Mar 27, 2012

Dik, atas kepala ade tangga. HEHE

Warga Blogger!!!!!!

Peace Yoo!



Aktiviti malam aku sejak beberapa bulan yang lalu.


Ye. MENGGUNTING RAMBUT anak-anak buah. Bukan aku bukak kedai gunting. hihi.

Boleh dikatakan dua kali seorang untuk sebulan nak potong rambut. Aku tak kesah sangat. Tapi yang aku kesahkan ialah asal nak gunting rambut je malam, asal malam je nak gunting rambut. Haishh.

Kalau rumah nie terang macam kedai gunting rambut tu tak pe lah. Nie malap semacam je. Kenapa dengan lampu? Tak nampak rambut choii. huhu

Kang tak pasai-pasai ade yang melekat tangga atas kepala. 

Malam nie dah sorang anak buah aku melekat tangga atas kepala. Aku balik keje lewat malam nie Sesampai je kat umah tengok ibu aku dah potong rambut anak die. Kesian tengok die, aku pom mengofferkan diri. Tapi cakap kau, bila aku nak amek alih, kepala anak die tu dah ade tangga lif. haha.

Aku nak repair camne lagi dah teruk sangat tu? Sikit-sikit tu boleh lah. Tapi memang still ade lagi tangga. Yang tu kompem lekat dalam 3 4 hari baru sama balik. kehkehkeh. 

HAHA, nasib la dik. Tangga pom tangga la. hihi.

Mar 26, 2012

Aku tak mahu meninggalkan Ibu aku!

Salam hormat salam bahagia, Salam cium tangan ibubapa.

Hujung minggu nie, benda yang aku "mintak-mintak" selalu tu bakal menjadi kenyataan. Bos da terima surat perletakan jawatan aku. NICE. Lepas nie aku akan jadi penganggur tambahan balik. LAGI NICE.

So, maknanya aku juga bakal mengangkat kaki pergi dari rumah ibu aku dan tinggal bersama mak aku balik. Ape yang menjadi tanda tanya korang ialah ibu aku seolah-olah tidak mengizinkan aku pergi dari rumah die. hihi.

Dulu, time aku nak sewa rumah pom die tak bagi.

  " Abg tak suka ke tinggal dengan ibu?" 

Allah. Selepas dengar satu soalan yang keluar dari mulut ibu aku tu, aku terus tak jadi sewa rumah. Tapi semalam tengah makan nasi, ibu aku tanya soalan laen pulak.

   " Abg nak balik rumah mak hari ape? Tinggal lah lame sikit kat sini. Ibu suka abg tinggal dengan ibu. "

Huhu. Rase berat je hati aku nak keluar dari rumah nie. Sayu je rase.

  







Mar 25, 2012

Wanita, Please Take Note. Part One.

Wahai wanita-wanita sekalian,

Korang ingat korang cantik, body macam model, ramai orang lelaki tergila-gilakan kamu, kamu dah bagus? dah perfect? Macam tu? 

Korang ade terfikir tak masa akan datang? Atau senang cakap perkara yang mungkin akan berlaku selepas itu? Tak de kan? Aku jamin 100 percent.

Cerita Untuk Sahabat.

B 1 : Awak, sampai hati awak pergi macam tu je? setelah segala yang saya curahkan sehingga hari ini?
G : Sudah la awak, saya tak sesuai tuk awak. Saya jahat. Kay bye.
B 1 : Awak!?

B 5 : Kenapa awak buat macam nie kat saye?
G : Memang patut pom. Saya menyesal kenal orang macam awak. Awak jahat.
B 5 : Ape yang saya buat?
G : Awak maen kayu 3 dibelakang saye! Dah jangan nak sorokkan lagi. Kita Putus!
B 5 : Err? Tanpa usul periksa?
. . .

B 7 :  Awak thanks muncul dalam hidup saye.
G : Same-same. ( Grrrr. )
B 7 : Jom saya belanja awak shopping.
G : Hehe ( Yess! Akhirnya. )


Wahai wanita-wanita sekalian,

Tidak mustahil perempuan seperti diatas ada di antara kamu kan? Tidak mustahil kamu tidak berbuat demikian kan? Untuk pengetahuan kamu, cerita diatas adalah kisah benar. Malah lebih teruk daripada itu.

Cerita Seorang Kawan ( Wanita )

Seorang kawan lelakinya bertanya. 
    " Kau nak lelaki yang macam mana? "

Jawabnya : Aku kan cantik, takkan nak yang sempoi-sempoi, bro. Mestilah yang kaya, hensem. Dalam hidup nie, ape yang tidak memerlukan duet? Takde kan? Nak masok tandas pom kena bayar 20 sen. Ini pulak nak hidup bersama. Duet tuk segala-galanya, bro. Tak de duet tak bahagia. Betol aku cakap. 

Lelaki itu bertanya lagi.
    " Habes kau tak rase bersalah ke ko permaenkan perasaan lelaki-lelaki tu?"

Jawabnya : Ade lah jugak sikit-sikit. Tapi nak buat macam mana. Hidup mesti pandai berdikari. Pandai pilih yang mana elok yang mana tak elok. Kan. Dah diorang yang terhegeh-hegehkan aku. Bukan salah aku jugak. Lagipom aku bosan kalau asyik dengan sorang tu jee. Aku tak hipokrit la, bro. Kalau aku dah tak suka baek aku blah. Buat ape tunggu lagi kan? Lagi menyampah adelah.

