Apr 26, 2014

Kanak-Kanak dan English.

           Hai hai haii semua. Amboii ceria sangat Abg Hafiz nie. Ehh bukan, hidup nie MESTI kena ceria, MESTI! MESTI! MESTI!. Walaupun hari yang kita lalui tu perit sangat. Tapi bukan selalu kan ? Manusia mana yang hidupnya sengsara twenty-four-seven ? ade ? Habaq maii sini. Tak ada tuan-tuan puan-puan. Walau sengsara bagaimanapun hidup seseorang, mesti ada harinya dia bahagia. Sama macam kita, walaupun kita arif dalam sesuatu perkara mesti ada satu ketika kita ada lakukan kesilapan. Disitu kita akan faham apa itu MENGHARGAI. Hey camonlahh, senyum shikit, hehe.

            Tempoh hari saya ada berkunjung ke klinik teman kawan ambil ubat. Terjumpalah dengan sahabat lama masa sekolah dulu. Uihh seronok tuan-tuan. Apa tak seronok diungkitnya kisah sekolah dulu, kan. Masa itulah terfikir balik. Tak cerdiknya aku dulu, hehe. Time kelas English main-main. Buat perkataan English sendiri. Haii budak-budak, mana nak sedar akan kepentingan bahasa asing. Cikgu mengajar lain kat depan, kita duduk buat kamus sendiri kat belakang.

            Tapi bila dinilai dari sudut lain perspektif lain, apa yang kita belajar dalam kelas tak buat kita ketawa tau. But memories with friends do. Bukan nak ajar adik-adik buat bodoh dalam kelas, tak pedulikan apa cikgu cakap. Tapi sekali sekala bunk your class with your friends. Tapi ! Bukan untuk pelajar-pelajar sekolah. Rendah mahupun menengah. Ini untuk siswi dan siswa saja, hehe. Sebab dekat universiti atau kolej, ada kelas ulangan tau. Kat sekolah mana ada. Jangan duk pandai-pandai nak ponteng. Abg Hafiz tak ajar aa..


            Sahabat saya tadi dah kahwin, ada anak sorang dah pun. Lelaki. So, saya saja je nak sakat anak dengan mak bapaknya sekali. Saya tanya anak sahabat saya tu, “ Hai handsome, what is your name?” Alah budak 4 tahun, mana nak faham lagi omputih nie. Saya saja nak bergurau. Tanggapan saya. Tapi tetiba “ My name Muhammad Hafiz.” Err, saya terkejut. Sahabat saya dah senyum-senyum kambing dah. Alahai nak sakat orang kita yang terkejut.


            Nampak tak kawan-kawan, apa jua ilmu sekali pun kalau diisi sejak kecil akan meresap sampai bila-bila. Anak kecil nie diibarat kain putih. Kita yang besar nie bertanggungjawab bagaimana nak mencoraknya. Kamu kamu jelah. Saya masih kecil, hehe. “ Ibarat kain putih, yang suci dan bersih. Terpulang bagaimana untuk mencoraknya. Berikan mereka didikan agama kelak bila dewasa jadi insan berguna”. antara lirik lagu Permata Keluarga nyanyian Kumpulan UNIC. Ehh awak awak semua mana layan Nasyid kan. Alahaii zaman sekarang, kesian. J

Apr 25, 2014

Bila Nak Kahwin ?

Perkara yang saya duduk terfikir sejak dulu lagi sudah muncul depan mata. Pertanyaan daripada ibubapa tentang perkahwinan. Terkesima, hehe.

Yelah, saya nie makin berumur. Sebenarnya saya tak terkejut bila diajukan soalan sebegini. Tapi, bila diletakkan syarat. “ Mak tak berkenan dengan bakal daripada negeri tutt “. Haa, Negeri mana ? Tak boleh lah cerita. Nanti pakcik kena band kan, hehe.

