May 6, 2014

Pakistan di Malaysia

Selamat pagi saya ucapkan. Asyik pagi je Hafiz nie. Okey, hari ini kita ubah sikit. Selamat hari yang indah. Moga sehat selalulah, ye. Yang tak sehat pergilah jumpa doktor, rehat-rehatkan diri. Yang sehat tu mai sini sat cek nak story-story. Tak nak? Tak nak sudahh. Cek story sorang-sorang. Sedih.

Ditempat kerja saya sekarang, bukan semua berasal daripada Malaysia. Kebanyakan dari Negara luar. Orang Melayu disini boleh dikatakan hanya 10 peratus. Rata-rata dari China, Pakistan, Bangladesh, Myammar dan Indonesia. Makanya Orang Melayu disini diibarat semut kecil. Alahai, chomel, hehe.

Islam, kebanyakan daripada Pakistan. Bila bertemujanji di masjid, khutbah disampaikan dalam Bahasa Urdu. Fuhh.. satu cabaran bagi orang lain termasuk saya. Macam mana saya nak faham, ye dak. Kadang-kadang katib dari Indonesia, maka khutbahnya dalam bahasa Indo campuran jawwa. Ya benar dongg.

Bercakap tentang Pakistan. Brotherhood diorang sangat kuat, sangat erat. Masa mula-mula saya datang sini, diorang tahu saya Islam. Saya kenalkan nama saya dengan nama Bukhari. Tetiap hari diorang datang dekat saya. “Bukhari, come come have some tea.” “Bukhari, may I help you?” “Bukhari, have some food at my place this evening. Everyday sedara. Sampai saya pun malas nak jawab. Okey, nevermind, okey, nevermind, okey, nevermind. Tengok awak semua pun malas nak ulang banyak-banyak. Kah.. kah.. kah..

Diorang rasa seronok bila dapat tolong sesame Islam. Pantang tengok seagama mereka dalam kesusahan, confirm diorang tolong. ALLAH akan memudahkan urusan seseorang itu jika seseorang itu memudahkan urusan orang lain. Kita pulak jadi segan bila diorang selalu tolong. Ini orang dari negara lain. Datang negara kita, diorang yang tolong kita. Sepatutnya kitalah yang tolong diorang, ye dak? Eh Hafiz tolong diorang tak? Hehe, tolong.. Kadang-kadang belikan diorang barang basah, suruh diorang masak dan makan ramai-ramai. Diorang tak akan terima kalau bagi macam tu aje. Mesti kena ada sebab. Tulusnya diorang, kan.. Kita? “Weyhh, haritu aku dah tolong kau, kau belanjalah aku. Chicken Chop pun jadilah.” Alahai, kosong. Tak dapat apa-apa.

Dimana letaknya keikhlasan dan ketulusan kita sebenarnya nie? Tak apa, lepas nie kita ubah sama-sama. Sempat lagi nie. Bukan awak semua aje. Saya pun sekali. Together-gether. Kita jadi Mukmin yang sejati. ALLAHU AKHBAR !!


Good Luck, ya ! J

May 3, 2014

Jangan Diulang Kesilapan Yang Sama.

Selamat berhujung minggu saya ucapkan. Cuti-cuti nie buat apa sedara sedari ? Tidur? Halamak, fail lah. Orang yang suka tidur nie orang yang tade matlamat sedara. Aii Hafiz, mengaku dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Hehe. Saya gurau aje tu. Jangan marah aa..

            Dalam hidup kita, pernah tak kita buat kesilapan yang sama dua kali berturut-turut? Kadang-kadang berlaku, kan. Sebab kelalaian kita sendiri. Bukan silap orang lain. Tapi diri kita sendiri. Diri kita! Diri kita!. Kadang-kadang ada orang sampai beberapa kali mengulangi kesilapan yang sama. ALLAHU RABBI. Mintak jauh, sebab orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang tidak mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada kesilapan yang dilakukan.

            Satu kisah, kawan saya. Sewaktu beriadah di Air Terjun tempoh hari. Ingat lagi? Kami bermandi-manda disitu. Seorang kawan, cuba untuk terjun daripada batu yang tinggi ke dalam sungai. Sebelum dia terjun, kawan-kawan yang lain pesan, “Din, terjun tempat yang airnya gelap!”. Sebab lantai sungai berkenaan banyak batu. Dibalasnya okey. Jadi kami saksikan acara terjunan beliau.

