Assalamualaikum
semua. Sudah beberapa semester kita tidak bersua muka bergurau senda. Rindu
pulak rasanya. Cewah, hehe. Apa khabar kita semua ? Mudah-mudahan sehat
sentiasa. Beberapa minggu sebelumnya saya sibuk seketika menguruskan projek
juta-juta. Uihh juta-juta bak hang, haha. Saya bergurau aje. Saja nak tengok
senyuman manis melirik dibibir kamu semua. Kan manis begitu. Alahai comelnya.
Kalau
saya tanya kamu begini, “ Bro, kawan aku
kata rumah yang bentuk macam rumah kau nie tak best. Bentuk buruk, tak menawan
langsung. Dah la laman rumah tak besar. “
Apa
yang kamu rasa kalau saya tanya soalan begini ? Mesti kamu nak marah, kan. Bila
kejadian serupa ini berlaku, kita manusia ada dua cara aje untuk menjawab. Pertama
kita jawab mengikut perasaan. Secara jujurnya saya tidak berapa berkenan dengan
cara ini. Boleh bawa bergaduh. Tapi cara ini yang selalu kita guna. Apa
tidaknya, rumah kita tu dah la mahal, boleh pulak dia kata macam itu. Haish
bagi pelempang sebijik baru tahu. Kan ? Hehe.
Cara
yang kedua
ialah menggunakan kaedah psikologi. Menjawab soalan dengan soalan. Cara ini
sangat berkesan untuk mengajar orang yang tiada adab. Haa..
Baru-baru
nie ada seorang pemuda duduk dikedai. Berhadapan dengan seorang pakcik.
Bersebelahan dengan saya dan kawan-kawan. Jadi ingin dijadikan cerita, pemuda
berkenaan membuka cerita dengan pakcik dihadapan beliau. Sembang punya sembang
pemuda ini bertanya pakcik berkenaan.
Pemuda : Pakcik, dengar kata Kelantan tak maju, kan ? Kawan saya kata
laa..
Pakcik : Em, kamu dari mana ?
Pemuda : Saya
dari Selangor.
Pakcik : Oyaka. Ok, kenapa
kamu kata Kelantan tak maju ?
Pemuda : Pakcik
tengok la, jalan tak cantik. Negeri tak kaya. Pembangunan tak ada. Bangunan
tinggi-tinggi mana ada.
Pakcik : Emm.. Kamu pernah
pergi Kelantan ?
Pemuda : Err.. Belum lagi, hehe.
Kawan saya kata macam tu, jadi saya rasa malas nak pergi sana.
Pakcik : Jadi kamu dengar
kawan kamu kata lah ? Kawan kamu tu pergi Kelantan tutup mata agaknya. Pakcik
nak tanya kamu. Dekat Selangor, bangunan yang tinggi-tinggi tu siapa punya ?
Pemuda : Kebanyakannya Chinese la pakcik.
Pakcik : Kamu tahu dekat
Kelantan, tanah orang melayu hampir 100% .
dekat mana kamu boleh jumpa macam nie ?
Pemuda : … .. ..
Pakcik : Bangunan kat sini
kebanyakan hak milik Melayu. Dekat mana lagi kamu boleh jumpa ?
Pemuda : … .. ..
Pakcik : Pakcik akui, Negeri
Kelantan mungkin miskin. Tapi rakyatnya kaya. Pemerintah tak makan duit rakyat.
Mana kamu mahu, negeri kaya atau kita yang kaya? Kalau bangunan tinggi melangit
sekalipun, kalau rakyatnya nak masuk, pakcik maksudkan kita. Nak masuk tapi
kena bayar. Apa beza dia ? Sudahlah menyusahkan kita. Diberi kemudahan kepada
kita tapi kena bayar pulak.
Pemuda : … .. ..
Pakcik : Jadi jangan dengar
orang kata. Kita cari jawapan sendiri. Baru betul.
Pemuda : Baiklah pakcik. Pakcik
orang Kelantan ?
Pakcik : Tidak. Pakcik orang
Selangor.
Haa.. Mana mau cara pertama atau
kedua ? Pilihan ditangan kamu. Tapi nak pilih cara kedua, kita kena ambil tahu,
banyak membaca dan banyak belajar. Bukan jadi kayu. Kaedah soalan dibalas
dengan soalan memang sangat berguna bila kita rasa dikritik menggunakan soalan.
Cuba dulu baru tahu.
Jadi lepas nie nak kritik orang, nak
mengata kat orang, fikir dulu nilai dulu dan fahami dulu. Jadi main langgar aje.
Kan dah malu. Kalau dah rasa kita itu hebat, buat apa memperlekehkan orang
lain? Orang yang hebat tak menjatuhkan orang lain, sebaliknya memperhebatkan
orang lain. Hebat Hebat.
Orang Kelantan jangan ambil hati
naa. Ini cerita betul. Orang Selangor pun naa.. Kalau tak makan chilli jangan
terasa sangat. Buat tak tahu aje, hehe
JJJ