Apa jawapan kita bila diajukan soalan begini ? Saya kompem la jadi bisu dan batu. Sebab ? Tak ada sebab yang sesuai kerana ajal maut jodoh dan pertemuan semua ditangan Allah. Kan ?

Saya bukan ape, sampai sekarang duk single. (Skill nak suruh org tahu saya single), hohohoho. Bukan tak ade langsung, tapi nothing stable, single is better, right ?

Yang paling saya berfikirnya bila mak saya cakap “ Jangan cari dari negeri tu, paling baik pom carilah kat Sabah sana ke. Tengok pakcik kau, isteri die tade la cantik mana, tapi personaliti dia tu orang semua boleh terima. Baik hati, suka bantu orang. Berapa orang da kan keluarga kita kawin dengan orang sana. Semuanya elok bla.. bla..bla..”, hohoho. Aii mak, puji lebih nampak, haha.


Tak pernah pom mak saya tanya pasal nie tau. Inilah first time. Tu yang den tokojot bebeno tu. Siap ade request sekali tu. Nampak gayanya kena jadi pencari yang Berjaya sekali lagi lah untuk diri sendiri pulak. Jaga–jaga ya Cik Salmah, hehe.

Feb 22, 2014

They Got Married.

Agak lama juga kan saya ndak mengupdate ini belog. Ndapapa bah. Small da pieces. Opss ! Terkeluar nah Sabahku, hoho. Biasalah, cerita terbaru nie berkenaan orang Sabah. Jadi bahasa pom jadi lain jua ani. 


Haa ! Ini Ceritanya. Ini kakak aku. Yang sebelah die tu opkos la suaminye, hehe. Ceritanya ani berlakunya di Negeri Dibawah Bayu ba. Tanggal 10 December 2013 bersamaan hari Selasa. Tahun lepas tau. Tapi baru ade kesempatan untuk dikongsikan dengan korang semua.

Amalina dan Aizat. Double A. Yang aku tahu, hanya keluar bersama sebanyak lima kali sahaja semenjak mereka bertunang. Sebelum tu tak pernah rasanya. Bagus. Baru orang panggil cinta selepas nikah. Ye dak ?

Apa apa pom aku bersyukur kerana majlis kakakku berlangsung tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Walaupun pada hari berkenaan teramatlah penat. ( acting penat mane tahu tuan punye badan baca, boleh jugak upah, hehe. )

Ohh, ade yang menarik minat aku selamat majlis 3hari 3malam atu. Iaitu budaya orang disana dan juru kamera kakakku. Fuhh, penat melayan bos. Dalam bahasa Terengganunya " Dok dang nok epek boh. "

Budaya orang disana sangat menarik. Disemenanjung kebiasaannya majlis akan berlangsung selama satu hari satu malam. Tapi disana, tiga hari tiga malam.  Ada Empat majlis utama iaitu Nikah, Mengelupis, Berinai dan Bersanding.. Majlis kakak berlangsung pada 10hb, 14hb dan 15hb. Asalnya 13hb, 14hb dan 15hb. Tetapi oleh kerana ade sesuatu yang tidak dapat dielakkan, maka tarikh Menikah diperawalkan. Maka masalah pom berlaku kepadaku kerana tiket flight aku pada 12hb. Oleh sebab yang demikian, terpaksalah aku menukar tarikh kepada 9hb. Dalam bahasa yang mudah, membeli tiket lain, hehe. Kena main aku dengan Si Shukri. Tapi tak ape, aku dah kena main jadi aku mainkan pulak kakak aku dengan si Shukri ini. Aku cakap flight aku turun 12hb. Aku tak cakap aku balik 9hb. Maka semua terkejut bila aku balik, haha.

Ok berbalik kepada majlis. Majlis Pertama ialah Menikah. Semua tahu kan, jadi tak perlu diceritakan kerana semuanya selamat.


Rasa macam nak menikah jugak nie, hoho. 