            Apabila dia terjun dan naik ke permukaan air, dia berteriak “Aduh.. kaki aku kena batu!”. Laa.. udah dibilang tadi terjunnya ditempat yang gelapp. Jadi kenapa terjun ditempat lain. Bila naik, kakinya terhincut-hincut. Sakit sedara. Jadi dia rehat seketika. Diatas batu yang sama sebelum dia terjun tadi. Ewah, macam mau terjun lagi kan sedara?

            Tak sampai setengah jam. Dia bangun balik. Berdiri dan hendak terjun lagi. Jadi kitorang hanya melihat tanpa sebarang suara. Yang ini kami yakin, dia tak akan terjun tempat yang sama. Belum sempat bersuara, dia terjun tempat yang sama. Aduh.. Hati kau keras, Din. Sama kerasnya dengan batu dijalanan.

            Sebenarnya dia bukan tak pandai, tapi tak ambil pengajaran. Agaknya kaki tu mahu dibalut, hehe. Bukan kutuk, bukan kutuk. Ini pengajaran, okey? Jika silap sekali, jangan diulang untuk kali kedua. Orang tak akan cakap kita silap, tapi tak cerdik.


            Kita jatuh bukan bermakna kita gagal, tapi untuk kita belajar apa itu hidup. Selamat Berhujung Minggu. J

May 2, 2014

Sepupu Ohh Sepupu.

Assalamualaikum. Salam Jumaat saya ucapkan kepada semua. Potong kuku, bersihkan badan dan perkara-perkara sunat yang lain dah buat ka belum ? Masih ada waktu nie. Baru jam 11.02 pagi. Jam saya lah. Waktu Malaysia. Kepada semua kaum Adam yang tak gila, baligh, tak musafir tu, saya nak buat peringatan. Setiap hari Jumaat kita ada temujanji pada tengahari dekat masjid tau. Jangan buat-buat lupa. Yang tak lupa tu jangan pergi masjid duduk bertingguk tepi longkang pulak. Masuk dalam. Jangan dibuat perkara yang sia-sia. Sekadar peringatan untuk kita sesame Islam.

Ehem, awak-awak semua ramai sedara/sepupu/anak buah yang masih kecil ke ?. Mesti ramai kan. Confirm. Kita yang dah kerja, yang dah besar, yang dah sunat kahwin nie takkan tak suka budak-budak kan. Budak-budak kan comel, macam saya, kuikuikui. Masa Hari Raya tentunya meriah bila berkumpul reramai kan. Dengan gelak tawa keluarga kita, kenakalan budak-budak. Uihh, confirm meriah punya.

Tapi yang tak best bila ada dengar suara macam nie, “Abg nak duit rayaa !!”. Part nie tak tipu punya, mesti semua brader-brader dan sister-sister kat luar sana menggunakan kedua-dua belah otak  yangmana otak logik dan otak kreatif dengan cemerlang sekali. Haa awak tu jangan nak jelir lidah. Awak pun sama jugak. Kah.. kah.. kah.

Saya pun macam tu sedara. Awal pagi je ada dekat rumah. Lepas bersalam dengan mak bapak, saya secara automatiknya tidak wujud, hehe. Bukan kedekut, bukan kedekut. Tapi bajet tak sampai. Gile nak tunggu, budak-budak kecik dalam family saya berdozen-dozen. Kalau bagi semua, alamat kena cukur kepala sendiri lah. Kalau yang terjumpa kat mana-mana tu, saya jawab nak duit raya datang rumah. Taktik mesti ada lah machaa.

Budak sekarang dah canggih. Zaman teknologi,hehe. Sekarang baru bulan April. Lambat lagi nak masuk bulan Julai. Tapi saya dah dapat mesej, “Abang bob, duit raya tahun nie jangan lupa. Tahun lepas dah tak dapat”. Alahai sepupu. Kesianlah abang kamu nie, kerja nak sara diri pun tunggang langgang lagi, hehe. Tapi tak apa, kita layan, kita layan. Hati budak-budak jangan kasi kecewa. Bagi harapan dulu. Nanti dah raya kita cabutt. Kah.. kah.. kah..

