Nov 9, 2011

Kecelakaan Lebuhraya.

  " Bro, Honda EK tu asyik cucuk angin kau je sejak tadi aku tengok. Kau tak panas ke?" Din bersuara antara dengar dan tidak, tenggelam dek bunyi angin dan bunyi ngauman exzoz charade aura biru metallic di atas Lebuhraya Pantai Timur, Ajil - Dungun.
  " Panas? ha aku lagi panas ingat pasal powerwindow nie mainkan aku tadi." Spontan jawapan ringkas keluar tanpa berfikir panjang. Tengahari tadi setibanya di Terengganu dari Pahang, Powerwindow sebelah pemandu tidak boleh dinaikkan. Cuaca mendung yang amat merumitkan keadaan sampaikan hampir satu kampung datang tuk naikkan tingkap nih. Nasib baik tingkap nie takut kat pomen kedai tu. Kalau tak melayan duet aku.
  " Kalau aku la, aku dah jatuhkan gear, tekan minyak biar EK tu makan asap sikit. Dia ingat enjin kereta nie kayu ke ape?" Din lagi bersuara nada memerli.
  " Aii Din, macam kaso je bunyinye." dalam hati aku dah ade api sikit nie. Sepupu aku kat belakang slow-slow bersuara.
  " Kereta nie tadek minyak kot."
Vrooooooooommm!
  " Hah! Proton Wira pulak? Siap blow kat kau Fiz? Kalau aku kejar!" Kepala Din sedikit dinaikkan untuk melihat kereta Wira putih dihadapan.
Gear 4 dijatuhkan lantas pedal minyak ditekan sekuat-kuatnya. Bunyi ngauman enjin kedengaran dicampur ngauman exzoz Charade Aura yang memberangsangkan. Amat membingitkan.
  " 120.."
 " 130.."
  " 140.."
  "150.."
  "160.."
Sepupuku menyebut jarum yang melalui meter dihadapanku. Kereta EK masih berada belakang keretaku. Rapat. Aku tersenyum. Wira ketinggalan dibelakang beberapa buah kereta selepas EK dibelakang.
  " Nie baru kereta. Joki maut. Pantang dicabar. Penuh emosi, wawasan, penampilan dan ketrampilan." Din membuat nada memerli bersama gelak ketawa dengan sepupuku.
  " Joki maut palo otok mun. Tengok member aku kat belakang tu? Siap bagi high beam lagi." aku bersuara. Honda EK berwarna putih dibelakang milik kawanku membeli lampu tinggi menandakan keretanya mampu di'accelerate' lagi. Lantak lah kau. Kau kereta ape aku kereta ape.
  " Tengok kereta la, Bro. Enjin jangan cakap la. Enjin Daihatsu nak lawan enjin Vtec. Jauh." Din bersuara lagi menjawab soalanku. Kereta masih meluncur laju. Wira masih tidak berputus asa. Makin laju, makin  menghampiri keretaku.
  " Aiseh. tak boleh nie Din." Aku melepaskan tunjalan pedal minyak untuk memerlahankan kereta, lampu signal diberikan bagi memasuki lorong kiri diikuti kereta EK dibelakang. Kereta Wira masih meluncur laju memotong kereta aku. Hon diberikan, lantas aku memberi High Beam kepadanya.
  " Gile ke ape mamat yang bawak Wira tu? Dia tak nampak ke depan tu ade satu lorong je? Jalan buzy macam ni. Nak mati ke?." kata-kata ku ibarat mulut disaluti garam. Belum sempat mata berkelip..
Sreeettttttttt! banggg!
  " Allah, Din, Wira tu eksiden la woii!" suara dinaikkan 6 bar.
  " Berenti, berenti, berenti. jangan berenti dekat. Berhenti kat sini dulu jup." Din memberikan arahan. Aku memberhentikan kereta lalu keluar daripada kereta. Honda EK turut berhenti dan kawanku keluar daripada kereta tersebut.
  " Kawan kau ke Wira tu?" aku bertanya Safwan, pemilik kereta Honda tersebut.
  " Eh bukan. Kawan aku takde nye giler macam dia. Dah nampak satu lorong, pergi pecut lagi buat apa. Dah order batu nisan agaknye tu." Safwan menjawab dengan nada memerli.
  " Dah tu macam mana nie?" Aku menjadi serba salah.
  " Macam mana apa? Kita jalan. dah nak magrib nie, Bro. Takkan nak solat atas highway nie kot." Selamber jawapan Safwan.
  " Tu macam mana?" muncung mulutku diulurkan kepada kereta wira dihadapan sana.
  " Yang tu jangan risau, tu tuan dia keluar elok je aku tengok. Kereta dia je yang teruk tu. Tuan tak apa-apa. Dah jom gerak!" Safwan memberikan cadangan yang 'bernas'.
  " Agak gile lah kau Wan." Din menyampuk.
  " Gila apa? Dia yang cari pasai. Tanggung sendiri ma." Sambil gelak.
  " Esh. aku tak sedap hati la Wan. Jom la tengok jup. Lagipun kita speed sama-sama tadi." Ujarku dengan nada mendatar.