Yang baju kuning nie abah aku. Ini baru Gentle nikahkan anak, hehe.


Haa, yang berbaju kuning kuning oren dan bertudung oren itu Ummi kesayanganku.

Majlis Kedua adalah Mengelupis. Orang Semenanjung jarang dengar kan ? dan mungkin juga tidak tahu. Oke, Mengelupis nie macam ketupat. Pada siangnya, orang reramai datang menganyam Kelupis nie.


Ani nya bah Mengelupis. Macam di Semenanjung kita menganyam ketupat. Lebih kurang la tu, hoho. Pada malamnya pulak, acara Mendadih akan dilakukan. Iaitu Kelupis yang dianyam tadi akan dimasak didalam kawah untuk dihidangkan pada esok hari dalam majlis Berinai. Got it ? Biasala aku, bab bab memberi keterangan nie kureng sikit.

Majlis yang seterusnya sama seperti di Semenanjung iaitu Bersanding, menjadi Raja Sehari. Aku rase itu sahaja kot untuk entri nie. Nanti ade nasi tambah kita tambah lagi ya ? hehe.


Semoga Berbahagia ya Kakak !

Apr 3, 2013

Dia seorang FOTOGRAFER.

Seorang kawan. Dia seorang fotographer bertauliah sama seperti aku dan kawankawan yang lain. Dulu ada membentuk satu kumpulan Fotografer. Aku yang bertanggungjawab memilih ahli. Aku sengaja tidak memasukkan namanya dalam kumpulan itu. Kerana apa ? Kerana aku dah boleh baca perangai dia semenjak di Batu Buruk Beach Resort dulu.

Dia memang berbakat dalam bidang fotografi. Aku memang respect. Solute bro. Tapi aku tak berkenan perangai dia. 

Aku bukannya kejam tak mahu masukkan nama dia. Tapi naluri kata jangan dulu. Cewah. Biarkanlah. Perkara yang lepas jangan dikenang.

Tapi sekarang selepas beberapa bulan, aku nampak perkembangan dia. Sangat Mantop, Bro. Dia memang berbakat. Bukan saja komposisi gambar yang mantop. Malah, teknik editing dia pun sangat membanggakan. Kalaulah dia bukan dia. Wow, aku dapat bayangkan yang "Syndicate Photo Youth" dapat berkembang lebih hebat lagi. 

Papepun, tahniah bro. Gua bangga sama lu walaupun perangai lu macam harem. Gua bangga cuma pada bakat lu je. Tak lebih tau. 

Sahabatsahabat pembaca sapa yang ada majlis perkahwinan dan masih kaburkabur dengan fotografer boleh PM gua. Kita boleh hantar beliau atas dasar Profesionalism. Gua jamin korang semua akan berpuas hati.

Mar 18, 2013

Karma.

Kite senangsenang je mengkhianati orang. Menzalimi orang. Mungkir janji. Buat orang sakit hati. Ambil barang orang. Menfitnah orang. Mengadili orang sesuka hati. Kita rasa kita bos kan ?

Sedarkah kita bahawa Allah S.W.T itu Maha Adil ? Setiap apa yang kita buat secara automatiknya akan berbalik pada kita sendiri ? Bila tiba waktu itu, baru kita tahu apa yang orang rasa. Baru kita tahu betapa sakitnya hati orang. Dan baru kita tahu betapa jahatnya kita. Zalim nya kita.

So, sebelum melakukan sesuatu, fikirkan akibat dikemuadia hati supaya kita tidak lalai.

Selamat Pagi warga Blogger ~

Feb 23, 2013

Jangan Sampai Semuanya Tergadai.

Dulu aku langsung tak minat pasal nie. Tak minat sangat - sangat dan aku harap aku tak akan terlibat. Tapi bila dah jadi macam nie, kesedaran itu muncul dengan bergayanya. PILIHANRAYA UMUM. 