Cerita pasal sepupu nie, ada satu cerita. Sepupu saya, perempuan. Selalu kalau saya online Facebook, ada kalanya saya tegur dia. Nak berbaik dengan sepupulah katakan. Mula-mula eloklah berchatting. Dia mintak duit raya, saya tepis. Alasan mesti kena mantop. Last-last ditanyanya soalan cepumas. Nah tengok, dah siap printscreen dah.


          Yang ini makin dilayan makin menjadi. Ewah, hehe. Bab-bab kahwin nie allergic sikit. Tapi yang tak boleh tahannya, "Muka je macho tapi takde duit." Alamak den tokonoi eh. Cool Hafiz cool. Control, control. kah.. kah.. kah..


Tapi nasihat saya, kalau yang mampu tu hulur-hulurlah kat budak-budak. Diorang dah penat lelah berpuasa, bagilah upah buat ubat semangat. Biar diorang rasa nak puasa, nak puasa. Sambil-sambil poket kering dapat jugak pahala niat murni tu.  Jangan risau, tak akan jatuh miskin orang yang bersedekah nie. InsyaALLAH.


Ohh nanti saya datang rumah jangan lupa kasi duit raya tau. Saya kan budak kecil lagi, JJJ

May 1, 2014

The Power Of Positive Thinking.

          Amboii Hafiz. Tajuk bukan main kome nie. Mat Salleh gituu, hehe. Okey sebelum hati niat nak kutuk saya tu, sehat ka ? Sehat la noo, noo. Awat bulih tak sehat plak. Kita kan dah faham apa tu diet kesihatan. Tak gitu. Adoii. Kalau tak sehat tu meh nak bagi power sikit. Meh sini, meh sini. Dik, baca kalimah Basmallah dulu. Pegang kepala then cuba ubah minda kita kearah lain. Fikir “Aku sehat aku sehat aku sehattttt”. Hoii bukan tepuk perut sebut bikin malu bikin malu. Aduh..

            Berada didalam satu situasi yang mana bukan berpihak kepada kita. Apa yang anda fikir. Dimana arah tuju minda kita ? Biar saya jawab, kalau saya.. Saya akan berfikir macam mana nak lepaskan diri daripada situasi berkenaan. Eh Fiz, samalah kita. Hahaha. Jawapan tu saya buat denaknya aje.  Nak tengok burung mana yang hinggap. Chop! Jangan marah aa.. Positifkan fikiran, saya hanya melawak, hehe.

            Sebenarnya kan. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Sooner or later. Tapi bergantung kepada mindset, sikap, spiritual dan motivasi kita bagaimana masalah itu akan jadi. Cepat selesai ke, atau lebih teruk ? kita yang tentukan. Kalau minda kita duk pikiaq “Aduh.. macam mana nie. Apa nak buat nie. Matilah aku, matilah.” Bila nak settle masalah tu cik kak oii. Asyik fikir negatif aje. Cuba fikir positif jugak, “Ohh, ujian ALLAH. Mungkin aku kena ubah sikit rambut abang aku nie jadi macam rambut Mawi. Baru nampak berdisplin sikit”. Padahal rambutnya ada tangga. Keh.. keh.. keh.. Pendek kata mindset kitalah yang paling penting. Pendek kata lah. Panjang duk diam ja tuu.

            Mindset kita kalau kita arahkan atau halakan kepada tempat yang betul, serangan daripada Pendekar Penyu pun kita boleh elak. “Aduh ! Pakcik dia baling batu pakcik”. Teriak Ajis. Dibalasnya Pendekar Mushtar Kg Pinang Sebatang “Kenapa kamu tak elak?”
            “Macam mana saya nak elakk, elak pakai batu pakcik belum ajarr.” Jawabnya Ajis. Filem Pendekar Bujang Lapok. Keh.. keh.. keh..

            Sikap kita penting jugak, bang. Jangan gelabah bila dapat masalah. Jadi seorang yang macho. Matured. Maksud dia cool la. Kalau gelabah assalamualaikum lah. Tenang dulu, tenang. Fikir baik-baik. Mental atau spiritual kita pun jangan padam. Barulah emosi kita stabil. Motivasi kita pun tentu akan kukuh.