   

  "Macam mana Bang? Okey? Saya gerak dulu ye? Ade keje kat Dungun. Saya dah call polis, Abg tunggu sini je, okay?" Aku sempat bertegur sapa dengan tuan empunya Wira sebelum bergegas ke Dungun. Keretanya hancur dihadapan akibat berlanggar dengan pembahagi jalan. Nasib baik dia tidak mengalami kecederaan serius.
  " Okey bos!. Sikit je nie. Tak perasan tadi. " Dia memberi jawapan.
  "Saya dah hon da tadi, abg tak perasan kot." Mungkin dia dah esaited dapat potong aku, lupe tengok depan. HAHA! jahat pemikiran!
  " Bang, kalau polis tanya jangan sangkut dengan kitorang ye!" Safwan sempat bersuara nada mewarning. Bodoh la mamat tuh. Tau salah tak nak mengaku pulak.
So, aku gerak dengan tujuan asal. Dengan pemanduan yang perlahan, berhati-hati, bersopan santun. HAHA.
Giler Ketar!


P/S : Kalau bapak aku tahu aku lumbe gune kereta die. MAMPOS!

Oct 5, 2011

Pak Arab punya kisah.

Hari nie aku didatangi pendatang dengan keizinan dari Mesir tuk buat Medical Offshore. Kebetulan pandai berbahasa Malaysia.

Assalamualaikum adik!

Er. Waalaikumussalam. ( terkejut )

Whats your name? ( pelat Arab)

Er . . ( asal tetibe tanye name aku nih? ) Hafiz Bukhari Sir.

Ohh. Such a lovely name. Ana Mahmoud Abdel Khader Mahmoud Ahmed Kamel.

( MasayaAllah name panjang nak mampos )

Umur adik berape tahun?

Emm.. 21 Sir. ( tersenyum kambing )

Wow! you looks like my little son. haha

( Bangang punye arab. )
Have a seat Sir.. ( Aku nak buat ujian telinge )

Okey okey thanks..
Adik ana mahu tanya, adik ada girlfriend?

( Aik? romentik soalan Pak Arab nie. )
Err. Sorry Sir i dont have any girlfriend.

Waa.. Rugi la adik. Sekarang banyak wanita cantik..

( Hah lantak kau )

Adik pernah mengorat gadis cantik?

( Tipu la aku kalau aku cakap tak pernah. )
Why Sir?

Just asking. Becouse you have a baby face. Really nice. ( tersenyum )

Sir please push this button once u hear something. ( aku nak buat keje aku kau duk puji pulak. )

Lepas habis periksa..

Son,  good enough?

( amende pulak nihh )
Sorry?

Telinga ana. bagus?

Ohh. okey Sir. Semua ok.

Kamu pernah solat dalam keadaan terdesak?

( Amende la soalan die nie, aku tak faham laa )
Sorry sir?

Pernah rase tenang lepas solat?

Ofcoz sir. Why?

Ana tahu ramai lagi kat luar sane, tapi dah asar nie. Ana tengok kamu xkeluar pom ambil wuduk dan solat?

( Addus. terkene aku. )
Saye perlu habiskan ini dulu tuan.

It's okay. I'll tell my friends that u want perform your solat. Its really okey son. Just go on. ( senyum )

( malu aku )
Okey Sir. Thank you Sir.

No no no. dont thanks to me. Thanks to Allah.

( Ops )
Syukran.