Cerita Seorang Sahabat ( Lelaki )

Seorang sahabat memujuk.
   " Dah la, bro. Yang sudah tu sudah. Dah tak de jodoh nak buat macam mana. Bukan kita mintak pom. Lagipom pompuan banyak lah dalam dunia nie. Bukan dia sorang ja duk ada. Ramai lagi nun. "

Jawabnya : Memang la yang sudah tu sudah. Tapi aku tak puas hati tau. Jatoh maruah aku dipermaenkan oleh pompuan tu. Sial. Kau tengoklah nanti. Aku gulai-gulai satu kawah.

Sahabat tadi berkata.
   " Gulai? Ehemm, Jangan lupe kawan yer. hihi "

Nampak tak ikatannya disitu sahabat? Bukan senang lelaki yang dipermaen-maenkan oleh seorang wanita dapat memaafkan wanita itu sewenang-wenangnya. Nampak?

Nak tahu selanjutnya? kita jumpa selepas iklan penaja.

Selamat.


Haffez : Wee aku ngantok lahh. sat sat g aku sambong. bobye., 




Rumah Aku Masok Pencuri, Der!

Yang ini aku marah. Masok nie dah berape keturunan da yang masok umah mak bapak aku. puii. Tiap kali masok, mesti kedai mak aku yang diorang geledah dulu.

Tapi yang aku heran sangat sangat sangat, tiap kali masok takde pulak barang-barang berharga yang hilang. Cuma yang terbaru nie je handphone adek aku kena tibai. Tu lah, handphone mahal-mahal duk tinggai kat umah buat pa, kan?

Awal pagi Khamis lepas, mak aku dapat emergency call daripada nenek aku kat kampung. Suruh balik segera. So, lepas adek-adek aku balik sekolah, mak ngan bapak aku blah balik kampung. Dalam kul 2 lagu tu lah kot. Adek aku yang kedua duk keja kat bandar.  Takde sesape lah kat umah. Aku? aku duk keja kat Kemaman nih.

Dalam pukul 5 petang, adek aku cakap die rase tak sedap hati. So, dia mintak nak balik awal ngan bos die. Sesampai ja kat umah, bukak ja pintu, cerah semacam dari belakang. Die masok tengok-tengok pintu belakang dah pecah. Uihhh! dasat pencuri tu nah. hihi. Dia duk cerita la nie. Bukan aku nak tipu ka pa.

Naseb baek pencuri tu tak sempat masok dalam umah. Setakat kat kedai mak aku jah. Kalau tak kaya raya la jawabnye depa. Yang hilang satu bag duet yang sarat dengan duet dalam empat lima ratus jugak. Mak aku tinggal tuk adek aku buat bukak kedai pulak malam nanti. Dan handphone adek aku. huhu

Yang aku nak marah sangat, adek aku tak call pom aku cakap kedai kena pecah. Mak aku yang call aku cakap suh balik umah kena pecah. Tensen gua dapat adek takmau kongsi masalah nih.

Tapi alhamdulillah. Takde kemalangan jiwa.


Haffez : Pencuri-pencuri yang dihormati. Nak masok umah aku cakap. Boleh aku stanby awal-awal. 

Mar 19, 2012

Manchester Uniter makan besar.

Haa, dah tengok? Memikat hati dowhh. hihi






Tu diaaahh! Nampak Chicharito tuh? Double gol malam nih.



Malam nie The Red Devil menang besar. Bangga aku! hihi. Tapi aku sempat tengok perlawanan Chelsea tadi. Akhirnya Fernando Torres menamatkan badi gol beliau. Tahniah!


Solute Bro!

Dah selesai. Tido la pulak. hihi.

Mar 18, 2012

Lineup for tonight.

Tension, tension jugak kan? Bola tetap bola. hihi.

Lineup tuk malam nie.






Okey. Lineup dah tahu. Cuma keputusan je belom.

Nak tahu?

Jom tengok!


Glory-glory Manchester United.

Peluang Kedua? Lupakan.

Kalau bercakap tentang kesilapan, semua orang telah melakukan kesilapan. Tiada yang terkecuali. Kalau bercakap tentang kejujuran. Semua orang ada. Tapi tidak semua yang menggunakan kejujuran dengan sebaek-baeknya.

Tapi.

Kalau bercakap tentang peluang, tidak semua akan dapat peluang kedua. Peluang kedua akan hadir tanpa diduga. 

Hari nie aku dapat satu peluang untuk menzahirkan segala apa yang aku tak puas hati kat bos. Tapi aku mensia-siakan peluang itu.  Dan untuk pengetahuan aku sendiri, peluang kedua tidak mungkin akan muncul lagi.



Nota Kaki : Hargai peluang pertama, peluang didepan mata. Jangan biarkan nasi bertukar menjadi bubur.


Haffez :  Aku tak sanggup nak cakap sebab die cakap elok-elok dengan aku. Tak kan aku nak marah die. haaaaaaaah! Tension aku. kiciwa lagi!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...