            Esok ada perlawanan bola. Team yang kita minat kita sokong. Manchester United contohnya. Main pukul 3.45 pagi. Liga Juara-Juara. Biasalah lewat. Kita tidur awal. Saya shorkan jangan time jam. Tapi mindset kita arahkan kepada nak bangun tengok bola. Focus, kita tengok esok kita bangun tak. Confirm tak bangun sebab Manchester United dah jadi team belasahan sekarang. Kah.. kah.. kah..

            Tapi saya bagitahu betol nie. Tak tipu punya. Ubah mindset kita. Sentiasa berfikiran positif. Benda yang kurang elok, kalau kita melihat benda tu dengan fikiran positif benda tu akan jadi positif, jadi elok. Contohnya macam rambut tadi la. Dah kita buat tangga. Uihh negatif tu sedare, kalau tuan kepala tahu, kepala kita yang benjol. Naya kita. Botakkan terus, bila abang tanya kenapa botakkan kepala dia, jawab dengan tenang. “Bang, Mawi dulu dapat awek ramai sebab rambut macam nielah. Orang duk gila-gilakan dia tu sebab rambut macam nie, haa macam nie”. Lepas tu kita pakai selipar lari laju-laju tau. Jangan pandang belakang. Lari macam orang gila pun tak apa. Yang penting kita selamat, hahaha.

Selalu Positif ya ! JJJ

Apr 30, 2014

Beriadah.

Hohoohoii. Solamat pagi. Eh pagi lagi ke ? Esh masih pagi lagi nie encik-encik dan cik-cik semua. Haa pagi tadi bangun subuh tak ? Haa menggelabah menggelabah, hehe. Saya gurau je. Mesti bangun semua nie. Confirm confirm. Passsti. Yang terlepas tu cepat-cepat taubat. Sementara masih ada waktu.

            Nak jadi insan yang Berjaya, modal insan yang cemerlang MESTI, WAJIB tak tinggal solat lima waktu, InsyaALLAH. Solat lima waktu adalah kunci segala-galanya. Daripada rezeki sampai kepada kejayaan didunia mahupun akhirat. Okey subuh tadi pukul berapa ? Haa.. haa.. haa.. tengok apa tu, takwin islam ke ? hehe. Abg Hafiz nie macam tak percaya orang jee. Alah, abg gurau jelahh. Jangan ambil hati ye. Pagi-pagi kena senyum. Baru rezeki mudah masuk.

            Tempoh hari saya ada ke satu tempat. Kawasan riadah gitu. Mana tu ? Air terjun. Best. Sejuk. Hampir enam bulan saya berkerja di Tasik Kenyir nie, ini first time saya bawak kawan-kawan sekerja saya pergi beriadah di air terjun. Dekat-dekat sini je. Bertolak seawal 10 pagi dari sini. Amboii awal ke tuu ? Eh awal la tu. Awak-awak semua nak ke mandi air terjun pepagi buta nie, sejuk bak hang. Sebenarnya benda nie tak dirancang. Pukul sembilan masing-masing buat keputusan nak keluar. So saya bagi cadangan, “Apa kata kita pergi air terjun?”. Masing-masing setuju. Then terus gerak. Plan last minute nie mantopp, hehe.

            Sampai kat air terjun dalam pukul 12.30. Eh jauhnye Encik Hafiz ? Mana ada jauh, kitorang berenti beli bekal makan. Dalam sana kitorang nak kedarah apa kalau tak bawak bekal kan, hehe. Sesampainya kami disana, nak masuk parking dicas tiga ringgit. Sebab bawak Van. Biasalah ramai, tujuh orang. Okey kira biasa sebab kat mana-mana parking berbayar. Lepas parking nak masuk dalam kena bayar lagi dua ringgit satu kepala. Uihh, masuk Pavillion tak bayar pun.

            Hafizz, takkan kena bayar sikit tu pun nak berkira. Kedekut sangat awak nie. Bukan berkira kakak oii. Kalau berbaloi tak apa. Nie tengok kiri sampah. Tengok kanan sampah. Depan tak teratur. Yang cantik cuma dekat pintu masuk tu. Haih mana boleh macam nie. Macam mana tempat nie nak maju. Berbayar tapi tak terurus. Sekurang-kurangnya bagilah terurus sikit. Tangga-tangga yang ada tu simen baru. Dah berlumut enam inci dah. Kalaulah budak-budak atau wanita mengandung atau sapa-sapalah yang lalu dan tergelincir. Haa, sapa nak jawab ? “Keselamatan anda adalah tanggungjawab sendiri”. Signboard dia gedabak tulis nie. Tak boleh salahkan dia, tak boleh salahkan dia. Inilah Malaysia. Bukan nak kutuk, apa lagi jatuhkan. Tapi bagitahu. Yang mana cantik, ambil dan gunapakai. Yang tak sesuai, abaikan. Simple.