Yes, like that. Ohh, before u go, i want asking u some question, can i?

( amende lagi nihh, tadi suruh aku pergi.. )
Yes?

Dua orang pekerja kamu tu kenape tak pakai tudung?

( wah soalan! mencabar nihh )
Sorry Sir.  Diorang rakan sekerja saye. bukan pekerja saye. Emm.. i dont know bout it sir. Sorry.

Kamu perlu ambil tahu. Die bekerje bersama kamu. Aurat terbuka sana sini. Dosa! kamu yang tanggung. MasyaAllah. Living in sins.

( Allah. semputtt. )
( Kucing mane xsambar ikan depan mate. )
I'll try sir.

No. you must! No try try.

YES SIR!
Sir, i want to perform my solat.

Yes, son go on.

Lepas Sembahyang aku terus keluar klinik nak amek udare sikit. keje aku da ade org ovetake.
Tengah syok2 sembang ngan driver diorang, datang lagi pak arab nie.

( ahh sudahh )
Hello sir..

Assalamualaikum.

Err.. Waalaikumussalam. ( asal asyik kene je aku nie. Haa duduk tepi aku pulak, elok )

Son u smoke?

Sorry sir, say no to smoker. ( haha )

You lie to me. ( muke selumber )

( Arrgg? How did this happen to meeeeeeee? )
aku hanya mampu menyenyumkan diriku.

Take this cigarette. handmade from egypt.

Driver tadi menyampuk.
Amek je orang kasi.

Thanks Sir.

How long u smoke?

( Err.. Td suke kenekan aku ye. nie time aku pulak. )
Just a second sir. ( muke selumber. ) haha

What?

Sorry sir? ( haha )

Did u understand what i mean?

Ohh. totally sir. why?

Ohh nothing. ( muke selumber lagi. )

( Ini olang maa. kasi aja dulu baru dia leti maa )
Sir, did u have a lighter?

Yes ofcoz. ( masok tangan dalam kocek amek lighter. )

( Aku nak senyum tapi aku tahan )
( Aku amek lighter aku dalam poket aku buat keluar dan dgn selumber aku concos itu ronkok. ) haha

( Die hulur lighter die )

Sir, my cigarette already burn. Suddenly. ( Magik x? )haha

Ohh God...

Why sir?( aku xtahan suke nie. Driver die dah senyum2 kambeng da. )

Ohh nevermind.

Sir, your cigarette really really really.. ( aku xhabes cakap lagi die dah sambung. haa lantak kau. )

Mengasyikkan? this is a handmade. Terbaik dari ladang. hehe

No sir. bukan mengasyikkan. Tp buat saye nk buang air. excuse me. ( hehe )

Aku bangun nak belah. Tibe-tibe..

Son, I am sorry.. hekhekhek.. ( die ketawe.. )

( selumber aku balas. )
I'm sorry too uncle.. haha

Kamu pandai kenekan orang. Smart!

Eh, why not.. hehe

Nice to meet u son.

Thank you sir.

Aku membelahkan diriku. hahaha. AdiOs!

Jun 30, 2011

Perkahwinan Big Brother and Sister ..

. . Assalamualaikum . .

Alhamdulillah.. Entri kali nie aku nak kongsi sikit gambar "saeng rapat" aku kat korang-korang sume, insyaAllah.
Sebelum tu aku nak mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana menyatukan sahabat aku dua orang nie. Walaupun pada zahir dan hakikatnya aku kurang dapat menerimanya. haha. bukan sebab laen der, jangan silap paham. Dulu diorang satu kelas. sebelah kelas aku. Dulu bukan maen kau kutuk aku, aku kutuk kau. sekarang tau-tau da kawen. korang boleh terime bulat-bulat ke? taboley kan? hahaha. macam tu laa. 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar daripada malam akad nikah sampai kenduri sebelah lelaki. Cume malam akad nikah tu je la yang lucu sangat2. haha. taboley cerita taboley. malu diorang syehhh. haha.

ehem3..


Nie gambar suasana dalam masjid Meraga Beris malam akad nikah.


Berdebar der.. macam aku plak yang nak akad nikah malam tu. haha


Yang baju putih seluar hitam tu bapak pengantin perempuan.


mase nie mula majlis. sume muke batu lagi. khusyuk dengar Tok Kadi cakap.


