Feb 23, 2013

Jangan Sampai Semuanya Tergadai.

Dulu aku langsung tak minat pasal nie. Tak minat sangat - sangat dan aku harap aku tak akan terlibat. Tapi bila dah jadi macam nie, kesedaran itu muncul dengan bergayanya. PILIHANRAYA UMUM. 

Ye, Pilihanraya. Dulu aku kurang sikit kalau bab - bab mengundi nie. Bagi aku, aku tak ambil port pom tak pe. Sape lah aku kan? Janji Malaysia tanah tempat aku membesar nie yang mana negara aku yang terchinte nie aman, damai, makmur.

Tapi sekarang ? macam hampeh. Orang yang berkuase tu satu hal. Nak rebut kuase la, gila kuasa la, hape lah, lantak diorang. aku sebagai orang bawahan tak layak nak g ketuk kepale sorang - sorang. Bikin malu otak letak kat lutut. puii. Yang aku bengang nya orang - orang bawahan nie. Tak sedar ke korang ? tak terase pape ke korang yang Malaysia nie makin lama makin terok ? Aku kalau jadi orang luar, aku tepuk tangan dah oii. Sedar la wahai Rakyat Malaysia !!

Nak berkempen tu, berkempen lah. Nak menegakkan pape pom, tegakkanlah. Tapi, fikir dahulu baru buat. Kan merempat kat negara sendiri. Korang mau ka ?
 
Aku nie bukanlah arif sangat pasal politik, tapi sendiri mau ingat lah. Bukan semua parti kat Malaysia nie sempurna. Ade betol ada yang tak betolnya. Jangan kerana politik kita jadi tak betol. Semua parti ade kelebihan masing - masing. 

Nak sokong yang ini, kite nilai la dulu. Jangan tengok yang ini je betol dan yang itu salah. Ape yang ini buat semua betol walaupom salah. Tapi bila yang itu buat semua salah walapom betol. Tak kena lah kalau macam tu. Sampai bila kita nak maju. Ye dak?

Ade yang sampai tabur fitnah merata - rata. Korang nie nak kate bangang, semua ada pendidikan. Tapi buat kerja tak telus. Puii. Siap Para Ulama' pom kena fitnah. Ape tu semua baii? Korang nak Malaysia nie kena bala dari Yang Maha Esa ka? Hah? Mau? 

Tapi Berita TV3 wa memang tak sokong. Hancur ! Malas lah nak cerita panjang. Kang tak pasai aku kena saman. HHAHA.

Ingat wahai Sahabat yang bijak pandai sekalian. Fikir, Nilai dan buat keputusan. Undian anda adalah rahsia.
Jangan kerana kita, Maruah, Agama, Negara, Keamanan, Ketenteraman kita semua Tergadai. I LOVE MALAYSIA !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...