Tapiiiii, yang bestnya air kat sini cantik. Jernih. Sejuk. Kitorang pergi hari Ahad. Dalam fikiran saya, ahad mesti tade orang sebab kerja. Tapi meleset. Nak parking pun susah. Bayangkanlah ramai mana. Cuti umum, hehe. Nak mandi pun cek kena beratoq abang kakak oii. Yang paling penting kalau sampai kat air terjun nie, tak kisah lah kat mana-mana pun. Bawak goggle. Sebab pa plak Apih oiii ? Haa nak tahu rahsia tak ? Bila pergi air terjun, menyelam pakai goggle. Lepas tu awak-awak semua tahulah apa yang ada kat dasar sungai tu. Sampah melambak, hahaha. Alah saya gurau jee. Bila pakai goggle, pandangan akan clear. Masa tulah nampak kebesaran ALLAH. Ikan-ikan banyak. Ibarat duduk dalam aquarium. Uihh padu bak hang.


Okey okey. Saya dah tak kutuk dah. Sekadar luahan. Tak kisah bayaran. Tapi mesti kena berbaloi. Baru orang selesa, hehe. See you ollss around ! J

Apr 29, 2014

Badan Masti Mau Jaga Maa.

Eh berjumpa lagi kita ya. Ada jodoh niee, hehe. Sehat kah kita ?. Alhamdulillah, sehat kan ? kan ? kan ?. Bawak-bawak lah pelihara sikit badan kita yang tegap nie, yang cantik nie, yang tiptop nie. Tade lah telebih kulit nanti, hehe. Jangan duduk terperap kat rumah tonton wayang Korea aje. Tak berubahnya kita jadi macam diorang. Plastic je semua tu. Eh terasa ke ? Bukan awak, bukan awak. Tu yang duk kat Monaco tu. Jangan perasan ye.

Ada satu kisah, teman saya. Masa kat sekolah dulu punyalah tegap badan. Macam orang pergi main besi. Main besi ? Eh tak tahu ke ? Main gym lah. Yang angkat-angkat besi tu. Tapi dia tak main gym pun. Duduk kat hostel. Sama macam saya. Kat hostel mana ada gym. Anugerah daripada ALLAH.

Sekarang bila jumpa balik, badan dah macam Badak Sumbu. Terkejut jugak saya. Yelah dulu masa kat sekolah dia makan banyak mana pun badan dia tak akan naik. Sebab dia ahli sukan. Macam-macam sukan dia main. Tapi sekarang dah macam makan serbuk penaik dah, hehe. Saya tanya lah dia apa yang dia makan sampai aktif sangat ternak lemak nie. Dia cakap dia makan macam biasa, tapi duduk terperuk kat rumah je. Laaa.. macam mana tak naik badan tu. Esh esh eshhh.

Zaman sekarang. Duduk rumah pun boleh buat kerja. Yelah zaman teknologi dihujung jari. Pakai sent kat email aje. Tak boleh lah macam tu awak-awak semua. Tak sihat nanti kita macam tu. Sehari buat senaman 30 minit pun jadi kalau dah malas sangat. Janji keluar peluh tu. Tak ade lah badan tu kembang nanti. Kalau kembang kite cool tak apa. Ini bila jadi macam tu heboh satu kampung. Bukan setakat kampung. Orang dekat Australia pun tahu. Eh kenapa plak Fiz ? Zaman teknologi, hehe. Sendiri paham lah.

Mesti macam-macam cara yang kita buat kan, untuk jaga badan daripada naik. Ada yang ambil supliment, ada yang diet, macam-macam lagi lah. Tak salah sebenarnya. Bagus la tu, orang kata ada juga usahanya. Yang saya nak sentuh sangat bila diet. Kita ada check tak yang diet kita buat tu betul ke idak. Takut-takut nanti tersilap step, daripada nak jaga kesihatan langsung jadi penyakit. Haa bahaya tau. Diet bukan bermaksud tak makan langsung. Tapi makan makanan yang berkhasiat sahaja. Haa menggelabah menggelabah. Bukan awak-awak semua. Saya tahu awak-awak semua amalkan diet yang betul. Yakin.