Gambar mase pengantin Akad aku xde. mase tu aku amek video. buat sample belateh nanti. haha


Haa. nie baru betul tadah tangan pengantin! nie Tok Kadi baru bace Khutbah ko da tadah doa. kan da malu. heee~~


Naim. Saksi sebelah lelaki.


Mase nie aku ingat Tok Kadi tu kate ape. " Hak nie surat sementara, kalau pergi pantai ade orang turun kete tunjuk surat nie. Kompem sek die lari." haha


Awuuuuw!! Azlina Azman. Comey! haha


Malu-malu lagi mase nie. hehe


Sarung cincin der.


 Nak tau ape jadi mase nie? haha. pengantin pompuan tolak pengantin lelaki. MOOD : MALU. kuang3


same.


Yang nie famili sebelah lelaki dan pompuan.


hehe. sempat bergambar di pantai.


Ade gaye cerita hindustan?


Pehh! Solute Bro!


jelingan manje. yg blakang duk buat serabut. haha


Abang! Mate sayang masuk pasir!


Yang nie kenduri sebelah pompuan. sori ade satu gambar jur. aku xpegi. berigak! haha


Meh abang tiup meh. Fuhhhhhhh! jahat pasir nie!


Hahaha. akhirnyaaaa~ Syabas bRoo!


yang nie gambar penutup. kenderi sebelah lelaki. banyak lagi gambar2 yg berkenaan. tapi xupload sume. hehe.

Moga-moga pasangan sahabatku ini sentiasa dimurahkan rezeki, aman dan damai. Dan mudah-mudahan xepat dapat anak! aku xsabat nk jadi pacikk! hahaha..





Apr 4, 2011

Nak Cantik Ka?

" Wahh.. cantiknya kulit muka hang, hang pakai produk apa?"
"Terpesona aku eh."

Cantik, suma orang nak eh. Chek pom nak.haha.. Nie chek nak tanya, antara cantik dengan sihat, mana hampa nak pilih? Cantik? Sihat? ha pikiq pikiq.. Cantik? kalutnya hampa.. Kalu chek, chek la nie bukan hampa. Chek pilih sihat. Sebab, kalau sihat pasti cantik dan kalau cantik mesti kena sihat. Xpercaya? susah eh hampa nie. kalut semacam ja eh. Kalu hampa cantik macam mana pom, tapi xsihat. Muka hampa yg comey molek tu pom jadi kusam, pucat. Tau!

Oleh kerana kecantikan itu adalah kesihatan, maka saranan chek tuk hampa hampa suma, jagalah kesihatan. Utamakan kesihatan. Kalau hampa nak guna produk kecantikan, jangan duk teruja dek iklan eh. Iklan yang hampa duk tengok tu, model depa memang sediakala cantik eh, kulit depa tu dah sediakala licin. Pasal tulahh. Tapi kalau dia tunjuk dua gambaq, satu gambaq sebelum dan satu gambaq selepas, ha yang tu maybe boleh dipercayai. Tapi xsuma.


Orang gemuk cantik apa kalau sihat. Sapa kata orang gemuk xcantik? sapa? sapa?. Mata manusia nie mana ada sama. Ada orang tengok si kurus tu cantik, ada yang kata xcantik. Ada orang tengok chek nie handsome. Ada yang kata xhandsome, itu mata depa yang terpeleut tu, bukan salah muka chek. Muka chek handsome apa, kalau x macam mana boleh jadi model Loreal Paris for Men. hahahahaha.. Chek gurau jaa. Tapi ini betul - betul kejadian, bukan cobaan.

Ingat ya suma, Sihat tu cantik. Dan cantik tu adalah sihat. Jadi utamakan kesihatan berbanding kecantikan sebab kecantikan mengikut pada orang yang sihat. Sememangnya tak ada jalan singkat untuk cantik dan sihat, kene buat macam orang len buat jugak. jaga.
hahaha.. Selamat Mencuba.

Assalamualaikum

Apr 3, 2011

Ikhlas ka cinta?

Ehemm.. ehemm..
Sound check sound check..
Assalamualaikum salam sejahtera salam hormat dan salam bahagia..
Lama chek xupdate blog chek eh.. Bukan xmau update tapi update tu yg xmau update.. update update..haha..
Beginilah, dimulakan bicara chek nk bercherita sikit tentang ikhlas..