Ye, Pilihanraya. Dulu aku kurang sikit kalau bab - bab mengundi nie. Bagi aku, aku tak ambil port pom tak pe. Sape lah aku kan? Janji Malaysia tanah tempat aku membesar nie yang mana negara aku yang terchinte nie aman, damai, makmur.

Tapi sekarang ? macam hampeh. Orang yang berkuase tu satu hal. Nak rebut kuase la, gila kuasa la, hape lah, lantak diorang. aku sebagai orang bawahan tak layak nak g ketuk kepale sorang - sorang. Bikin malu otak letak kat lutut. puii. Yang aku bengang nya orang - orang bawahan nie. Tak sedar ke korang ? tak terase pape ke korang yang Malaysia nie makin lama makin terok ? Aku kalau jadi orang luar, aku tepuk tangan dah oii. Sedar la wahai Rakyat Malaysia !!

Nak berkempen tu, berkempen lah. Nak menegakkan pape pom, tegakkanlah. Tapi, fikir dahulu baru buat. Kan merempat kat negara sendiri. Korang mau ka ?
 
Aku nie bukanlah arif sangat pasal politik, tapi sendiri mau ingat lah. Bukan semua parti kat Malaysia nie sempurna. Ade betol ada yang tak betolnya. Jangan kerana politik kita jadi tak betol. Semua parti ade kelebihan masing - masing. 

Nak sokong yang ini, kite nilai la dulu. Jangan tengok yang ini je betol dan yang itu salah. Ape yang ini buat semua betol walaupom salah. Tapi bila yang itu buat semua salah walapom betol. Tak kena lah kalau macam tu. Sampai bila kita nak maju. Ye dak?

Ade yang sampai tabur fitnah merata - rata. Korang nie nak kate bangang, semua ada pendidikan. Tapi buat kerja tak telus. Puii. Siap Para Ulama' pom kena fitnah. Ape tu semua baii? Korang nak Malaysia nie kena bala dari Yang Maha Esa ka? Hah? Mau? 

Tapi Berita TV3 wa memang tak sokong. Hancur ! Malas lah nak cerita panjang. Kang tak pasai aku kena saman. HHAHA.

Ingat wahai Sahabat yang bijak pandai sekalian. Fikir, Nilai dan buat keputusan. Undian anda adalah rahsia.
Jangan kerana kita, Maruah, Agama, Negara, Keamanan, Ketenteraman kita semua Tergadai. I LOVE MALAYSIA !

Feb 2, 2013

Aku Bukan Seorang Blogger.

Hai Assalamualaikum.

Sehat? Mudah Mudahannya. InsyaAllah. Mase cuti, kebiasaanya korang buat ape? Lepak? Tidur? atau tolong keluarga? Buatlah perkara yang berfaedah. Paling tidak pom jangan buat perkara yang menyusahkan orang laen. Fikir kehadapan sebelum buat sesuatu.

Baru - baru nie ade orang cakap kat aku yang blog aku dah berhabuk enam inci. Wow. Berhabuk sangatkah? Tak sampai setahun pom aku tak update blog aku. hehe.

Aku sebenarnya bukan penulis blog yang tegar. Aku buat blog nie sekadar suka - suka. mengisi masa lapang. Tak terlintas langsung nak jadikan blog aku fofiuler. Aku akan update blog aku time aku betol - betol tak tahu nak buat apa. Hah mase tu lah blog aku muncul. Kiranya blog nie adalah penyelamat terakhir hidup aku yang bosan. kehkehkeh.

Sebab tu lah aku bagi penulis laen masuk conteng - conteng blog aku. Tapi tak jalan jugak. Same je. Macam aku sorang je yang duk ade. Hampeh. Kalau ade sape - sape yang nak masuk conteng - conteng jugak cakap lah. Serius. Tiada bayaran dikenakan. Asalkan jangan terlalu mengarut. 

HOHOHO. Lai Lai Lai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...