Kalau betul-betul nak diet, dapatkan nasihat atau belajar cara diet yang betul daripada orang yang betul. Bukan daripada jurujual. Diorang main sebat je. Yelah nak majukan produk diorang. Tanya doktor atau pakar diet/pemakanan. Lepas tu baru diet. Tau, nanti dah Berjaya bagitau saya. Nanti saya poskan ucapan tahniah. Ops sebelum terlambat. Sesiapa yang dah Berjaya, tahniah la saya ucapkan. Syabas gangster, hehe. J

Apr 28, 2014

Sabar itu Perlu.

Kadang-kadang hidup tak pernah sama apa yang diharapkan, kan ? Kita dah plan baik punya. Tapi tiba masa tak jadi. Lepastu mula salahkan apa yang boleh disalahkan. Kalau kucing yang lalu kat depan time tu, kucing tu kita salahkan. Nie wa cakap sama luuu. Apa yang plan tak jadi mesti kita melenting lah walaupun kita-kita je tahu. Kan ?. Haa.. jangan nak buat-buat angkat bahu. Saya nie pun manusia macam awak-awak semua. Aik, jangan marah jangan marah. Nanti kedut-kedut muka yang comel tu, hehe.

Okey okey jangan marah jangan marah. Kita bincang kita bincang. Macam mana rezeki nak masuk kalau asyik nak marah je. Nak melenting je. Nak sentapp je. Nak melantun je. Cuba sabar. Kan manis macam tu. Senyum sikit. Alahai manis, hehe. Kan sabar itu sebahagian daripada iman. Haa..

Cuba kita pandang kebelakang. Jauhhh. Teliti balik. Apabila sesuatu yang kita plan tapi tak jadi dan jadi benda lain tuu, apa salah kita. Silap kita. Kita nie kalau jadi apa-apa mesti kita nak salahkan orang dulu. Jarang bebeno nak salahkan diri sendiri. Jangan salahkan orang. Mungkin salah kita tapi kita tak nampak. Sebab masa tu kita nak marah kan ? Manusia time marah, bukan dia jadi diri sendiri tau. Dia dah berkawan dengan syaitan. Haa nak ke ? Saya taknak. Baik saya berkawan dengan orang utan dalam hutan serba canggih nie. Terhiburlah jugak hati tengok gelagat dia.

Awak-awak semua nak tahu tak ? ALLAH selalu menguji hambaNYA yang beriman. Ohh dah tahu ? Dah tahu kenapa marah ? Haa iman tak kuat yee, hehe. Sebab itu wujudnya sabar. Jangan biarkan amarah tu menguasai minda, hati dan jiwa kita. Lama-lama lekat sikap panas baran baru tahu. Tade sape nak kawan. Nak ke ? Haa tak nak tak nak.

Jadi lepas nie kita sabar boleh ? Together gether. Jika saya marah awak-awak tegur saya dan jika awak-awak marah saya lempang awak-awak semua. Deal ? kah.. kah.. kah..

Lepas semua yang jadi tidak mengikut plan kita, kita sepatutnya nilai balik apa hikmah yang ada. Mungkin plan kita tak sesuai. Jika plan kita nak pergi berkelah di air terjun dan tiba-tiba hujan. Tak jadi pergi. Mungkin jika tak hujan ada perkara buruk yang berlaku. Lemas ke jatuh ke. Ehh bukan mintak, itukan contoh. Jep Sepah pun selalu kata macam nie, hehe. Anggaplah kita nie pensel. Hanya mampu merancang. Serahkan pemadamnya pada ALLAH. DIA sebaik-baik perancang. Alah ayat nie dah biasa dengar lah Hafiz oii !. Dah tu kenapa marah bila semua tak jadi ? Dah tahu buat cara tahu. Jangan jadi kayu.

“Aikk, ayahanda marah ? Oleh kerana ayahanda marah, seluruh harta ayahanda anakanda rampass !”. Tiga Abdul. Keh.. keh.. keh..


Gunakan akal fikiran dengan sebaiknya. Jika betul cara kita menggunakan anugerah terhebat ini, pasti amarah takkan datang menyerang. Believe or not ? Believe it ! JJJ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...