Tau apa tu ikhlas? faham apa makna ikhlas? Hang tau x?? Hang tau x?? Ha xtau xtau.. tau pom takut..haha..
Hangpa jangan buat - buat xtau, ada orang xtau dan xpaham apa dia ikhlas tu.. Depa pikir bila depa duk sebut "chek ikhlas nie" makna dia ikhlas.. tengkoraq depa ( sorry tertaip ). Hey chek, ikhlas tu datangnye dari hati yang suci tau. Kalau hati hang xsuci, macam mana ikhlas tu nak singgah? habaq mai habaq mai chek nak tau. Kalau nak hati suci, langkah pertama hang baikkan dulu budi bahasa hang. Chek nak habaq langkah pertama ja dulu, langkah seterusnya mai tanya chek bila langkah pertama nie hang dah lepas, lulus.

Nie dia syaitan tolong ikhlaskan tuk hangpa..
       " Ikhlas saya mencintai dia, doktor. Tapi ini yang dia balas kat saya". Ini dia kata - kata seorang remaja perempuan atas kes hamil luaq nikah. " Ikhlas saya serah diri saya, doktor. Tapi dia tinggalkan saya jugak".
Mak aihh... kalutnya ikhlas hangpa. Bagi kat chek pom chek nak. hahaha.. xdalah gurau jaa.. Ini bukan ikhlas macha, ini cari nahas. Percaya x hangpa, inilah antara punca lain kenapa kes pembuangan bayi 'giat dilakukan'. xpercaya? xpa chek bg sikit keratan akhbar. Terbaru, seorang pelatih di PLKN terlahirkan anak di kem latihan. Da la duk beranaq dalam jamban. xsenonoh punya ibu.

Nie suma pasal apa macha..? Pasal ikhlas berchinta. " I ikhlas menyintai U, maka I ikhlas menyerahkan segalanya pada U". Hey hangpa, org len pom berchinta jugak, xda yg dapat anak sebelum menikah. Nie suma punca kurangnya didikan agama lah nie. Masa org duk ajaq agama hangpa sibuk duk ponteng kelas. Amek hang. Sapa susah? chek? awat chek plak yg susah nya. Hangpa la yg susah. Sapa suh duk terhegeh2 tergedik2, padam muka hangpa. Nauzubillah. Kalau sayang pom macha, ada batasnya. Jangan terlampau sayang, lama - lama jadi benci. Jangan terlampau benci, lama - lama jadi sayang. Tu suma ada duk tulis lam kitab eh. Hangpa ja yang malas nk baca. Kalau dah sayang kat seseorang, mintak pertolongan dari Yang selayaknya, Allah. Bukan En. Sai Ton, binasa hangpa nanti.

********************************
Terlampau sayang kat seseorang? senang, ingat Tuhan. mintak petunjuk. xperlu nk ucap "I love U", xmenjamin cinta hangpa, xikhlas tu. Doa tu sebagai senjata. Doa je la supaya dapat jodoh dgn dia. Jaga maruah dia, hati dia, keperibadian dia. Kalau ada yg xkena kat diri dia, jangan duk marah eh. Nasihat lebih berguna. Nasihat tu cubalah nasihat dgn cara yg berhemah. Jangan main sapu jah. Nie tidak, sebut ja pasal nasihat, abis suma hang sapu. Kalut nk p mana? Dunia nie sementara ja. Kalau hangpa rasa memang dia jodoh hangpa, SABAR. Apa yg dia buat, dia cakap, ikhlas xikhlas, hangpa sabaq. Allah sentiasa bersama dgn org -org yg sabaq. Kalau hangpa xsabaq, maknanya dia tu bukan milik hangpa, hangpa xikhlas dgn dia. Kaji hati hangpa tu dulu sebelum nak kaji hati org.



**********************************
Aihh.. merapu dah chek nie.. xpa xpa. Ilmu tuk suma. nk baca lagi? bayaq lah. Zaman sekarang nie nk masok jamban pom kene bayaq. hahaha. xda ah, bergurau jah. Maka kesimpulan chek, Jika Ikhlas kerana Allah maka hangpa xkan rugi. Bercinta xperlukan pengorbanan dan terkorban. Aduiihh, macam hipotesis sabjek sains jaa.. haha..

