terus keluar klinik nak amek udare sikit. keje aku da ade org ovetake.
Tengah syok2 sembang ngan driver diorang, datang lagi pak arab nie.

( ahh sudahh )
Hello sir..

Assalamualaikum.

Err.. Waalaikumussalam. ( asal asyik kene je aku nie. Haa duduk tepi aku pulak, elok )

Son u smoke?

Sorry sir, say no to smoker. ( haha )

You lie to me. ( muke selumber )

( Arrgg? How did this happen to meeeeeeee? )
aku hanya mampu menyenyumkan diriku.

Take this cigarette. handmade from egypt.

Driver tadi menyampuk.
Amek je orang kasi.

Thanks Sir.

How long u smoke?

( Err.. Td suke kenekan aku ye. nie time aku pulak. )
Just a second sir. ( muke selumber. ) haha

What?

Sorry sir? ( haha )

Did u understand what i mean?

Ohh. totally sir. why?

Ohh nothing. ( muke selumber lagi. )

( Ini olang maa. kasi aja dulu baru dia leti maa )
Sir, did u have a lighter?

Yes ofcoz. ( masok tangan dalam kocek amek lighter. )

( Aku nak senyum tapi aku tahan )
( Aku amek lighter aku dalam poket aku buat keluar dan dgn selumber aku concos itu ronkok. ) haha

( Die hulur lighter die )

Sir, my cigarette already burn. Suddenly. ( Magik x? )haha

Ohh God...

Why sir?( aku xtahan suke nie. Driver die dah senyum2 kambeng da. )

Ohh nevermind.

Sir, your cigarette really really really.. ( aku xhabes cakap lagi die dah sambung. haa lantak kau. )

Mengasyikkan? this is a handmade. Terbaik dari ladang. hehe

No sir. bukan mengasyikkan. Tp buat saye nk buang air. excuse me. ( hehe )

Aku bangun nak belah. Tibe-tibe..

Son, I am sorry.. hekhekhek.. ( die ketawe.. )

( selumber aku balas. )
I'm sorry too uncle.. haha

Kamu pandai kenekan orang. Smart!

Eh, why not.. hehe

Nice to meet u son.

Thank you sir.

Aku membelahkan diriku. hahaha. AdiOs!

Jun 30, 2011

Perkahwinan Big Brother and Sister ..

. . Assalamualaikum . .

Alhamdulillah.. Entri kali nie aku nak kongsi sikit gambar "saeng rapat" aku kat korang-korang sume, insyaAllah.
Sebelum tu aku nak mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana menyatukan sahabat aku dua orang nie. Walaupun pada zahir dan hakikatnya aku kurang dapat menerimanya. haha. bukan sebab laen der, jangan silap paham. Dulu diorang satu kelas. sebelah kelas aku. Dulu bukan maen kau kutuk aku, aku kutuk kau. sekarang tau-tau da kawen. korang boleh terime bulat-bulat ke? taboley kan? hahaha. macam tu laa. 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar daripada malam akad nikah sampai kenduri sebelah lelaki. Cume malam akad nikah tu je la yang lucu sangat2. haha. taboley cerita taboley. malu diorang syehhh. haha.

ehem3..


Nie gambar suasana dalam masjid Meraga Beris malam akad nikah.


Berdebar der.. macam aku plak yang nak akad nikah malam tu. haha


Yang baju putih seluar hitam tu bapak pengantin perempuan.


mase nie mula majlis. sume muke batu lagi. khusyuk dengar Tok Kadi cakap.


Gambar mase pengantin Akad aku xde. mase tu aku amek video. buat sample belateh nanti. haha


Haa. nie baru betul tadah tangan pengantin! nie Tok Kadi baru bace Khutbah ko da tadah doa. kan da malu. heee~~


Naim. Saksi sebelah lelaki.


Mase nie aku ingat Tok Kadi tu kate ape. " Hak nie surat sementara, kalau pergi pantai ade orang turun kete tunjuk surat nie. Kompem sek die lari." haha


Awuuuuw!! Azlina Azman. Comey! haha


Malu-malu lagi mase nie. hehe


Sarung cincin der.


 Nak tau ape jadi mase nie? haha. pengantin pompuan tolak pengantin lelaki. MOOD : MALU. kuang3


same.


Yang nie famili sebelah lelaki dan pompuan.


hehe. sempat bergambar di pantai.


Ade gaye cerita hindustan?


Pehh! Solute Bro!


jelingan manje. yg blakang duk buat serabut. haha


Abang! Mate sayang masuk pasir!


Yang nie kenduri sebelah pompuan. sori ade satu gambar jur. aku xpegi. berigak! haha


Meh abang tiup meh. Fuhhhhhhh! jahat pasir nie!


Hahaha. akhirnyaaaa~ Syabas bRoo!


yang nie gambar penutup. kenderi sebelah lelaki. banyak lagi gambar2 yg berkenaan. tapi xupload sume. hehe.

Moga-moga pasangan sahabatku ini sentiasa dimurahkan rezeki, aman dan damai. Dan mudah-mudahan xepat dapat anak! aku xsabat nk jadi pacikk! hahaha..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...