Assalamualaikum.

Feb 10, 2011

Menyesal Aku..!

DARKROOOOOOOOOOOOMM!

Kamo sedang membunuh akuh! Haishh.. Sebulan setengah aku buat kajian, research, ujikaji dan seumpamanye..
Tapi result tetap jek same klua.. "Draf awak direject! Sila buat lebih banyak kajian tentang darkroom." Woiit.. Ko cakap senang lahh..Aku nie yang duk cari siang malam malam siang xtido.. Fakta fakta fakta...
 macam nie dah gaye aku tgk muke ko




Bilik gelap mane ade fakta lengkap dan kekal bro..Fakta die berubah sokmo.. makin moden teknologi makin moden la care die..klu xcaye ko try klik link yg aku bagi kat ko 2.. bende same tapi fakta berbeza..

'Ventilation'.. Nie satu hal.. betol lah fakta aku bagi tuh! Ko klik link tuh! ko klik! ( gaye wak ketari dalam jgn pandang belakang congkak )haha..

adoii..tensen tensen tensen.. malam nie dah last.. kalau kene reject jugak, lantak ko lahh.. aku takkan peduli dah.. ko nak marah ke ape ke.. Bukan aku nak kaji sal bilik gelap saje.. kes study aku dah gaye macam tesis dah.. 

banyak lagi aku nak buat sebenarnye.. ko senang je hantar email kat aku.. " Saye xsuke sikap macam nie.. 'spoon-feed'.. buku belambak kalau nak..yang penting gigih!.." Amboii.. senang nye dier.. saya sekarang sedang belajar untuk mendapat diploma.. perkara yang awak cakap tu ade dalam ijazah.. macam mana saya nak paham.. pensyarah saya hanya ajar banyak tu.. tiada buku rujukan direkomenkan..

ahhh!
chow!

Feb 2, 2011

Ambulance versi baru. .

Seumur hidup ana.. Ana xpernah lagi tengok ambulan yg macam ana tengok baru2 nie.. memang terkejut ana tengok gaye ambulan tu.. Kalau korang tengok, kompem2 korang xmau naek ambulan lahh..haha

Mase ana amek keje shift petang hari tu, baru je datang kerja, bising satu deparment. Ana ingat ade bom nak meletup. Ana tanye ana punye jxr, die kate nanti awak pergi solat asar kat surau nanti awak tahu lah ape yg sedang berlaku. Ana pom buat xtahu je la. Masok je asar ana pergi surau belakang department dengan membe ana. Membe ana jalan depan, ana follow belakang dier. Tibe2 die berenti. Die tengok ana pastu senyum. " Fez, kalau kau tengok nie mesti ko xpercaya, haha". Ana pelik la jugak tapi xtengok lagi depan 2 ade ape. Ana pom memanjangkan tengkuk ana ( gaye nak meniru exam ) Wah3! hahaha.. solute org yg tukang parking "bende" tu. Memang buat org terkejut. Nak tahu godio? Jom3!

Sebelum tengok gamba nie ana nk terangkan dulu spesifikasi bende 2..
Gamba pertama : Van jenazah.
                         : Kaler Hitam.
                         : 4 roda.
                         : Selalu jumpe kat jalan raye.
                         : Muatan tidak melebihi 5 orang 
                           termasuk pemandu
                            ( kerande pom xmuat )


**
Mantap memarking
**

Gamba kedua : Ambulance
                      : Kaler Hitam dalam Biru.
                      : Roda? xde nampak.
                      : Pemandu 4 - 6 orang.
                      : Penumpang tidak melebihi 1 orang.
                      : 4 tingkap didepan dan belakang.

**
Kompem tiade kecelakaan jalanraye.
Kalau ade pom org xtelefon ambulan dah.
haha
**

Hehe..
Mase ana duk snap gamba2 nie.. Ade sorg pakcik tu tegur. " Sapo dio duk parking ambulan 2 lagu 2? Bab 2 rama hok matinyo loni." ade pulak membe die menyampuk kat belakang. " weh mat, buke mu ko hok bowok gotu pagi takdi? Ahh berat nate nih. Nie nok suh boh maroh blako lah nih."  hahaha...

Dunia-dunia..hahaha..
Hiburan semate2..
Tiade kene mengene dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..
selamat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...